Friday, October 31, 2014

Majlis Penutupan Program NPQEL

Berlangsung di BTPN Sabah. Majlis dirasmikan oleh Y Bhg Dato Jame Alip Pengarah JPN Sabah.

Saturday, October 25, 2014

Kari ikan lazat putatan

Kali pertama menjengok walaupun dah 8 bulan disini. Pasar nelayan yang terletak hanya disimpang masuk taman juga merupakan kuala bagi penduduk kampung disini. Setiap hari ramai pelanggan ikan segar akan datang. Rupanya dikatakan ada kedai makan di sini yang menyediakan kari ikan yang kow kow. Marilah mencuba.

Thursday, October 23, 2014

Cuti Deepavali

Cuti lagi.. kali ini sempena rakyat Malaysia yang beragama hindu. Rancangan awal mau ke tawau. Bila dah hampir tarikhnya program diubah ke Kudat. Mengapa di Kudat? Yang pertama, simpang Mengayau yang mana terletaknya tip of borneo. Sudah lama teringin ke situ. Alhamdilillah sampai juga akhirnya.

Tuesday, October 14, 2014

Malam Cinta Rasul dan Oktoberfest

Menarik untuk dibincangkan. Dua program yang dijadualkan pada malam yang sama di bandaraya Melaka. Jonker Walk akan diadakan festival oleh carlsberg dan malam cinta rasul turut memeriahkan suasana.
Sebenarnya hal ini sudah berlaku setiap malam di bandar. Masjid tidak pernah gagal mengadakan kuliah di bangsar dan deretan kedai berdekatan berurusniaga minuman keras tanpa batas.
Tiada yang pelik dengan majlis yang dirancangkan.

Al kisah telegram

Asal mulanya adalah untuk memudahkan rangkaian kerja selepas email.  Semua berjalan lancar dengan ada sedikit gurau senda. Lama- lama ia menjadi semakin rasmi setelah arahan dan tugasan telah dimasukkan dalam telegram. Gurauan dan lelucon sudah mula menjadi kesalahan kerana alasan rasmi. Laman social telegram telah dipisahkan daripada tujuan asalnya

Sunday, October 12, 2014

Antara RM 350 dan RM42

Telah sampai masanya untuk memperbaharui road tax dan insuran kuda z800. Setelah menelefon kawan maka saya dimaklumkan bahawa bayaran roadtax di Sabah ialah RM 42. Wow! Jauhnya beza dengan semenanjung yang berjumlah RM 350.