Friday, October 31, 2008

PSSKPP 2008

Pertama kali menyertai permainan bola tampar PSKPPK setelah sekian lama berkecimpung dalam permainan hoki memberikan satu pengalaman yang berbeza. 10 tahun yang lalu PSKPP Bahagian Kapit telah diadakan di Kapit, sepak takraw menjadi pilihan, 'killer' yang menggulung di kanan dan melibas pari sangat menyeronokkan apatah lagi berpeluang untuk keluar dari Belaga nun jauh 480 km melalui jalan sungai.
Tahun berikutnya 1999, PSKPP ini telah diadakan di Belaga, begitu memenatkan tapi sangat seronok, bermula dengan sepak takraw, badminton, bola tampar, bola baling, bola keranjang, cross country, bola sepak membuatkan saya di antara pengumpul jersi yang terbanyak bagi PSKPP Belaga. Dengan berat 68 kg yang membuat larian untuk kecergasan kardiovaskular selama 45 minit setiap hari dan berada di gymnasium hampir setiap hari adalah saat yang paling dikenang . Setahun berikutnya, PSKPP ini telah berlangsung di Song, berada di sana untuk mewakili sepak takraw dan badminton akhirnya terpaksa juga berada di gelanggang bola tampar dan di padang bola sepak.
Bertugas di Kelantan 2002 adalah permulaan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi, terpilih mewakili pasukan hoki PSKPP Kelantan. Bak kata pepatah ' jack of all trades, master of none' adalah sesuai untuk diberiken kepada diri ini, namun aku bangga kerana setiap tahun ada pelajar yang akan berkata terima kasih cikgu, apa lagi yang indah untuk dikatakan selain, 'proud to be a teacher'.

Thursday, October 30, 2008

Madah

“Mendengar hujah anda tidak membuat saya akur. Melayan bicara anda, tidak membuat saya alpa. Membeta kata-kata anda, tidak bermaksud kita tidak sehaluan”.
Seronok membaca catatan di atas,begitu memberi makna yang mendalam kepada sesiapa yang berada di dalam kerjaya yang memerlukan perkonsian idea dan buah fikiran yang kadang- kadang tidak dapat dielakkan untuk berlakunya argumen yang sepatutnya dianggap sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan.

Menjadi guru di dalam kelas di Malaysia mungkin tidak menjadi masalah besar kerana pelajar kita banyak mendengar dan menyalin berbanding memberikan buah fikiran. Apa yang keluar dari mulur guru bagaikan emas yang ditabur yang perlu dikutip tanpa bersisa. Apabila berhadapan dengan situasi dimana pernyataan anda dicabar, kata2 anda diuji, apakah anda masih boleh tersenyum tetapi di dalam hati anda berkata, apa punya orang ni, macam bagus sangat...

2 Wanita 1 Lelaki = Guru Malaysia


Ini adalah foto 2 orang guru yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam pendidikan di Malaysia. Lelaki dan Wanita yang mendapat pendidikan yang sama sudah tentu mempunyai watak yang berbeza di sekolah.Cara mereka berhadapan dengan pelajar, bagaimana mereka membina jati diri sudah tentu berbeza tetapi peranan yang dimainkan oleh mereka adalah sama, iaitu memberikan pendidikan kepada pelajar mereka. Ada pendapat mengatakan sindrom exam-oriented ini adalah kerana terlalu ramai guru wanita yang tinggi tahap kerisauan mereka lalu meningkatkan latih tubi ke arah peperiksaan sehingga pelajar di bawah mereka terlalu memikirkan peperiksaan berbanding ilmu yang dipelajari. Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa guru lelaki yang suka mengambil jalan mudah dan menggunakan kreativiti mereka supaya pelajar bijak belajar dengan fokus untuk peperiksaan sahaja, sebab itu mereka menjadi guru tuisyen yang berjaya. Apa2pun yang menjadi fakta adalah 2 orang guru wanita dan seorang guru lelaki adalah nisbah guru di Malaysia pada hari ini.

English Premier League 08

Liverpool terus cemerlang setelah mengalahkan Portsmouth dengan kelebihan 1 gol pagi tadi yang disiarkan secara tertunda dari Anfield. Jaringan penalti oleh Steven Gerrard menjadikan Liverpool sebagai satu-satunya pasukan yang belum tewas pada musim ini.

Wednesday, October 29, 2008

Elaun Adun dinaikkan?

Seorang yb umno di kelantan meminta kerajaan negeri meluluskan tambahan elaun supaya setaraf dgn gred dg52 kerana rm3500 sebulan tidak cukup utk membantu rakyat. Apa komen pembaca? Azhan via nokia e65 guna wifi jiran.

Buletin 252B

Selasa, 28 Okt

Keluarga 252B sekali lagi menghantar rombongan ke Toyota milik Aman Razak di Kota Bharu untuk mendapatkan Innova yang menjadi milik ahli keluarga setelah mengidamkannya sejak beberapa ketika yang lalu. Akhirnya Proton Waja yang bertahan untuk tempoh selama 7 tahun telah bertukar tangan dan perjalanan jauh ke Kuala Pilah akan lebih selesa pada masa yang akan datang.
Penulis sentiasa tidak ketinggalan bersama-sama dalam suasana kegembiraan sejak beberapa tahun ini dan kunjungan ke toyota kali ini adalah buat kali kedua setelah Vios dibawa balik pada beberapa bulan yang lalu.

Upacara rasmi penyerahan kereta oleh jurujual toyota dan famili pada pukul 6.35 petang. Jumlah yang ada di dalam gambar menunjukkan betapa pentingnya Innova untuk berada di dalam keluarga.Majlis meraikan pembelian Innova di Restoran ChengMai milik Cikgu Lah Public Relation (Publiclesen).
Puyen juga di antara watak penting dalam setiap urusan keluarga yang sentiasa ingin bersama walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, demam katanya. Begitu juga Ehya dan famili yang sentiasa riang untuk menghadirkan diri.

Tuesday, October 28, 2008

Hujah TV9

Tepat jam 10.30 pm , siaran langsung Hujah antara Dato Seri Khir Toyo (KT) dan YB Saifuddin Nasution (SN) bermoderatorkan Dr Agus yang dikupaskan sebagai satu perbincangan ttg kepimpinan muda dan survival melayu. Saya tidak berminat untuk memberikan komen terhadap hujah kedua-dua ahli politik tadi tetapi saya teringatkan kata2 Tok Guru Nik Aziz di Shah Alam baru-baru ini. Kata beliau, jika melayu beramai-ramai depan orang cina dan india lalu bertempek hidup melayu! hidup melayu!. Apakah kita mengharapkan agar orang cina dan india bangga dengan tempekan itu. Begitu juga sebaliknya. Tiada kaum yang suka perbuatan itu dilakukan. Melayu tidak akan sekali kali jadi cina dan india tidak akan sekali kali jadi melayu. Tak masuk akal langsung bila india muslim mengaku jadi melayu. Inilah silapnya, kata TGNA lagi. India, Cina , Melayu, Iban, Kadazan, atau sesiapa sahaja hanya boleh bersatu di bawah Islam. So, apasal kita hendak melaungkan dengan gegak gempita kaum yang tidak dikira oleh pengadil dalam pertandingan akhir nanti.

Yang kedua, saya terbaca keratan akhbar kemerdekaan Malaya 1957 yang disisipkan dalam akhbar sempena hari kebangsaan untuk tahun 2007. Di dalam akhbar tersebut, yang banyak terdapat di dalam foto adalah bangsa lain bukannya melayu sahaja. Bagi saya memang negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa semasa kita merdeka. Apakah setelah 51 tahun kita masih menganggap anak-anak malaysia adalah pendatang, mereka bersekolah di negara ini, dibesarkan dengan budu, cencaluk dan makan durian. Jika miskin mereka, melayu, cina atau india serta bumiputra mesti dibantu. Peluang belajar mesti disamaratakan kerana kita sedang membina negara bukan bangsa tertentu. Maaflah jika isu ini mungkin tidak disukai oleh sesetangah orang tetapi kita telah memilih untuk hidup bersama maka marilah kita menyesuaikan diri tanpa melanggar batasan agama sambil mengharap syiar islam akan terus berkembang serta diterima oleh semua.

Apa perasaan anda sebagai ibu atau bapa jika guru di sekolah memilih untuk mengajar anak orang lain berbanding anak kita? Apakah alasan yang akan kita berikan jika ada orang bertanya , mengapa anda mengajar anak orang lain tetapi tidak anak saya?

Yang penting adalah jujur dalam mencari keredhaan Ilahi dan Allah lebih mengetahui mengapa kita adalah pelbagai kaum dan keturunan.

