Sunday, May 31, 2009

PRK Penanti

keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.50 pm menunjukkan calon PKR sedang mendahului seperti yang telah dijangkakan. Dalam setiap saluran, majoriti 200 undi secara purata telah dimenangi oleh Dr Mansor Osman.

2018: Manusia vs Mesin

Malam tadi ramai peminat mengunjungi panggung untuk menonton Terminator Salvation di malam minggu. Teruja untuk melihat kembali kehebatan filem yang pernah dilakonkan oleh arnold maka barisan paling depan di dalam panggung TGV no 2 bersama setin air kacang soya dan sebekas pop-corn menjadi teman biarpun sudah dijangka ketidakselesaan mendongak bagi menonton.

Sayang seribu kali sayang, action-packed movie yang tidak sampai ke hati telah dihidangkan kepada penonton. Hentam sana hentam sini, selepas babak demi babak akhirnya tayangan tamat begitu saja dan tidak nampak kepuasan di wajah para penonton.

Malam minggu di Kuala Lumpur begitu meriah walaupun tidak dihiburkan oleh mat motor di dataran merdeka. Yang pasti semua pusat hiburan di jalan ampang seperti the zouk dsb penuh sesak walaupun jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Berapa ramai manusia mabuk di malam minggu dan amat malang jika ramai muslim yang turut sama meneguk air syaitan.

di jalan bukit bintang juga sesak dengan kereta dan pejalan kaki. tidak pasti apa yang dicari mereka. kerancakan malam minggu menghidupkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya dan ibu kota Malaysia. deretan bas di tepi jalan hentian puduraya mengesahkan pentingnya KL kepada rakyat negara ini dan juga dikongsi dengan jutaan rakyat daripada negara lain untuk mencari rezeki.

jalan kuching lengang di malam minggu kerana mungkin tiada pusat hiburan untuk dikunjungi.

mapiau! mapiau! keputusan nombor ekor dijual di lampu-lampu isyarat masih dijalankan walaupun dunia digital telah menjadi sebahagian daripada kehidupan.

dataran merdeka; penuh dengan manusia tanpa kerja. rupanya rakyat malaysia masih mempunyai banyak masa percuma.

itulah kehidupan warga KL di malam minggu.

hari ini : Happy Birthday to Sidah and Selamat Hari Gawai kepada Beritin

Saturday, May 30, 2009

Kemana anda hari ini ?

Hari Sabtu sering dianggap sebagai hari untuk berehat setelah bekerja sepanjang minggu. Bagi seorang pelajar semester khas, setiap hari adalah hari belajar dan disarankan penggunaan masa 2 jam diperuntukkan bagi menyiapkan projek penyelidikan yang tinggal hanya 23 hari lagi sebelum dihantar untuk pemarkahan.

Hari ini, kami berada di perpusinspekep (pinjam cara Indon) bagi menyiapkan sebahagian analisis data untuk melengakpkan bab 4 kajian berasaskan sekolah. Seronok bermain dengan angka apabila data telah sedia dikutip. Kita patut bersyukur kerana hajat untuk mengutip semakisma data dimakbulkan kerana mungkin ada kawan yang tidak mampu untuk mencapai 75 % daripada soal selidik yang diedarkan.

Tahniah untuk semua yang telah berjaya menduduki peperiksaan sem 2 dan mendapat keputusan semalam. Itu adalah permulaan untuk kita menghadapi cabaran apabila melangkah keluar. Jika kita mempunyai kasut Adidas , lompatlah macam Adidas. Jika kita mempunyai kasut BATA, lompatlah dan jangan bandingkan dengan kemampuan pemakai Adidas. Yang malang seklai, jika kita berkasut Adidas tetapi kemampuan hanya sekadar kasut "toreh" yang dipakai semasa melawat Pensiangan-Salinatan. Semua nanti akan saling bersahutan; katanya 3.++++ tetapi satu apapun tak mahu dibuat. Ingat Azhan, jangan malukan IPK dan IAB.

Selamat berjaya.

Friday, May 29, 2009

Di sebalik sebuah kejayaan...

