Sunday, June 12, 2011

Bisik-bisik ubi,berisi

Setiap petang sejak 6 bulan, saya adalah diantara individu yang sentiasa berada di sebuah institusi pendidikan bermula pukul 4 hingga 7 petang. Motorsikal keluar masuk pintu pagar baik lelaki mahupun perempuan. Saya mempunyai tugas tersendiri yang perlu dilakukan dengan pelajar saya. Saya hanya mampu melihat dengan ekor mata sahaja kerana kawasannya agak luas dan terlindung di sana-sini. Setelah 6 bulan, terdengar bisik-bisik mengatakan ada 2 bakal ibu di sini sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan. Bila projek dimulakan tiada siapa yang tahu namun tentunya pada tahun ini. Menyambung cerita penyubur maksiat... jika mereka tidak ke sini maka mereka tidak mengenal lelaki itu yang menghasilkan isi. Jika mereka kekal di rumah, ibu bapa mereka ada untuk melihat kerja buat mereka. Saya cuba merenung kembali, cukupkab 2 pengawal keselamatan untuk meronda keseluruhan kawasan ? Kalau mereka lakukan tentunya peratus kemungkaran akan berkurangan 20-30% namun tidak nampak batang hidung mereka. Patutkan mereka diharamkan ke institusi mereka pada waktu petang ? Disitulah bermulanya episod asrama mereka. Bertemu mesra di institusi dan menanam ubi melalui jarum syaitan yang dicucuk ke cuping telinga.
Di sebuah institusi lain, mereka belajar namun tidak bersama-sama. Dalam kelas berlainan, memakai tudung yang labuh dan tiada aktiviti tanpa pengawasan. Alhamdulillah! Berjaya tanpa ada ubi.

Saturday, June 11, 2011

Sekolah sebagai penyubur maksiat

Saya mendengar satu ceramah di Radio ; manusia dijadikan untuk hari akhirat. Bahagian di dunia hanyalah mencari bekalan untuk ke akhirat. Berdegup jantung apabila mendengarnya. Apakah yang sedang aku lakukan di dunia ini adalah sebagai dikatakan mencari bekal ke akhirat ataupun perkara yang sia-sia. Sebelum itu, ada seorang tok guru dalam ceramahnya menyatakan bahawa kita orang islam akan memastikan anak-anak mencari keuntungan dunia seperti menghantar ke sekolah untuk belajar ilmu keduniaan  tetapi apabila mereka gagal barulah menukarkan anak-anak ke sekolah agama atau pondok. Semua ini membuat aku semakin keliru. Mennjadi guru di sekolah adalah untuk memberikan kehidupan dunia sahaja jika dilhat dari sudut yang umum. Apa buktinya, subjek yang diajar bermotifkan lulus peperiksaan semata-mata, jika dikaitkan dengan agama, bukan satu kewajipan untuk guru. Maka, adakah aku sedang menyuburkan maksiat di sekolah?