Monday, October 27, 2008

CUTI UMUM DEEPAVALI

Hari ini adalah adalah merupakan cuti umum sempena perayaan Deepavali yang dirayakan oleh penganut agama Hindu. Mengapa dan bagaimana perayaan ini disambut boleh diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya. Bagi rakyat Malaysia yang lain, seharusnya menggunakan hari ini dengan sebaiknya kerana peluang yang ada mesti digunakan dengan penuh bermanfaat.

Saya bermaksud bahawa di manapun kita berada pada hari ini mestilah dihiasi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu memperbaiki kelemahan kita yang kita sedar selama ini. Jika kita berada di rumah dan biasa menghabiskan waktu pagi dengan mimpi- mimpi indah, apa salahnya pagi ini dibuat sedikit perubahan dengan keluar berjoging ataupun mengambil angin dengan basikal kerana apa yang diperhatikan selama ini, ramai orang mula berjoging atau bersenam selepas dikenal pasti berada di dalam kumpulan pengamal2 ubat diabetes, hypertension dsb. Apatah lagi jika kita memang pewaris yang sedang menunggu takhta diserahkan, lebih baik kita bersedia lebih awal. Cuma ingatlah bahawa lebih baik tidak bersenam berbanding bersenam sekali seminggu dengan menggunakan intensiti yang tinggi kerana mungkin anda lebih cepat terkena serangan jantung berbanding mereka yang tidak bersenam.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari masa bersenam, gunakan 'opportunity exercise' sebagai satu cara untuk kekal sihat, pilihlah untuk berjalan kaki ke surau jika anda hanya memerlukan 10-15 minit untuk sampai, bukannya apa, bimbang anda tidak akan mendapat pahala berjemaah dek kelambatan untuk sampai ke mesjid. Jika anda tinggal di condo atau pangsapuri, sila gunakan tangga apabila anda hanya berlenggang sahaja terutama apabila ingin naik ke rumah anda.

Kesihatan mental juga perlu dijaga kerana otak memainkan peranan terhadap pengeluaran hormon di dlaam badan dan juga terhadap tindakan kita. Jika kita terlalu rungsing terhadap sesuatu perkara maka ia memberikan kesan terhadap keseluruhan anggota badan kita. Tubuh kita menjadi stress dan mungkin menyebabkan tumpuan kita akan mencapah dan ini akan menyebabkan kita gagal memberikan yang terbaik dalam apa saja bidang yang diceburi.

Jika kita sedang bersedia untuk membuat sesuatu perkara, kita hendaklah well-prepared supaya apa sahaja kerja buat kita akan lebih mudah dan pengalaman yang sedia ada menambahkan lagi kehebatan kita. Di samping itu jangan lupa berdoa kerana doa adalah meruapakan senjata orang mukmin.

Selamat Bercuti

English Premier League 08

Liverpool meneruskan kecemerlangan dengan gandingan pemain yang mantap untuk mengecewakan Chelsea di Stamford Bridge malam tadi melalui Astro 812. Keputusan penuh perlawanan ialah Liverpool 1 Chelsea o. Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah Liverpool iaitu ................. Soalan cepu emas, siapakah nama pemain tersebut ?

Sunday, October 26, 2008

730 km route

Semalam blog ajehe tidak dikemaskini dek perjalanan panjang dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Memulakan perjalanan dari Bukit Antarabangsa lebih kurang jam 9 pagi. Tiba sahaja hampir 2 km dari Tol Sungai Besi, deretan panjang kenderaan menunggu giliran untuk mendapatkan resit tol. Terdetik juga difikiran, mengapa susah sangat nak diberikan resit tol untuk masuk ke hiway sedangkan bukan ada apa2 bayaran yg hendak dilakukan.
Perjalanan diteruskan ke Taman Tenaga yang terletak bersebelahan stesen bas kajang menyusuri padang UKM. Ada yang sedang bermain bola tampar, memanah dan beberapa permainan lain. Seronok juga melihat riuh rendah pelajar universiti begitu aktif. Gunakan lah ruang masa dan tempat sementara ia ada untuk kita. Bila kita sudah tidak ada masa dan tempat, yang tinggal hanya ingatan dan kenangan.
Bergerak dari Kajang melalui LEKAS (cari sendiri maksudnya), keluar melalui jalan Mantin-Lobak dan terus ke Seromban. Laluan Bukit Putus dan sempat berdengkur sekejap selepas bertukar drebar. Rupanya terlepas juga untuk melihat Ulu Bendul, sebuah pusat rekreasi hujung minggu yang pernah dilawati suatu masa dulu. Keindahan jalan seremban-kuala pilah adalah halaman rumah yang bersih dengan rumput menghijau. Rekabentuk minangkabau mengingatkan bahawa negara kita rupanya dibina dengan keunikan pelbagai bangsa dan kaum.
Sebelum zohor, pekan senaling telah dilalui dan simpang ke kanan terus ke Kg Peraku Seberang. Apa yang ingin dikongsi adalah masak lom ak cili api daging salai, sembilang masak cili, daun kayu tempoyak (nama sebenar tak pasti). Melihat kolah yang begitu besar, tidak sabar untuk menjirus badan supaya segar dan bersemangat kerana milage baru menunjuk 153 km. Jalan panjang harus ditujui.
Pukul 3 petang, bertolak dari K.Pilah menuju ke Temerloh melalui Serting. Sampai di satu kawasan terdengar nyanyian sayup2 , batu kikir jambatan bosi... rupanya sedang dinyanyikan oleh penumpang kereta he he sapa lagi kalau bukan megat noryin.
Menghilir di Sungai Pahang, mengambil peluang mengenali Malaysia terutama di Pahang, kemayan,bere, triang, bukit mendi, mengkarak akhirnya sampai juga ke temerloh. Rm6 daro temerloh ke exit Maran dan singgah di Kg Kemat, Maran rumah sahabat keluarga yang sama-sama menunaikan haji di Mekah.
Sebaik berita jam 8 bermula, perjalanan diteruskan melaui LPT dan laluan Jerangau-Jabor menjadi pilihan. Sekali lagi drebar bertukar di Cheneh Baru sehingga ke Kuala Berang. Hujan yang membasahi bumi menyebabkan perjalanan agak perlahan dan tepat pukul 12 tgh malam barulah pekan Kuala Berang menunjukkan wajahnya. Akhirnya jam 2.00 pagi lengkaplah 730 km perjalanan yang menjadikan aku semakin mengenali negara ku sendiri.
Hajat untuk menyiapkan tugasan telah terganggu kerana selepas solat subuh aku tidur semula hingga ke tengahari.
Buat rakan pembaca, berjalanlah dimuka bumi dan lihat kebesaran alam ciptaan tuhan.....

Friday, October 24, 2008

Pohon Bergoyang : Antara emics dan etics

Suatu hari seorang kawan bertanyakan tentang etics dan emics dalam konteks penyelidikan. Kedua-duanya berkaitan dengan pendekatan yang digunakan samada kuantitatif ataupun kualitatif. Sebenarnya emic adalah berasal dari perkataan 'Phonemics' dan etics pula dari perkataan 'phonetics'. Bagi seseorang yang berkecimpung dengan linguistics mungkin telah biasa dengan istilah ini. Maka tujuan perbincangan ini hanyalah kepada 'layman' yang sekadar untuk mendapatkan sedikit pengetahuan tentang emics dan etics.

Bagaimana untuk mempermudahkan anda mengaitkan antara keduanya ialah dengan melihat persamaan huruf yang ada iaitu etics =kuantitatif dan emics=kualitatif. Dalam linguistics, phonemics bermaksud bunyi yang memberikan makna (difahami oleh pengguna) manakala phonetics pula bermaksud kajian bunyi yang dikeluarkan oleh manusia (konsep ditentukan oleh pengkaji). Setakat ini, adakah anda telah dapat melihat perkaitannya dengan penyelidikan?

Cuba fahami situasi ini, semasa anda sedang menaiki sebuat bot di tasik kenyir, anda telah memilih untuk duduk bersebelahan dengan pemandu bot yang merupakan penduduk tetap di kawasan tasik sejak puluhan tahun yang lalu. Dalam perjalanan untuk ke tempat memancing anda sibuk memerhatikan persekitaran kerana anda juga adalah seorang naturalist. Tiba-tiba anda lihat beberapa pokok bergoyang dengan kuat lalu anda bertanyakan kepada pemandu bot, banyak lagikan monyet di sini , saya tengok pokok bergoyang-goyang dengan kuat. Lalu pemandu bot menjawab, 'malam ni jamuan besarlah anak-anak kampung tu'. Dalam situasi yang sama , anda melihat sekumpulan monyet sedang bermain-main di atas pokok tetapi pemandu bot yang merupakan penduduk domestik pula melihat sekumpulan penduduk sedang memburu untuk jamuan malam. Mengapa berlaku demikian? Ini adalah kerana anda hanya melihat berdasarkan pengetahuan anda yang anda biasa lihat ditempat lain, apabila pokok bergoyang maka anda katakan monyet sedang bermain-main disitu. Sebagai seorang domestik, pemandu bot dapat melihat jauh ke dalam sehingga kepada hasil yang boleh terjadi daripada pergerakan monyet tersebut.