Inilah wajah sebenar di sebalik setiap usaha dan tindakan yang dilakukan sejak 2 tahun yang lalu. Bermula daripada mengambil borang permohonan dan menghantarnya ke JPN. Bermula daripada menemani ke IAB Utara untuk temuduga sehingga ke hari ini tidak pernah berhenti memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Sejuta penghargaan kepada yang tersayang, Azura Abdul Raof kerana sentiasa yakin dan percaya dengan kemampuan diri ini.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai sebenarnya merupakan tanggung jawab yang amanahkan kepada kita. Marilah kita berdoa agar kita diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang betul.
Di pintu Auditorium Dato' Razali Ismail , mantan Timbalan Menteri Pelajaran yang meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan Besar IAB

Laluan jauh masih jauh, kita berdiri sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Thursday, May 28, 2009

Tahniah IPK9 Bloggers Network

'Bloggers' bersua di alam maya dan apabila sesekali dipertemukan secara fizikal maka kemesraan menjadi lebih akrab apatah lagi setelah bersama selama 2 tahun.

Hari ini sekalung tahniah diberikan kepada 'bloggers network' yang telah berjaya membawa pulang diploma dan sijil yang melayakkan untuk menulis, mencadang dan mengkritik hal-hal berkaitan dengan kepemimpinan. Mengapa tidak kita kembangkan idea kita disini bila saja kita terfikir kerana mungkin itulah idea yang akan melonjakkan kita ke arena kecemerlangan dalam karier.

Apabila kita datang buat pertama kali ke auditorium ini, kita adalah seperti rakan-rakan di luar tetapi saya percaya diploma dan sijil adalah bukti kemampuan kita untuk meningkat ke satu tahap yang lebih baik.

Ayuh para bloggers , jangan hentikannya. Teruslah menulis kerana walaupun berapa jauh kita tinggalkan kenangan bersama di IAB dan IPK, tetapi blog inilah kekuatan dan ukhwah kita.

Syabas buat myfamily, flower power, college cottage, nana tanjung, gerbang reformasi , waris-iskandar dan nazreens

Selamat Berjuang

Wednesday, May 27, 2009

Majlis Komensmen NPQH KOHORT 11/2009

Selamat Datang ke IAB/ IAB welcomes you again. Setelah hampir setahun kini kami kembali untuk satu upacara yang patut dibanggakan oleh semua peserta NPQH. Seronok juga melihat kembali tempat berkursus dan bermain untuk dikenang dan dihayati. Setiap insan pasti ada touching point untuk setiap peristiwa dalam hidup.

Bagi saya, di sinilah saya belajar menjadi pemimpin dan harapan saya langkah pertama ini akan terus maju setinggi tangga asrama ke blok pentadbiran yang digagahi setiap pagi oleh warga sementara IAB. Bilik C409 dipinjam buat satu malam dan IAB seperti biasa tiada apa erti tanpa insan yang sentiasa mencari ilmu dan berkongsi.

Apa yang ingin dikongsi malam ini ialah satu quote di pintu bilik " If I want to read, I write one" dan bagi saya , bila saya ingin membaca blog, saya tuliskan satu.....

Tuesday, May 26, 2009

Amuk di Sekolah: Apakah langkah berjaga2

Cuba baca berita di bawah dan tentukan samada elemen berjaga-jaga telah dipenuhi oleh pihak sekolah ?

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila menyerang dan menampar seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun berulang kali di sebuah sekolah, dekat sini, ketika waktu persekolahan berlangsung hanya kerana mendakwa mangsa mengganggu anaknya, Rabu minggu lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, wanita terbabit menceroboh kawasan sekolah berkenaan sebelum menyerang kanak-kanak malang itu yang sedang belajar.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa di hadapan seorang guru dan 35 murid lain tanpa segan silu.

Ibu mangsa, Noor Quiah Ismail, 39, berkata tindakan itu memang satu perbuatan keterlaluan kerana anaknya itu masih kecil.

“Budak-budak bergaduh adalah perkara biasa...kenapa ibu perlu turut campur tangan? Jika kena cara penyelesaiannya saya tidak marah, sebaliknya bersetuju.

“Setahu saya, wanita terbabit menampar anak saya lebih tiga kali selain menolaknya hingga jatuh hanya kerana dia mengganggu anaknya ketika sambutan Hari Guru sekolah berkenaan, Selasa lalu.

“Jika itulah puncanya, ia satu tindakan bodoh dan biadab,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anaknya itu di hadapan semua murid dan seorang guru.

