Monday, October 13, 2008

Apa maksud guru

video

Apakah yang terfikir pada diri kita tentang pendidikan pada hari ini? Sejauh manakah pembelajaran yang berlaku di sekolah dari segi kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran yang digunakan akan membantu pelajar menerima pendidikn yang sepatutnya. Khalifah Umar Al Khattab telah meminta ibu bapa supaya mendidik anak- anak sesuai dengan zamannya.

Pada hari ini kita telah dapat melihat suasana pendidikan yang berbeza di seluruh dunia sesuai dengan perkembangan masing- masing. Dunia teknologi telah menyebabkan proses mendapatkan maklumat semakin mudah dan cepat tetapi persoalannya bagaimana maklumat yang diperolehi akan merupakan satu pendidikan kepada pelajar. Dengan kata lain, perubahan tingkah laku telah berlaku. Jika sebaliknya, kemusnahan dunia akan menjadi kenyataan lebih cepat daripada sepatutnya. Teknologi akan digunakan untuk menunjukkan kehebatan berbanding membantu mereka yang memerlukan.

Namun begitu, kita tidak boleh menidakkan kepentingan teknologi maklumat ini dalam proses pendidikan di sekolah. Adalah amat janggal untuk kita mendengar seorang guru yang menggunakan keseluruhan masa pengajaran menyampaikan isi pengajaran kerana apa yang hendak disampaikan hanya memerlukan satu ketukan 'google search'. Apa perlunya lagi seorang guru melukis gambar dan rajah untuk dijadikan set induksi jika hanya dengan menaip 'google image' akan terdapat beribu-ribu gambar dalam pelbagai warna yang tidak mungkin dapat dilukis oleh guru sepanjang usia perkhidmatan mereka.

Oleh itu, timbang-timbangkanlah apa peranan guru pada hari ini kerana dunia sekarang tidak lagi menganggap guru sebagai seorang yang berada pada kedudukan yang tinggi maka sudah tentu ketidakupayaan untuk memikirkan bagaimana pengajaran harus berlaku di dalam kelas akan menyebabkan kepincangan yang lebih besar kepada dunia perguruan itu sendiri.

Janganlah sampai pada suatu masa di mana istilah 'guru' hilang daripada kamus manusia kerana peranan mereka telah tiada di dunia ini.



4 comments:

ARIN said...

yang saya tau daripada seorang guru jadi Tuan PPDDDD,dari PPD jadi Tuan Peng garah..

Vivian Woo said...

Tahniah kepada En Ajehe. Blog anda begitu kreatif dan sering meninjaukan isu-isu semasa, yang berjaya membuka minda . Memang betul, pada zaman teknologi ini, masih terdapat guru yang mengekalkan cara P&P talk n chalk yang tidak menarik perhatian pelajar. Terdapat guru yang sebenarnya tidak bermoral. Malah saya pernah melihat seorang pengetua yang berludah dari tingkat 2 semasa menghadiri kursus di IAB. Jadi bagaimana ketam mengajar anak dia berjalan lurus sedangkan dirinya bermasalah. Bagi saya, orang yang betul-betul ingin melibatkan diri dalam bidang pendidikan perlulah mengorbankan kepentingan diri demi generasi akan datang. Bagi yang tidak berdedikasi haraplah berubah sikap . jika tidak rosaklah beberapa generasi.

allblack said...

Guru dan cikgu di Malaysia ni ada dua golongan. pertama yang nak murid dia dapat semua A dalam exam dan satu lagi lantaklah tak peduli nak dapat apa dalam exam (golongan majoriti).Tapi ada juga kumpulan guru yang sangat kecil yang tak hanya lihat A dalam exam dan tak juga membiarkan muridnya.Guru jenis ni mengajar kerana ada tujuan ikhlas untuk menjadikan murid mereka menerima ilmu dan mengubah diri. Guru ni lebih suka bekorban masa dan tenaga asalkan murid mereka menjadi kemenjadian sebaik2 manusia. tak kiralah apa juga teknologi yang mereka guna, pakai kapur dan air liurpun kalau ilmu yang nak di sampaikan menjadi dan pembelajaran murid berlaku, lakukan sahaja. jangan kita banding guru ni pakai teknik terbaru, guru tu guna teknologi canggih, guru tu pulak guna teknik baru dan teknologi canggih, sampai ke tidak pengajaran mereka dan menjadi satu pembelajaran kepada murid....kena pikir banyak..cikgu-cikgu..kalaulah nak menjadi guru...kalau tak jadi cikgu ajelah.

ARIN said...

gane x update blog ni tuan blogger?