Daripada situasi itu, kita dapat membezakan kuantitatif dan kualitatif. Anda dan pemerhatian anda adalah bersifat kuantitatif dalam konteks penyelidikan manakala pemandu bot dan penerangannya adalah bersifat kualitatif kerana dia begitu memahami persekitarannya. Anda tidak boleh memberikan soal selidik dan menentukan tema kajian anda kerana dia lebih mengerti dan mengetahui perihal tasik kenyir dan isinya. Apa yang boleh anda dapatkan adalah tema daripada apa yang diceritakan dan laporkannya sebagai hasil kajian.

Tugasan anda ialah nyatakan satu contoh penyelidikan yang sesuai untuk pendekatan kualitatif dan kuantitatif setelah anda memahami konsep emics dan etics di atas.

Thursday, October 23, 2008

Tips Kehidupan


Meluangkan masa mengunjungi sanak saudara adalah satu ibadat yang begitu mulia jika kita mempunyai ilmu. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukannya kerana sebuah rumah yang tidak berpenghuni tidak mempunyai apa ertinya lagi. Keriuhan manusia di dalamnya memberi seribu kerahmatan kepada tuan rumah.
Bukan apa yang dimakan menjadi penentu kepada keakraban hubungan kekeluargaan. Saling memahami dan bertoleransi akan menguatkan rasa kebersamaan dan kekitaan supaya kejelikitan ini akan merungkai sifat- sifat keji yang telah tertanam di dalam diri masing-masing. Mementingkan nilai kekeluargaan menjadikan hidup lebih indah dan jiwa lebih tenang.

Wednesday, October 22, 2008

Tahniah ! Anda Sudah Bergelar Graduan

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua alumni UPM yang bergelar graduan pada dalam Konvokesyen yang bermula pada 18 okt dan berakhir pada sesi kedua hari ini. Terpancar kegembiraan di wajah setiap individu yang telah berjaya mencapai kejayaan bagi diri mereka setelah bertungkus lumus berusaha dengan gigih. Ucapan wakil alumni baru pada hari ini telah memaklumkan bahawa kejayaan pada hari ini bukan bermakna tamatlah segala usaha untuk menuntut ilmu. Ini sebenarnya permulaan kepada keikhlasan dan komitmen graduan untuk terus mengejar masa dan kesempatan yang ada supaya setiap hari bermula sahaja dari tarikh mereka bergraduan adalah bermulanya amalan kerana ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah.
Terima kasih ayah! Jasamu tidak dapat dilupakan dan seorang anak pasti merindui kata semangat yang diberikan dan sokongan dalam pelbagai bentuk menjadikan saat ini menjadi lebih manis. Inilah hadiah kepada harapan dan impian yang ayah selama ini. Doakan kejayaan daku untuk meneruskan kelangsungan hidup di alam pekerjaan nanti, Insyaallah.
Ibu, doamu saban hari telah dimakbulkan Ilahi dan hari ini anakmu telah bergelar seorang graduan dan ku berdoa agar dijauhkan rasa kesombongan dan takabur serta ujub kerana semua ini adalah ujian dari yang Esa untuk melihat sejauhmana hambanya akan bersyukur. Akan ku doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk mu ibu di hari yang mendatang. Terima kasih.
Engkau insan istimewa, begitu memahami dan kejayaan ini juga merupakan kejayaan yang sepatutnya engkau juga kecapi. Usah diingatkan karenah adikmu selama ini kerana nasibku ini dilahirkan kemudian dan tidak salah untuk ku bermanja denganmu. Nak tahu kenapa, saya kan adiiik.
Kak, aku sudah bersedia untuk bersamamu menjadi sebahagian daripada warga pendidikan dan aku bersyukur mempunyai seorang kakak yang happy go lucky dan sentiasa menjelmakan keriangan dalam hidupku. Tunjuklah dan nasihatilah diriku kerana kita sedang berada dijalan yang sama.

Dan buat abangku, teruskan usahamu dan selamat menempuh peperiksaan.

Akhir kata I love you all.

* Menulis dari sudut pandangan seorang graduan, harap2 gitulah... hehehe

Tuesday, October 21, 2008

Even The Best Can Be Improved

Jika anda berpeluang ke Serdang, jangan lupa untuk menyelinap masuk ke dalam kampus UPM. Salah sebuah kolej yang terdapat di sana adalah Kolej Tun Dr Ismail yang dikenali dengan singkatan KTDI. Dulunya juga dipanggil kolej ketiga UPM. Apabila anda melalui kolej tersebut anda akan melihat pernyataan KTDI- Even The Best Can Be Improved. Wow ! Sungguh tertarik saya dengan apa yang tertulis. Ia adalah satu pernyataan luhur untuk kita mengenali siapa diri kita. Jika seseorang yang terbaik masih boleh memperbaiki diri mereka, mengapa kita mesti menjadi terlalu angkuh untuk melihat kelemahan diri kita. Adakah salah untuk menyatakan bahawa kita mempunyai kelemahan dan kesilapan. Ini sebenarnya bermula dari sifat masyarakat kita yang melihat salah dan silap sebagai sesuatu yang terlalu negatif. Masyarakat Malaysia suka sesuatu yang betul sehingga timbul satu kepuasan jika apa yang mereka kata atau buat adalah betul dan amat membanggakan jika dapat membuktikan bahawa orang lain adalah salah. Kita sanggup bertikam lidah dan kadang-kadang menjadi marah semata-mata untuk berkata aku adalah betul dan kau salah.
Sebagai guru kita suka mengajar pelajar kita untuk melihat yang betul itu baik dan yang salah itu tidak baik. Sedangkan dalam ilmu betul dan salah adalah proses, ilmu yang ada pada manusia hari ini mungkin betul tetapi akan salah pada masa hadapan. Terdapat bayak teori dan penemuan yang berlaku setiap hari yang menidakkan apa yang betul pada masa yang lalu. Teori pengurusan dan kepimpinan juga tidak terkecuali sentiasa berkembang dan sesiapa yang menanggap apa yang dipegangnya adalah betul dan orang lain adalah salah sebenarnya telah membuat kesilapan.
Apa yang sesuai adalah membincangkan sesuatu dari perspektif masing-masing yang menjadikan tiadanya betul atau salah.

Jika kita lihat perbincangan di dalam kelas, kita kadang-kadang menjadi terlalu lantang dengan mengkritik pandangan orang lain. Sepatutnya kritikan kita mestilah sesuatu yang membina kerana sebagai manusia kita juga tidak tahan untuk dikritik keterlaluan.

Marilah kita bermuhasabah dan melihat kembali diri kita pada hari ini. Usah berbangga dengan kehebatan dan kekuatan kita kerana kita akan mula berhenti belajar dan berhenti menerima pandangan orang lain. Bak kata KTDI- Even The Best Can Be Improved

Monday, October 20, 2008

Dikir Kelaut


Dikir Kelaut

Musim tengkujuh akan datang lagi. Nun di sepanjang pesisir pantai daun nyior melambai- lambai seolah memanggil kita untuk datang dan melihat kerungsingan nelayan yang sedang menunggu kehadiran musim tengkujuh. Bukan kerana musim tengkujuh nanti monsoon cup akan tiba untuk nelayan mencari rezeki di bazaar untuk menjual keropok lekor. Bukan ! Itu bukan apa yang dipinta. Musim tengkujuh bermakna sekali lagi mereka terpaksa menggunakan simpanan wang hasil tangkapan di laut selama ini. Bukanlah mereka hendak menidakkan pusingan musim kejadian tuhan tetapi mereka hanya berharap agar ada rasa simpati terhadap mereka. Dengarlah rintihan mereka :

Sayu ketika di hujung musim

Bulan sebelas air laut gelombang deras

Makan pun berhutang rumah tok jagan

Niat nak bayar kalu tak mati di tahun depan

Kalau begini Nampak tak leh jadi

Pakat laki bini turun ke bendang menanam padi

Kalau begini Nampak tak leh tahan

Pakat laki bini turun ke sungai mencari lokan

Duduknya sahaja takdak buat apa

Bimbang pulak takut tak leh nak beli beras

Makan pun berhutang rumah tok jagan

Niat nak bayar kalu tak mati di tahun depan

Sunday, October 19, 2008

My first English Poem

You have a white skin
I have a black skin
but still it is called skin

you can speak chinese
I can speak siamese
but still it is callled language

You can dance like a lion
I can dance like a snake
but still it is called entertainment

You can live ia a big house
I only live in a small hut
but still it is called home

What is a difference between you and me
White and black are just a matter of colours
Chinese or siamese are just a matter of language

But God create us for more than that
We are here to serve, to lead, to follow and to make this world beautiful
We are the Caliph of the world..