“Biarpun ditenangkan guru berkenaan, wanita itu masih menggoncang tubuh dan menikam badan anak saya dengan jari bagaikan orang gila.

“Anak saya bernasib baik kerana wanita itu berjaya ditenangkan beberapa guru lain,” katanya.

Noor Quiah berkata, dia kesal dengan sikap pihak pengurusan sekolah terbabit yang merahsiakan kejadian itu biarpun anaknya itu mengalami bengkak pada kiri muka.

“Saya hanya tahu mengenai kejadian itu ketika mengambil anak pulang. Mereka sepatutnya memberitahu kepada ibu bapa sekiranya berlaku sebarang musibah kepada anaknya...kenapa perlu dirahsiakan,” katanya.

Noor Quiah membuat laporan di Balai Polis Travers di sini selepas berang dengan sikap pengurusan sekolah terbabit yang tidak mengambil sebarang tindakan kepada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut.

Monday, May 25, 2009

what I read today?

No matter how perfect you may think you are, the fact this there's always some small way you can improve upon yourself. Whether it's broadening your knowledge or reducing your impact on the earth, there are seemingly endless little things you can do to make a change for the better. Here, we'll discuss 100 of these steps, and how you can go about doing them.


Health

Good health is the foundation of a good life, so make these improvements, and they'll resonate out to the rest of your life.

1.Eat breakfast every morning: Eating breakfast is important for your health and mental power, supplying essential vitamins, minerals, and energy for your day.
2.Get a good night's rest: You just can't have a happy and productive life if you're tired all of the time, so get some quality shut eye.
3.Drink water: Step up your water intake to lose weight, feel better, and improve your skin.
4.Eat slowly: Slow down when you eat, and you'll find that you consume less while still feeling satisfied.
5.Cut down on junk food: Junk food has a nasty way of bringing your health down, so avoid it whenever possible, opting instead for healthy food like fresh fruits and vegetables.
6.Practice good dental hygiene: Researchers have found that dental hygiene is important for more than cosmetic reasons-it can help you chew food and even avoid heart disease.
7.Drink tea: Be sure to check out the powerhouse of benefits that tea can deliver, which includes improved memory and prevention of ills such as cavities, cancer, and heart disease.
8.Get some exercise: Whether you need to lose weight or not, exercise will have a positive effect on your overall health and quality of life.
9.Improve your energy: If you're feeling sluggish all day, chances are you're just not going to feel good about yourself. So take a few steps to boost your energy, and you'll be better in your daily life.
10.Intensify your workouts: Researchers have found that by doing more intense workouts, you can enjoy similar benefits that you would with a more relaxed workout for a longer period of time.
11.Enjoy fish a few times a week: Eat fish, and you'll get a serving of Omega-3 fatty acids, which can help reduce heart disease.
12.Wear better shoes: Don't torture your toes with restrictive shoes all the time-limit the amount of time you spend in uncomfortable shoes..
13.Protect your skin: Stay out of the sun to avoid skin damage, or use sunblock to help.
14.Eat at home: It's easier and cheaper to prepare healthy foods on your own at home, and skillfully cooking a meal is sure to impress just about anyone.
15.Get tested for prediabetes: Diabetes is a disease that many Americans are susceptible to, and by discovering it early on you can prevent it or lessen its impact.
16.Take a daily walk: Get a little bit of movement and clear your mind with a walk every day.
17.Lose weight: One of the best things you can do for your health and overall quality of life is to shed a few pounds.

Sunday, May 24, 2009

Terima kasih sahabat SMK G__ __ __

Berdebar-debar memikirkan tujuan hari ini untuk mengutip data daripada responden walaupun semuanya ku kenali kerana di situlah aku bersama-sama mereka sejak tahun 2002 sehinggalah Ogos 2007. Apakah agaknya sambutan yang akan ku terima. Awalnya, perancangan adalah untuk menggunakan masa perhimpunan pagi kerana semua guru akan berada di tempat yang sama. Hati kecil menolak idea tersebut kerana kurang sesuai untuk menganggu majlis rasmi.

