Monday, March 12, 2012

Modul Latihan IAB

Setelah berjaya melalui seminggu orientasi, mengikuti modul 2 yang melibat pengurusan kualiti memberikan satu perkembangan yang sihat kepada warga pendidik terutamanya di sekolah. Banyak program yang dilaksanakan di kementerian belum sampai ke sekolah. Oleh yang demikian sebagai pelaksana, kita akan merasakan seribu kekurangan apabila cuba menempatkan diri di bahagian lain di KPM. Sebagai contoh, MS ISO 9001 yang melibatkan proses kerja tidak dapat dilakukan kerana mungkin tiada inisiatif pihak pentadbir ataupun ia tidak sesuai dilakukan kerana produk sekolah adalah berbeza. Namun begitu, pelaksanaan MS ISO di sekolah perlukan perubahan kepada kriteria yang perlu dilaksanakan. Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah perlu lebih realistik dengan kehendak pelanggan yang utama iaitu murid. Segala prosedur kualiti yang dipatuhi adalah perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkara yang kedua, Manual 5'S' yang menjadikan pejabat lebih kemas dan user-friendly perlu dimulakan di pejabat sekolah. Semua ini memerlukan pra sarana yang sesuai dengan sekolah dan kerja guru.
Pengurusan risiko adalah sangat baik untuk perancangan organisasi. Harapannya, pengurusan kualiti bermula daripada kualiti peribadi individu dalam organisasi.