Saturday, October 18, 2008

Guru dan Murid 2

Persoalan mengenai kes pelajar menendang guru tidak patut dilupakan begitu sahaja selepas kenyataan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Perlis melalui Tuan Pengarahnya dan siasata polis sedang dijalankan. Tugas telah dijalankan oleh kedua-dua pihak adalah sebahagian kecil kepada proses ini. Jika kita menganggapnya sebagai telah selesai maka kita adalah silap dan saban tahun pincang laku ini akan berterusan yang hanya menambahkan lagi kes polis dan bilangan guru atau pelajar yang bertukar, itu sahaja. Yang nyata kredibiliti sekolah sebagai pusat asas ilmu semakin jatuh sebagaimana jatuhnya wall street pada hari ini. Apa yang berlaku ini mesti difikirkan oleh semua ahli masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa kerana kita semua terlibat secara langsung samada sebagai pelajar, guru, pengetua, ibu bapa, pembekal makanan asrama, pengusaha kantin, jaga, tukang kebun dan apa sahaja yang berkaitan dengan sekolah.

Menyalahkan hanya kepada pihak tertentu tanpa langkah susulan hanya menyebabkan buah nangka busuk dipohon dan tanpa disedari akan jatuh berdebub ke atas kepala, buah tak dapat dimakan, kepala membengkak yang hasilnya tidak menguntungkan sesiapa. Sistem pendidikan berpusat di negara kita tidak mungkin menjadikan hanya SMK P...... sahaja berhadapan dengan situasi ini. Jika ada seorang pelajar yang menendang guru pada hari ini maka sepatutnya semua sekolah berjaya melahirkan seorang ahli atau jaguh tendang menendang sesuai dengan sistem yang menjadi amalan dalan negara kita yang tercinta ini.

Maka wajarkah jika kita tidak menyalahkan sistem, kerana kes ini hanya berlaku di sebuah sekolah sahaja. Cuba lihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dalam bahasa mudah , semua pelajar yang melalui sistem pendidikan di sini seharusnya akan keluar dari alam persekolahan dengan mempunyai keterampilan dalam 4 perkara iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. (JERI) ini menggambarkan kualiti diri yang terbina dengan hadirnya mereka ke sekolah setiap 190 hari dalam setahun dalam jangka waktu belajar wajib dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5. Apa yang berlaku sekarang adalah dalam proses pembinaan modal insan ini yang seharusnya dilihat sebagai cabaran memanusiakan manusia. Falsafah yang cantik dan luhur ini ibarat kapal layar yang siap sedia untuk meredah lautan dan akan berlabuh di dermaga suatu masa nanti untuk menjadi tontonan kepada semua bahawa suatu ketika dahulu ia pernah belayar mengelilingi dunia dan mendapat tepukan hebat daripada pengunjung. Adakah siapa tahu , apakah yang berlaku di lautan yang ributnya tidak terjangka, ombak menggulung tidak dapat diukur ketinggiannya, entah hidup entahkan mati di lautan , tiada siapa yang peduli, namun apabila sampai di pelabuhan, wira telah tiba, pasangkan banner kejayaan memuji dan mengagungkan bahtera yang telah mengharumkan seluruh negara. Mengapa saya menganalogi demikian?

Hanya jauhari mengenal manikam. Itulah ungkapan yang paling sesuai dan padan untuk menggambarkan bagaimana 14 tahun sahaja umurnya sudah bisa mengangkat kaki yang halus dan gebu untuk menendang seorang yang bergelar guru. Ribut di lautan memang tidak terduga dek sudah luntur pengetahuan kita tentang cuaca kerana berapa kerat pelajar yang mengambil subjek geografi di malaysia pada hari ini di tingkatan 4. Berapa ramai ahli masyarakat mengambil tahu tentang falsafah pendidikan negara. Wirid A A A A yang dilaungkan oleh masyarakat menjahanamkan falsafah kita sendiri. Sedang kapal dilumur cat rupanya pelayar sendiri yang menggerudinya supaya lubang-lubang nanti akan memudahkan aliran air ombak nanti keluar kerana mereka takut kapal akan tenggelam. Tahukah mereka, merekalah yang sedanga menenggelamkan kapal mereka sendiri tanpa mereka sedari. Anak-anak darjah satu sudah dituisyenkan seolah-olah hebat bila anak berada dipusat tuisyen hingga ada pelajar yang memberikan nota guru tuisyen kepada guru matapelajaran di sekolah kerana ia lebih berfokus kepada peperiksaan. Malunya menjadi guru , ditunjukkan cara untuk mengajar oleh anak murid sendiri sedangkan guru lebih memahami falsafah pendidikan yang menjadi rujukan untuk pengajaran di dalam kelas.


Di dalam kelas pula, mengapa guru dan murid tidak sehaluan ? Apa yang nak disampaikan kepada murid bukan menjadi apa yang diminati oleh murid. Tapi ini bukan alasannya. Bayi tidak akan minum susu jika dia tahu bahawa air sirap bandung itu lebih sedap. Menyalahkan guru adalah salah, itulah kandungan kurikulum yang mesti diselesaikan seperti mana puasa ramadhan, mesti diselesaikan. Menyalahkan pelajar lagi salah, kerana mereka bukan bayi , penerokaan mereka kadag2 lebih jauh dan dalam berbanding guru. Oleh itu, titik pertemuan mesti dicari. Biar tak serupa tapi boleh bersatu.

Dulu anggapan guru terhadap pelajar adalah one size fits all. Maka lahirlah dua golongan , satu golongan akan menjadi pegawai dan satu golongan lagi akan menjadi orang kampung. Yang berjaya adalah yang dapat memahami apa yang diajar oleh guru dan yang gagal akan pulang ke kampung dan mencari kehidupan masing-masing mengikut keupayaan diri. Itu dulu ! Dulu lain sekarang lain.

Sekarang masuk ke kelas dan mengajar belum cukup untuk menjadi seorang guru di dalam kelas. Kalau guru dan guru ganti sama sahaja cara mengajarnya maka usah berbicara tentang profesionalisme. Apa kaedah yang digunakan seharusnya cair dalam kepala guru kerana berjam-jam sehari akan menjadikan pak mat tukang kayu yang mahir, ah kow menjadi pekebun sayur yang nahir, mutthu menjadi penebar roti canai yang hebat tapi malangnya guru, 15 tahun sebagai guru masih berlenggang ke bilik darjah, menyuruh pelajar menyalin nota dengan niat menghalang pelajar dari membuat bising. Kalau saya bertanya anda, sukakah anda melihat cerita tv yang sudah ditayangkan semalam, minggu lepas, bulan lepas dengan episod yang sama? Kanak-kanak 5 tahun kata ya, saya suka, ya! kami suka. Apa kata pelajar 14 tahun ? Apa punya bodoh cikgu saya. Saya dah hafal dah dialog. Bosan! Tak da yang lain ke.

Setiap guru adalah murid suatu ketika dulu. Mana cikgu yang tak ada gelaran, cikgu Mat Tidur, cikgu Mi Kelentong, Cikgu Tie bulu dan apa sahaja gelaran untuk menunjukkan itulah ciri ciri remaja. Tapi bila dewasa, kita gagal memahami remaja. Islam menyuruh didik anak ketika berumur 7-14 tahun dan berkawan ketika mereka 14 tahun ke atas. Jika guru yang ditendang dapat menjawab di posisi mana beliau berada maka kajian tentu boleh dilakukan untuk membuktikan kebenaran ini atau sebaliknya.

Oleh itu marilah kita melihat apakah tugas kita masing-masing. Apapun ilmu yang ada dalam diri kita ini hanyalah pinjaman untuk kita, kita boleh sahaja tiba2 tidak mengerti apa-apa pada hari esok kerana ia bukan milik kita. Bukan tidak pernah berlaku, lihat kawan2 yang terkena stroke/angin ahmar, hilang semua keupayaan diri. Janganlah kita melihat orang lain sebagai bodoh kerana mungkin besok dia pula diberikan kepandaian itu. Gunakan lah apa yang ada pada kita ini untuk menyumbang kepada kehidupan ini bukan untuk kita sahaja tetapi untuk semua. Itulah tujuan kita hadir di dunia ini, sempadan ini hanya ciptaan manusia yang tamak.

Ambil cuti hari minggu ini dengan membawa keluarga menikmati damainya pantai, air terjun atau kemana sahaja supaya di pagi isnin nanti dia boleh berkongsi dengan rakan yang lain. Akhirnya mereka akan membesar dengan menghargai perasaan orang lain, menikmati hijaunya bumi dan inilah peranan ibu bapa supaya komuniti pembelajaran dapat dibentuk di negara ini. Ketika berbicara bersama rakan , jangan berbincang tentang banyaknya A anak-anak kerana disebalik kegembiraan anda itu ada hati ibu atau bapa yang terluka atau sedang menangis kerana bukan semua anak memiliki A tetapi semuanya memiliki sekeping hati yang perlu diberi perhatian oleh kedua ibubapa mereka. Didiklah hati mereka kerana nanti mereka akan dilepaskan pergi ke dalam masyarakat dan apa yang ibubapa berikan itulah yang menjadi amalan mereka. Usah melihat nakalnya mereka dahulu tetapi lihatlah bagaimana kita membina mereka. Jika terbina istana pasir, datang ombak , runtuhlah ia. Jika kita bina jiwa, insyallah negara kita akan maju dan berjaya ke hadapan.