Keputusan di buat untuk pergi ke sekolah tersebut pada pukul 9.30 pagi. Sebaik sampai di sana, sudah ada 6 orang guru sedang minum di belakang kantin, tempat keramat kerana sudah bertahun, pelbagai cara sudah dibuat untuk menghalang guru berkumpul sambil merokok di situ. Pindahkan meja dan kerusi hanya bertahan dua hari dan akhirnya kembali mereka berada di situ ibarat biduk berlalu kiambang bertaut. Sukarnya untuk mengubah cara hidup mereka di sekolah. Bismillah.... aku keluarkan soal selidik dan pen yang sudah dibeli di kedai universiti. Sejam aku berada di situ akau telah berjaya mengumpul 15 respon. Selepas itu keyakinan diri mula bertambah dan menjelang pukul 1.30 , aku telah berjaya mengutip sejumlah 65 respon dan tinggal hanya 10 respon yang belum diberikan kerana tidak berjumpa dengan guru-guru tersebut.

Daripada percakapan dengan guru-guru, rupanya mereka masih kabur dengan model-model pengajaran seperti kontekstual, konstruktivisme dan pembelajaran masteri. Percuma (Bahasa Indon) sahaja kursus demi kursus diberikan sejak 2002-2004 kepada mereka.

Besok, sekali lagi aku akan ke sana dan insyaallah semuanya akan beres dan terima kasih sahabat.

Saturday, May 23, 2009

Kisah Hari Sabtu

Sarapan pagi di sebuah kedai bertentangan dengan HUSM di tepi SK Kubang Kerian 3 sangat enak. Betullah rasanya saling tak tumpah dengan Kak Wok belakang KBMC. Niat nak berdiet terpaksa ditangguhkan dulu dek tak tahan mencium bau gulai dan ayam gorengnya. Bagi sesiapa yang ke Kota Bharu, jangan lupa singgah bersarapan di sini. Sampai lampu isyarat HUSM, pusing kiri jika anda dari Kubang Kerian.

Selepas sarapan yang kosnya RM 9 untuk dua orang, kami terus ke TESCO untuk membeli beberapa kelengkapan yang lebih murah (simpan juga yang lain untuk dibeli di kedai runcit untuk membantu menjana ekonomi peniaga kecil-kecilan). Tup! Tup! Terjumpa dengan Mr Azlan Kurish, my former teacher and hockey coach. Teringat dia menghadiahkan aku sebuah badge tertulis "Proud to be a teacher" ketika berkursus di Perlis bbrp tahun lalu. Banyak kenangan dengan Mr Azlan kerana kami bersama selama 5 tahun, dialah guru yang banyak memperkembangkan bakat dan dialah juga menjadi musuh kerana pernah menghadiahkan penampar kerana mengesyaki kami merokok selepas kelas Prep. Terima Kasih cikgu, sudi-sudilah menjengok guru-guru PJ di sekolah kerana mereka banyak tersasar dari hasrat kurikulum PJ. Jadilah Nazir yang membantu bukan membungkus kami.

Tak sangka juga berjumpa Encik Ismail , Pensyarah IAB di situ juga. PLC terus berlaku kerana walaupun untuk sekejap, kami masih lagi sempat berbincang tentang dimensi untuk soal selidik.

Selepas zohor , kami menjejak rumah rakan lama yang sama-sama bertugas di Belaga , Sarawak. Rumah baru, kereta baru dan anak baru adalah tema kebanyakan rakan-rakan kami. Cantik rumah bertiang tinggi berwarna hijau melambangkan kedamaian apatah lagi di tepi sawah padi. Angin sepoi meniup muka sambil berborak isu -isu semasa. Tahniah Kamal dan semoga anda terus berkembang tumbuh.

Pukul 4 petang, kami sudah berada di Kuala Besar untuk satu lagi jejak kasih. Mat Yie dengan rumah baru, kereta baru dan anak kembar baru juga lama tidak ditemui. Masih kekal kesliman seperti dulu terkejut melihat kesegaran ku, hehehe. Syukur diketemukan kawan-kawan dan kami berdua membawa rahmat ke rumah yang dikunjungi. Semoga mereka mendoakan kesejahteraan kami berdua. Insyaallah, setiap sahabat akan terus diingati dan setiap musuh tidak akan kekal selamanya. Marilah kita bersama di bawah "Satu Malaysia" untuk terus menjadi penyambung kehebatan anak bangsa.

