Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Monday, October 13, 2008

Apa maksud guru



Apakah yang terfikir pada diri kita tentang pendidikan pada hari ini? Sejauh manakah pembelajaran yang berlaku di sekolah dari segi kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran yang digunakan akan membantu pelajar menerima pendidikn yang sepatutnya. Khalifah Umar Al Khattab telah meminta ibu bapa supaya mendidik anak- anak sesuai dengan zamannya.

Pada hari ini kita telah dapat melihat suasana pendidikan yang berbeza di seluruh dunia sesuai dengan perkembangan masing- masing. Dunia teknologi telah menyebabkan proses mendapatkan maklumat semakin mudah dan cepat tetapi persoalannya bagaimana maklumat yang diperolehi akan merupakan satu pendidikan kepada pelajar. Dengan kata lain, perubahan tingkah laku telah berlaku. Jika sebaliknya, kemusnahan dunia akan menjadi kenyataan lebih cepat daripada sepatutnya. Teknologi akan digunakan untuk menunjukkan kehebatan berbanding membantu mereka yang memerlukan.

Namun begitu, kita tidak boleh menidakkan kepentingan teknologi maklumat ini dalam proses pendidikan di sekolah. Adalah amat janggal untuk kita mendengar seorang guru yang menggunakan keseluruhan masa pengajaran menyampaikan isi pengajaran kerana apa yang hendak disampaikan hanya memerlukan satu ketukan 'google search'. Apa perlunya lagi seorang guru melukis gambar dan rajah untuk dijadikan set induksi jika hanya dengan menaip 'google image' akan terdapat beribu-ribu gambar dalam pelbagai warna yang tidak mungkin dapat dilukis oleh guru sepanjang usia perkhidmatan mereka.

Oleh itu, timbang-timbangkanlah apa peranan guru pada hari ini kerana dunia sekarang tidak lagi menganggap guru sebagai seorang yang berada pada kedudukan yang tinggi maka sudah tentu ketidakupayaan untuk memikirkan bagaimana pengajaran harus berlaku di dalam kelas akan menyebabkan kepincangan yang lebih besar kepada dunia perguruan itu sendiri.

Janganlah sampai pada suatu masa di mana istilah 'guru' hilang daripada kamus manusia kerana peranan mereka telah tiada di dunia ini.



Tuesday, September 2, 2008

Glickman : aku gelapmata

Supervision and instructional leadership : A Developmental Approach (2004)

Memahami Glickman secara "helicopter view".

Penyeliaan pengajaran adalah bermatlamat untuk menghasilkan sekolah yang sentiasa berkembang tumbuh yang menghala kepada sekolah berkesan. Untuk memahami buku ini , kita hendaklah melihat kerangka keseluruhan supaya kita tidak akan kabur dan menyebabkan kita tidak mampu untuk menjelaskan maksud yang sebenar untuk menunjukkan kefahaman kita yang mendalam.

Glickman menyatakan bahawa untuk menjadi penyelia yang berkesan, kita hendaklah mempunyai kefahaman yang mendalam tentang tiga perkara iaitu pengetahuan, kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Dalam bab 1 , penekanan adalah kepada konsep penyeliaan. Setelah memahami konsep maka Glickman telah membincangkan apakah pengetahuan berkaitan yang mesti dikuasai oleh penyelia iaitu dimana penyeliaan itu berlaku, kepada siapa ia berlaku dan untuk apa ianya diperlukan. Ini semua terkandung di dalam bab 2, 3, 4 dan 5 yang membincangkan tentang pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang penyelia. Di dalam bab 2 , Glickman membincangkan tentang sekolah , dalam bab 4, perbincangan adalah berkatitan dengan guru sebagai orang dewasa yang belajar dan bab 5 pula kita dibawa melihat pengajaran yang sepatutnya berlaku di dalam kelas.

Memahami keseluruhan bab 2 hingga bab 5 akan menjadikan kita telah menguasai satu pra syarat dalam penyeliaan.

(bersambung dalam perbincangan selanjutnya ..........)