Friday, October 17, 2008

Remaja dan Guru:Biar tak sama tapi boleh bersetuju

Guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan

Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini.


Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya.

Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.

Apa komen anda ?

Saya terpaku seketika apabila melihat berita ini kerana ia melibatkan institusi pendidikan yang bernama sekolah. Mengapa mesti terpaku ? Bukankah sekolah adalah tempat untuk mendidik pelajarnya dan pelajar yang mendapat pendidikan sepatutnya akan lahir sebagai insan yang menjadi modal insan kelas pertama. Apatah lagi baru berusia 14 tahun yg garamnya belum menjadi pulau dalam perut. Isyh Isyh! Siapa nak bertanggungjawab ni? Sistem? Sekolah? Guru? Pelajar? Ibubapa? Pengetua?

Usia remaja 14 tahun adalah usia 'storm and stress', tiada siapa yg lebih penting bg mereka selain rakan sebaya. Terasa dunia ini milik mereka. Siapa yang menghalang seperti mencucuh api yang akan marak bagaikan kebakaran hutan di musim kemarau. Itulah remaja yang remajanya tidak sama dengan remajanya guru dulu kerana cabaran remaja sekarang terlalu mencabar hingga orang dewasa juga bisa luntur kalau diikutkan perasaan.

Persoalan ini ditinggalkan untuk komen anda dan perbincangan lanjut akan dilakukan dlm edisi lain

Thursday, October 16, 2008

Mengenali jenis otak anda

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN

Wednesday, October 15, 2008

Sepetang di Kampus Induk UM

Berada di dalam kampus UM petang tadi adalah antara perkara yang paling dikesali dalam hidup. Jika hari ini banyak sekolah yang tidak mempunyai padang untuk anak-anak sekolah bermain dan menikmati kehidupan seorang pelajar sekolah, maka hari ini terasa bagaimana ketiadaan padang di sekolah telah menyebabkan ia tidak ada nilai lagi dalam kehidupan manusia.

Jika ditanya berapakah jumlah padang bola sepak di um ? Berapakah gelanggang bola tampar atau sepak takraw kepada pelajar um pada hari ini, berapa ramai yang mampu memberikan jawapan yang betul. Apatah lagi untuk bertanya apakah permainan yang mereka selalu lakukan setiap petang.

Pada hari ini, ada 2 orang pelajar sedang bermain bola keranjang, 2 orang lelaki sedang berjoging di tepi padang dan ribuan lagi pelajar tidak diketahui status mereka samada dibawah sedar ataupun ah! mungkin tidak ada kepentingan lagi bagi mereka untuk berada di padang pada waktu itu.

Zaman sekolah dulu, ramai pelajar perempuan akan turun dari asrama untuk mengutip 'tungau' (kata waden). Mereka ini duduk bersembang di mana-mana penjuru padang sambil menggigit batang kemuncup. Itulah aktiviti harian pelajar sekolah menengah berasrama penuh yang akhirnya memenuhi kampus.

Kami pelajar lelaki akan pasti berada di padang/gelanggang dan begitu asyik bermain sehingga tidak menyedari waktu makan malam dah tiba. Hari yang menyedihkan adalah bila terpaksa bergotong royong waktu riadah petang atau kena denda cuci tandas sbb dorm kotor. Habis rosak mood sehari dan yang pasti malamnya membalas dendam dengan ponteng kelas prep. He he !

Kembali kepada kajian kes kita, kenapa tiada pelajar bermain di padang pada hari ini, ku berdoa agar bukan faktor berada di kuliah menyebabkan rumput menangis kerana kita telah gagal untuk meluangkan masa di waktu petang di mana hormon endorphin berada pada paras yang paling tinggi.

Marilah kita kembali kepada zaman di mana manusia adalah lebih aktif dan kita terdedah kepada perkembangan fizikal yang sihat dan mampu menghadapi kehidupan yang lebih berharga

Refleksi 12

Refleksi 12

Perbincangan hari ini adalah tentang ‘task’ atau fungsi dalam penyeliaan mengikut Glickman iaitu perkembangan profesional dan perkembangan kumpulan yang perlu dilihat sebagai saling berkaitan dengan bantuan langsung yang telah dibincangkan sebelum ini. Apabila mengimbas kembali apa yang berlaku di sekolah tentang perkembangan profesional staf maka kita akan mendapati terdapat beberapa perkara yang perlu diperbetulkan supaya program yang dijalankan adalah bermatlamat untuk menambaik pengajaran guru di dalam kelas. Ini adalah kerana penyelia mesti berfungsi untuk memastikan program yang dijalankan adalah memenuhi keperluan guru supaya mereka dapat menggunakan apa yang diperolehi di melalui program yang dirancang untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran secara berterusan.

Apabila sekolah di arahkan untuk menjalankan program perkembangan staf untuk meningkatkan keupayaan guru maka kita telah mendapati setiap sekolah berusaha mendapatkan penceramah yang hebat dan mempunyai pengalaman yang banyak yang telah berkongsi dengan semua guru namun sebahagian daripada guru tidak dapat mengaitkannya dengan tugas mereka di sekolah. Ini adalah berpunca daripada program atau tajuk perbincangan tidak berkait dengan halatuju sekolah yang mungkin tidak begitu diketahui oleh penceramah. Oleh itu dalam memastikan program ini benar- benar dapat meningkatkan keupayaan guru, penyelia mesti melihat analisis keperluan dan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sebelum meneruskan program yang difikirkan perlu kepada guru di sekolah. Apa yang penting kriteria yang perlu difikirkan adalah ianya praktikal dan berterusan untuk jangka panjang kerana dengan cara inilah maka penambahbaikan akan sentiasa berlaku dalam pengajaran guru di dalam kelas. Hasilnya setiap kali program dijalankan, pihak sekolah telah menghasilkan ‘guru baru’ atau ‘renewal’ yang sentiasa memastikan ia dapat dijalankan dalam pengajaran bersama pelajar.

‘Pembelajaran berterusan’ menjadi intipati perkembangan profesionalisme dalam konteks penyeliaan dan perkembangannya melibatkan tahap orientasi, integrasi dan pemurnian (refinement) yang akan menambahkan lagi keberkesanan program yang dijalankan samada formal ataupun tidak formal.

Dalam konteks perkembangan kumpulan pula, adalah menjadi satu perkara penting kepada penyelia untuk mempelajari kemahiran untuk bekerja dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah pengajaran. Secara keseluruhannya, terdapat banyak kumpulan yang ada di sekolah yang sentiasa bertemu dan berbincang dengan tujuan untuk memastikan berlakunya penambahbaikan yang berterusan. Memahami dimensi kumpulan yang melibatkan orientasi tugasan dan kemanusiaan menyebabkan saya menyedari bahawa ada sentiasa ada dua kumpulan manusia dalam kumpulan yang terbina walaupun di mana sahaja. Bila kita mengenali individu tertentu di dalam kumpulan dan dimensi mereka maka adalah lebih mudah untuk kita menyusun tindakan yang harus dilakukan supaya matlamat perkembangan kumpulan akan tercapai.

Tugas penyeliaan juga melibatkan individu guru dalam kumpulan yang bersikap ‘dysfunctional’ yang perlu ditangani dengan baik supaya akhirnya dapat berkongsi rasa kepunyaan dan kejelikitan untuk menyumbang di dalam kumpulan masing- masing. Kita memerlukan ahli kumpulan yang berorientasikan tugasan untuk memastikan hasil akan lebih cepat dicapai dan hubungan interpersonal akan menggalakkan kepada penyertaan ahli yang lebih aktif dan penghayatan yang lebih bersifat kekitaan.

Apabila ada perbezaan cara dan gaya kerja maka timbulnya konflik yang perlu diselesaikan dengan baik dan konflik tersebut akan menyebabkan hasil kerja akan menjadi lebih baik dan berterusan kerana kesukaran dan kekeliruan telahpun dapat diatasi. Menggunakan teori situasi adalah amat sesuai dalam konteks untuk meningkat perkembangan kumpulan kerana kesediaan kumpulan perlu diambil kira sebelum memastikan kaedah atau pendekatan yang hendak digunakan terhadap kumpulan.

Setelah membincangkan tiga tugas penyeliaan maka saya dapat menganalisis permasalahan yang berlaku di sekolah. Apa yang menjadi tugas penyeliaan ini telah cuba dilaksanakan di sekolah tetapi oleh kerana tiada pendedahan tentang konsep penyeliaan maka perkaitan daripada awal tidak dapat dilihat yang menyebabkan mereka merasakan semua perkara ini berfungsi secara sendiri tanpa berkait antara satu sama lain.

Persoalan yang timbul adalah walaupun saya merasakan peranan ini boleh dimainkan apabila kembali ke sekolah terutama dalam kumpulan yang tidak formal dan formal tetapi setakat mana ia akan berjaya mengubah persepsi guru terhadap konsep penyeliaan secara keseluruhan jika pendedahan ini tidak diperkembangkan

Tuesday, October 14, 2008

Pot Luck Raya

Jamuan 'pot luck' hari raya telah diadakan di BS2 pada pukul 1.00 tgh di mana hampir keseluruhan pensyarah telah bersama- sama dalam majlis.
Antara dua datin; Datin formal dan Datin tak formal
Staf Pejabat IPK juga turut serta dan bersama-sama menyumbang kuih muih. Saiful telah menyediakan pulut dan kari telur untuk semua yang hadir

Monday, October 13, 2008

Apa maksud guru

video

Apakah yang terfikir pada diri kita tentang pendidikan pada hari ini? Sejauh manakah pembelajaran yang berlaku di sekolah dari segi kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran yang digunakan akan membantu pelajar menerima pendidikn yang sepatutnya. Khalifah Umar Al Khattab telah meminta ibu bapa supaya mendidik anak- anak sesuai dengan zamannya.

Pada hari ini kita telah dapat melihat suasana pendidikan yang berbeza di seluruh dunia sesuai dengan perkembangan masing- masing. Dunia teknologi telah menyebabkan proses mendapatkan maklumat semakin mudah dan cepat tetapi persoalannya bagaimana maklumat yang diperolehi akan merupakan satu pendidikan kepada pelajar. Dengan kata lain, perubahan tingkah laku telah berlaku. Jika sebaliknya, kemusnahan dunia akan menjadi kenyataan lebih cepat daripada sepatutnya. Teknologi akan digunakan untuk menunjukkan kehebatan berbanding membantu mereka yang memerlukan.

Namun begitu, kita tidak boleh menidakkan kepentingan teknologi maklumat ini dalam proses pendidikan di sekolah. Adalah amat janggal untuk kita mendengar seorang guru yang menggunakan keseluruhan masa pengajaran menyampaikan isi pengajaran kerana apa yang hendak disampaikan hanya memerlukan satu ketukan 'google search'. Apa perlunya lagi seorang guru melukis gambar dan rajah untuk dijadikan set induksi jika hanya dengan menaip 'google image' akan terdapat beribu-ribu gambar dalam pelbagai warna yang tidak mungkin dapat dilukis oleh guru sepanjang usia perkhidmatan mereka.

Oleh itu, timbang-timbangkanlah apa peranan guru pada hari ini kerana dunia sekarang tidak lagi menganggap guru sebagai seorang yang berada pada kedudukan yang tinggi maka sudah tentu ketidakupayaan untuk memikirkan bagaimana pengajaran harus berlaku di dalam kelas akan menyebabkan kepincangan yang lebih besar kepada dunia perguruan itu sendiri.

Janganlah sampai pada suatu masa di mana istilah 'guru' hilang daripada kamus manusia kerana peranan mereka telah tiada di dunia ini.



Sunday, October 12, 2008

RUMAH TERBUKA

Sebagai rakyat Malaysia, amalan berkunjung adalah menjadi amalan terutama pada musim perayaan tanpa mengira perbezaan agama, ras dan ideologi. Setelah mengambil kesempatan bersama pemimpin negara pada hari raya 1 dan 2 tempohari, maka minggu ini berkesempatan pula bersama dengan pimpinan negeri dan ahli parlimen yang lain yang belum sempat bersalaman. Menteri Besar Kelantan , Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah sudi untuk bersama dengan rakyat di Sambutan Hari Raya anjuran anak perantauan kelantan di Dataran Majlis Bandaraya Shah Alam bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Kesemua ADUN dari Kelantan telah hadir ke Majlis tersebut.

Sebelah petang, kira- kira pukul 3.30 petang, sempat pula mengunjungi Rumah Terbuka DSAI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Sesuai dengan Ketua Pembangkang, ribuan pengunjung telah hadir untuk bersama bersalaman seperti juga apabila kita melihat suasana di PWTC pada hari raya tempohari. Suasana adalah lenih baik kalau sambutan ini juga di adakan di mana semua ahli parlimen Malaysia beragama islam akan sama-sama menganjurkan majlis ini dengan meriah.

Memilih untuk meng'upload'kan foto ini kerana menghormati YB Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam yang sudi meluangkan masa ke Majlis ini. Harapan saya kepada YB, teruskan perjuangan untuk merakyatkan negara supaya setiap tindakan dari mana- mana kerajaan adalah tulus, ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tanpa adanya agenda tersembunyi.

Akhir Kata, Selamat Bersidang kepada semua Ahli Parlimen Malaysia.

Saturday, October 11, 2008

Seminar Mingguan IPK


SEMINAR MINGGUAN
INSTITUT KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
UNIVERSITI MALAYA

TAJUK SEMINAR :
KESAN PINCANG LAKU KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAP GURU

TARIKH :
17 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

TEMPAT :
IPK, KAMPUS KOTA
UNIVERSITI MALAYA

MASA :
3.00 - 5.00 PETANG

PEMBENTANG :

DR ABDUL GHANI KANESAN ABDULLAH
TIMBALAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN USM

DR AZIAH ISMAIL
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN USM

BAYARAN :
PERCUMA

PERTANYAAN LANJUT :

SILA HUBUNGI


AZHAN BIN ANUAR - 0199179517

Berita TV3 jam 7.30 pagi

"Bakal Perdana Menteri" (BPM)telah meminta Kerajaan Negeri Kedah untuk menimbangkan kembali arahan kepada pemaju perumahan untuk menyediakan 50% kuota perumahan untuk bumiputera supaya kapasiti penduduk bandaraya alor setar akan menjadi lebih seimbang kerana rakyat berpeluang untuk membeli rumah yang dijual secara sama rata.

Menutut 'BPM" arahan ini akan menyebabkan pemaju akan menghentikan niat untuk meneruskan projek pembinaan perumahan dan mungkin akan menyebabkan indusrti perumahan akan terbantut dan merugikan rakyat.

Hari ini seroang rakyat hendak meluahkan perasaan sebelum mungkin menjadi muflis dan bagkrap setelah rumah yang dibeli sejak tahun 2000 terbengkalai walaupun hanya berkos sederhana. Bukan kerana pemaju tidak ada wang tetapi diisytiharkan muflis akibat tidak membayar cukai pendapatan. Maka terkulat-kulat ratusan pembeli yang terpaksa membayar faedah kepada bank tanpa dapat diselesaikan secara yang lebih baik.

Semakin hari semakin ramai pembeli yang mendapatkan surat muflis dek kegagalan untuk membayar faedah kerana terpaksa membayar sewa rumah yang tinggi di bandaraya. Bank terus megaut keuntungan, pemaju hilang entah kemana dan rakyat semakin mengutuk siapa yang tidak mempunyai perasaan untuk membantu rakyat berbilang kaum yg terdera perasan akibat melihat keseronokan pemaju mengaut keuntungan dan membiarkan mereka terkontang-kanting tanpa pembelaan.

Apakan daya rumah ku ditingkat 5 , nak ku siapkan tentu tak berdaya. Yang ku mohon hanyalah ada sedikit usaha daripada kerajaan atau sesiapa yg berkuasa untuk memikirkan langkah penyelesaian yang adil, bukan hanya menjadi jurucakap kepada pemaju semata-mata.

Saya menyokong usaha kerajaan negeri kedah yang memikirkan rakyat umum terlebih dahulu. Kalau pemaju tidak mahu jalankan kerja menyediakan rumah, biarkan mereka sebab ada orang lain yang lebih jujur untuk menjalankan tgungjawab ini.

Untuk BPM, saranan saya ialah kalau bapa anda telah menyediakan perancangan memberikan tanah dan rumah kepada rakyat maka teruskan usaha baik itu dengan menghalang pemaju menipu rakyat yang telah menyokong anda selama ini.

Friday, October 10, 2008

Pentaksiran dan Penilaian

eperiksaan vs Pentaksiran Cetak

Kita seringkali mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan supaya lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik. Apa itu peperiksaan dan apa itu pentaksiran. Apa pula yang dimaksudkan dengan penilaian? Apakah perbezaan antara istilah-istilah tersebut? Siri Peperiksaan Oh Peperiksaan kali ini membicarakan konsep dan penggunaan ketiga-tiga istilah ini di samping istilah-istilah lain yang berkaitan seperti pengukuran, ujian, soal selidik, kuiz, menduga akal dan temu duga.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:

Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).

Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.

Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.

Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.

Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).

Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.

Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga peperiksaan itu dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat dicairkan.

Kemaskini pada ( Sabtu, 10 Mei 2008 )

Silence Is Golden

If you were happened to be in a library for a few minutes, what actually can you see? Of course there are lots of books neatly arranged on the shelves and for sure each and every book has its own writer and the publishers where both parties are always cooperate and sometimes quarelling because one of them is greedy to have more benefits of selling the books.

Today is not the day for me to talk about books because it is common that everybody knows that library is 'equivalent' to books. What is a lirary without thousands of books as what is PKR without DSAI.

What comes to my mind is how many years more that library is still needed (of course) after technology has taken the task. www. (whatever,whenever,wherever).com gets participation from all kind of people in this world compare to the library which in only attracts academician to indulge in.

I'm afraid I couldn't have the chance to see 'silence is golden' anymore.

Thursday, October 9, 2008

Memasang Angan- Angan


Menghabiskan masa selama 2 jam di Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya rupanya telah membangkitkan satu perasaan berahi untuk menulis buku setelah bergelar blogger.

Chedet.com telah membukukan apa yang ditulis di dalam website beliau sebagai satu indikator bahawa setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk membuat apa sahaja yang mereka fikirkan. Yang penting adalah mula menimbulkan perasaan cinta dan rindu untuk melakukannya.

Dalam masa 2 jam, menjamah lebih kurang 20 buah buku sambil mengimbas isi kandungan maka keinginan itu menjadi semakin kuat apatah lagi jika apa yang ditulis adalah pengalaman sendiri yang ditokok tambah oleh perkongsian pengalaman orang lain yang membolehkan ianya digelar sebuah buku.

Apa yang tidak ingin dibincangkan adalah samada buku ini akan dibaca atau tidak. Ini kerana menjadi penulis yang berniat untuk memperkembangkan perasaan, bakat dan sebagainya bukan untuk dinilai oleh empunya diri.

Semoga niat ini akan menjadi usaha yang akhirnya bertukar kepada sebuah buku yang turut berada di rak-rak yang tertulis 'Jangan buka plastik'. Wow!

Wednesday, October 8, 2008

Krisis Kewangan Wall Street(simplified)

If you have difficulty understanding the current world financial situation, the following should help...

Once upon a time in a village in India, a man announced to the villagers that he would buy monkeys for $10.

The villagers seeing there were many monkeys around, went out to the forest and started catching them.
The man bought thousands at $10, but, as the supply started to diminish, the villagers stopped their efforts. The man further announced that he would now buy at $20. This renewed the efforts of the villagers and they started catching monkeys again.

Soon the supply diminished even further and people started going back to their farms. The offer rate increased to $25 and the supply of monkeys became so little that it was an effort to even see a monkey, let alone catch it!

The man now announced that he would buy monkeys at $50! However, since he had to go to the city on some business, his assistant would now act as buyer, on his behalf.

In the absence of the man, the assistant told the villagers: 'Look at all these monkeys in the big cage that the man has collected. I will sell them to you at $35 and when he returns from the city, you can sell them back to him for $50.'

The villagers squeezed together their savings and bought all the monkeys.

Then they never saw the man or his assistant again, only monkeys everywhere! Welcome to WALL STREET.

Pengumuman

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 , Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan belia sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan agung pada bulan Mac 2009.

Saya berharap agar semua rakyat Malaysia untuk melihat jauh ke hadapan dengan keputusan ini dan mula melihat peranan yang telah dimainkan oleh setiap parti yang memerintah di negeri- negeri supaya dalam Pilihan Raya Ke 13 nanti, anda semua akan membuat pilhan yang betul dan tepat berdasarkan kepada prestasi mereka semua sebagai Yang Berkhidmat.

Selamat hari guru 2 (nov 08)

Tajuk ini akan menarik minat pembaca terutama bila mereka adalah seorang guru. Bila menyebut kerja by profession maka kita akan memahami diri kita hanyalah mencari wang untuk menyara hidup dengan kerja kita. Maka lahirlah insan yang paginya guru tetapi malamnya adalah pelacur by profession juga.
sengaja dipaparkan kerana mungkin ada yang tidak perasan kerana ia diterbitkan pada masa hari raya
Semoga guru di malaysia telah bersedia untuk menerima kenyataan ini.

Tuesday, October 7, 2008

Episod politik

Apasal la sekarang ni asyik bertemu dengan pemimpin politik? Sambil minum jus cucumber dan roti arab di sebuah restoran di kotaraya KL. Nah! Inilah jawapannya...

Dah ramai orang biasa jadi ahli parlimen dan orang kayangan dah banyak yang terbang di angkasa. Bila selalu di muka bumi maka senanglah rakyat marhaien nak nampak muka.

Makan kat restoran cokia pun boleh jumpa ahli parlimen dah lanie. Tak payah jengok coffe house kat concorde hotel, pan pacific dsb.

Bersyukur aku dapat melihat dan merasai suasana ini, Alhamdulillah.

Episod politik belum reda, 13 Okt akan bermula satu lagi episod baru dan ia bukan yang terakhir kerana itulah kata yang aku dengar sendiri.

Selamat berjuang untuk rakyat Dr Hatta, selagi berada dilandasan yang betul anda akan disokong dan bersedialah untuk dinasihat dan ditegur kerana kita tidak sempurna. Hidup biar berjasa, kaya bukan ukuran, bala jangan dicari, rakyat adalah raja,kerja demi islam,kerajaan baru bila lagi.

Tok Rok Duk Malay........

Bila tiba hari raya maka berbondong-bondong umat islam balik ke kampung halaman masing-masing meninggalkan pekerjaan dan pendapatan di bandaraya Kuala Lumpur. Setelah peruntukan cuti sudah habis maka sekali lagi umat islam akan kembali semula untuk meneruskan pencarian rejeki di kotaraya yang menjanjikan seribu kekayaan.

Setelah diamati dan direnungi, rupanya ada sekumpulan manusia yang belum pulang dari kampung halaman walaupun orang lain telah mula bekerja sejak semalam. Kehadiran mereka amat diperlukan dan ketiadaan mereka amat dirasai oleh umat islam. Mereka tidak makan gaji dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumbur (DBKL) namun warga KL sangat mebutuhi mereka.

Alkisah mereka pula, bila tiba di kampung maka bertanyalah sanak saudara, "sedap demo dok cari makan di Malay, setahun sekali baru nampak muka". Bertanya ibu saudara kepada seorang lelaki. Maka dia menjawab " Dok rok duk Malay, payah nak cari makan loni. Orang deknu pun dah pandai masak tonye dan pakprit doh, mamak pun reti dah buat daging masak merah". Tu yang kita cuti sebulan ni, tak buka kedai.

Di Kl, umat islam di malaysia sibuk bertanya mengapa tokey restoran ala thai masih tutup selepas seminggu beraya. Macam ni susah la nak makan. Semua kedai tak buka. Nak suruh orang melayu buka restoran, semua penakut, takut bangkrap, takut DBKL saman, takut nak kaya, takut kedai laku sangat nanti penat melayan, takut kedai sebelah tak untung dan macam-macam takut lagi.

Hasilnya, rakyat thailand yang kaya kerana berani buat bangsal kecil tepi jalan untuk buka gerai makan, orang indonesia yang kaya kerana berani sangkutkan talipinggang ditepi pokok untuk jualan hari raya bersama dompet kulit tiruan, orang negro dari afrika yang menunggu orang lalu lalang untuk menjual jam tiruan di bukit bintang, orang cina benua yang mengurut kaki dan mereka semua sedang mendapat rejeki dibumi Allah ini.

Akhirnya rakyat Malaysia juga turut berkata " dok rok duk malay" dalam erti kata sebenar bukannya seperti rakyat thailand yang berkata demikian kerana ingin berehat panjang selepas sebelas bulan mengumpul rezeki di Malay.....

Monday, October 6, 2008

Renungan Pagi

6 Perkara yang ALLAH sembunyikan......


Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:



Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. "tidak"

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."

Kemudian Jibrail a.s. berkata:

"Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

"Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud :

"Ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat.
Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat.
Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di dalam al-quran.
Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan.
Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

(Islamlah.....nescaya anda selamat di hari akhirat yang tiada siapa boleh melarikan diri daripada azabNya melainkan dengan rahmat ALLAH)

Sembang Pagi Isnin

Melihat kanak-kanak di peringkat usia 7-12 tahun yang datang beraya membuatkan aku terfikir sejenak. Apakah mereka semua akan menjadi hebat dalam masa 10 tahun yang akan datang kerana telah didedahkan dengan PPSMI sejak dari tahun 1 sehingga sekarang. Bila cuba mendekati mereka dan menyelongkar diri mereka, jauh di sudut hati ini terasa sedih jika mereka ini akan hanya menjadi sebagai satu generasi yang besar yang dihumban ke dalam laut cina selatan dek kesilapan kita, orang dewasa merancang dengan baik untuk masa depan mereka.
Saya lebih suka melihat konsep pembelajaran sekolah arab kampung yang beroperasi secara tradisional atau sekolah tahfiz yang ada. Usah berbicara tentang kemudahan atau teknologi mereka. Tiada persoalan jayid jiddan, mumtaz atau apa sahaja gred yang ada kerana yang cemerlang akan terus bergerak ke depan dalam akademik namun yang kurang menyerlah tetap disanjung dalam masyarakat, menjadi imam terawih, menjadi bilal mesjid bak kata orang menjadi manusia itu lebih penting dengan ilmu yang diperolehi daripada zaman persekolahan.

Kita suka melihat batasan dalam ilmu, itu kesilapan yang besar kita lakukan. khatam quran menandakan tamatnya proses pembelajaran kalam tuhan seperti mana kita menganggap tamatnya pembelajaran sains kita, geografi kita setelah berakhirnya persekolahan. Kesannya adalah pembelajaran hanya untuk mendapatkan sijil semata-mata dan tiada penghayatan tentang ilmu yang dipelajari.

Usah menuding jari! Marilah kita bertindak sesuai dengan peranan dan tugas masing-masing. Jika kita adalah guru, laksanalah pengajaran yang memberikan ilmu kepada pelajar kita, biar peperiksaan dan hasilnya hanyalah bonus kepada pelajar kita sahaja. Jika kita menjadi ibu bapa, kita hanya seronok bercakap tentang gred apabila anak kita mendapat A, jika mereka bukan begitu, maka kita suka memilih tajuk lain untuk perbualan, betul tak? Ubahlah tajuk perbincangan, bincang dan tanya bagaimana ilmu yang anak kita perolehi dapat membantu mereka dalam hidup, bukannya macam mana hendak memastikan mereka mendapat A dalam peperiksaan. Kasihanilah mereka, jangan biarkan mereka stress, kerana ramai dah yang sakit jiwa kat luar sana adalah bukan sembarangan di zaman pelajar mereka.

Mengapa ?

Semalam (Ahad) mungkin merupakan hari di mana kelkatu sedang terbang mencari cahaya atau ibarat semut sedang menuju ke arah sebutir gula dan mungkin hari di mana anai-anai sedang bergerak ke arah sekotak buku di bawah katil. Inilah perumpaan hari semalam bila melihat deretan kereta bergerak menuju kotaraya.

Dari barat membawa berkat, dari timur membawa makmur, dari selatan membawa aman dan dari utara membawa sejahtera. Dari pagi hingga ke petang membawa ke malam. Yang menyongsong ketepi, yang meludah ke tanah, yang mengenggam kepala gear, yang menggigit anak jari, itulah senario sepanjang perjalanan yang menjadi rakaman yang paling manis. Mengapa? Apa lagi kalau bukan kerana orang kampung telah berhijrah ke bandar. Bukan saja orang kelantan, bukan sahaja orang kedah, bukan sahaja orang perak,bukan sahaja orang perlis. Semua ada, semuanya menuju arah yang satu, ke Kuala Lumpur.

Semua ini boleh difahami dan boleh diatasi, 'respect the system' dan semua akan selamat tiba, jangan ada memotong 'cue', jangan terlalu geram dengan pemandu lain, ukirlah senyuman walau apa pun berlaku akan menjadi kunci kepada keseronokan memandu.

Yang sukar difahami........

Mengapa hari ini ada sekolah telah mula menutup fail subjek PJ saya ulangi PJ&PK, Moral, Seni Visual, Sivik bagi pelajar tingkatan tiga??????????????

Mengapa hari ini jadual kelas dianjalkan semata-mata untuk membuat latihtubi subjek tertentu untuk pelajar tingkatan tiga??????????????????

Mengapa hari ini??? siapa yang silap atau Falsafah Pendidikan sudah berubah?????

Apa kata anda? Lepas PMR kelas dah tak perlu, kumpul pelajar tengok dvd, betul ke apa yang kita sedang dan akan lakukan ini?????


Saturday, October 4, 2008

Selamat Pule anak kelate

Seawal pagi DBC 7076 telah beredar dari Alor Setar menuju ke Kelantan dalam suasana yang nyaman dan pergerakan yang amat tenang. Dengan melalui PLUS dan keluar di tol Sg Petani. Bayaran RM8.00 terpaksa dibayar untuk perjalanan yang lebih selamat dan mudah. Namun selalu juga hati tertanya, takkan selamanya tol ini akan dikenakan. Teringat 22 tahun yg lalu menaiki bas dari Mekah ke Madinah , lebuhraya empat lorong sehala sejauh 400km++ yang begitu menyenangkan pemanduan tanpa tol.

Perut yang lapar di waktu tengahari menyebabkan kami menjenguk belum rainforest resort milik emkay (empunya bukit merah laketown resort) bagi mencuba resepi si tukang masak, tapi terpaksa dibatalkan kerana nasi gorengnya rm22 sepinggan yang belum dapat membuka selera untuk makan. Akhirnya kami mengadap sepinggan nasi di batu melintang dengan kos rm 15 sahaja dan begitu enak dan menambat selera.

Jangkaan untuk sampai pada jam 2 ptg rupanya meleset. Perjalanan terganggu dengan kesesakan di simpang tanah merah yang menyebabkan kami tergendala selama 2 jam. Kami redha dan memahami masalah lebihan kereta di jalanraya. Apa yang dikesalkan adalah JPJ yang membuat sekatan di Jeli yang kami kira menghalang kelancaran pemanduan. Bukan tak setuju tapi tentu ada cara lain untuk meminta lesen memandu. Deretan sejaun 10 km hanya untuk disemak lesen adalah kurang wajar kerana musim perayaan menyebabkan jumlah kenderaan adalah terlalu banyak di atas jalan. Banyak maslah rakyat tidak selesai kalau cara ini diamalkan oleh pihak yang berkuasa.

Yang penting perjalanan sejauh 369 km dilalui dengan selamat dan syukur kepada tuhan dengan nikmat ketenangan yang dikurniakan walaupun penat memandu dan kesesakan namun tidak menjadikan aku insan yang pemarah atau perungus sebab aku tahu ini semua dugaan dan cabaran untuk meningkatkan kualiti diri kita.

Selamat kembali bertugas bagi warga kelantan esok hari kerana Allah Taala. Wassalam

Friday, October 3, 2008

Belut sudah pulang dari lubuk

Masuk hari ketiga bulan syawal maka suasana meriah hari raya di kampung sudah mula berakhir. Ada yang telah mula pulang semula setelah hampir seminggu berada di lubuk yang menjadi tempat permainan semasa kecil.

Anak- anak yang sedang bergembira bermain dengan saudara masing- masing mula gelisah sambil berharap ada baki hari untuk tidur, makan, main, sembang bersama di rumah datuk dan nenek mereka. Bebas bagaikan burung kanak- kanak bergembira sepanjang cuti raya namun tak kurang jelingan menja ibubapa yang geram melihat telatah mereka yang hingar bingar tak kira siang dan malam.

Sekarang tibalah masa untuk bergerak ke tempat masing-masing. Semoga perjalanan anda semua akan selamat dan tiba ke destinasi anda semua. Sebulan di bandar nanti adalah hari raya. Rumah terbuka di sana sini terutama pada hujung minggu akan menjadikan hari raya ini sukar untuk berakhir. Kedai kek masih menunggu tempahan saban hari. Begitu juga masih ada sisa baju kurung dan kebaya di butik untuk dijual kerana kita beraya sehingga sebulan. Aduhai! Lama sungguh orang islam beraya dan 2 bulan lagi raya akan disambut lagi.

Bagi para pelajar di sekolah, kolej dan universiti, teruskan tugas menimba ilmu anda semua kerana menuntut ilmu tiada batasan had dan masa. Sentiasa membuka ruang otak dan fikiran untuk mendapatkan pengetahuan kerana ilmu nanti akan menentukan tahap dan darjat kita dalam masyarakat.

Thursday, October 2, 2008

Akhirnya .... melepaskan geram

Selepas berjemaah maghrib di Mesjid PAS Pokok Sena di Langgar , meneruskan perancangan dengan bergerak ke Stadium Darul Aman. Tepat jam 8 aku telah mula uploadkan foto dengan kekuatan broadband pada hsdpa . Terlepas sudah geram dengan gprs yang tak bermaya.
Gambar ini dirakam pada pagi hari raya, yang ada di rumah hanyalah kami berdua bersama dengan dua lagi saudara perempuan. Yang lain berada di rumah mertua masing-masing.

Berada di rumah sahabat yang menjadi schoolmate sejak sekolah rendah hingga ke tingkatan lima. Sama- sama bertemu jodoh dengan Kedahan dan sekarang beliau sibuk dengan butik kasih dengan menyediakan segala keperluan perkahwinan dari pelamin hinggalah kepada solekan pengantin.