Pukul 7 petang, aku sudah berada di laptop kerana tidak sabar hendak membaca penulisan dan luahan rakan-rakan kerana aku sudah ketagih untuk berkongsi dan dikongsi. Siapa suka berkongsi akan sentiasa dirahmati kerana kita tidak akan mudah lupa diri....

Bila Menteri Berkata-kata.........


Bila Menteri berkata-kata maka angan-angan akan berputik di sana sini oleh siapa yang berasa dirinya berkaitan. Sebelum ini, Menteri Pelajaran telah memperkatakan tentang aktiviti sukan sekolah dikaji semua( Lihat foto ). Menurut beliau suasana sukan di sekolah tidak seperti dulu,iaitu di zaman beliau.

.... ini zaman cucu Menteri Pelajaran.... takkan nak sama kot. Cuba kita buat pertandingan permainan video... lihat sambutannya.

Kemudian, hari ini dikhabarkan untuk ditubuhkan Institut Perguruan Sukan dgn tujuan melatih jurulatih sukan dan pegawai teknikal sukan.

....jika graduan PJ di sekolah sekarang ini dianggap dubur (penting tau! Tak boleh berakpun susah) berbanding subjek lain yang menjadi mata, hidung dan sebagainya, jangan pula pegawai teknikal nanti tidak lebih sebagai tukang potong rumput.. jangan kita hanya merancang tanpa ada perbincangan dgn pihak-pihak lain kerana kerja tanpa mesyuarah tidak ada keberkatan.

Friday, May 22, 2009

Paksu Weil dalam kenangan

Mendapat berita kematian ADUN Manek Urai lebih kurang pukul 7.30 pagi, kami dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Kelantan kehilangan seorang pemimpin yang telah lama berkhidmat untuk rakyat sejak 1986 sbg ADUN. Semoga pengganti beliau adalah individu yang sedia berkhidmat kepada rakyat Manek Urai khasnya. Doakan semoga ruh arwah akan dicucuri rahmat dari Allah SWT

Di mesjid-mesjid hari ini juga diadakan solat hajat untuk Sultan Ismail Petra yang dirawat di Hospital. tetiba ada sms yang mengatakan Tuanku telah mangkat. Terkejut juga dengan berita tersebut tetapi tiba-tiba sms lain menyusul dgn kesilapan berita.

Berita petang pula menyusul keputusan kes MB Perak yang berpihak kepada Dr Zambrey. Ada satu lagi Mahkamah yang akan menentukan kedudukan kes ini.

Thursday, May 21, 2009

Persiapan untuk Konvokesyen

Jika kita biasa melihat Majlis Konvokesyen di Universiti Malaya maka inilah tempat yang menjadi tumpuan para graduan untuk mengabadikan kenangan dengan berposing sakan. So ini adalah sebagai warmup supaya nanti tidak kaku. Insyallah sama-sama kita tempoh pada 10-15 Ogos nanti

Wednesday, May 20, 2009

Sesungguhnya Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam

MEREKA MEMILIH ISLAM

MEREKA MEMILIH ISLAM

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M.. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”
Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.
Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.
Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”
Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1§ion=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.
Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.
Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).
Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)
Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.
Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1201958071962&pagename=Zone-English-News/NWELayout.
Diedit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin.
Hasil Nukilan :

Kolokium

Ada kawan bertanya tentang kolokium dan definisinya supaya guru-guru tingkatan enam akan lebih jelas maksudnya supaya kolokium mingguan mereka nanti tidak percuma saja. Di bawah ini dikongsikan maksud yang dipetik dari rakan blogger juga.

KOLOKIUM

kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan.

Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya Colloquium ialah :

A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist of a single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to colleagues who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask questions and to evaluate the work presented. Colloquia help to provide scholars with the opportunity to face and respond to criticism in the early stages of the development of new ideas.

In legal parlance, colloquium is used when the identity of a plaintiff in a defamation suit is not expressly stated, but people know who the tortfeasor was attempting to defame.

SIMPOSIUM

Kamus Dewan mendefinisikan simposium sebagai pertemuan antara para cendekiawan, pakar dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya.

Secara keseluruhan, kelihatan seolah-olah tidak ternampak perbezaan antara kolokium dan simposium. Tetapi, Jika diteliti, Simposium lebih bersifat terbuka kepada umum, topik perbincangannya juga pelbagai serta perbincangan itu selalunya akan berakhir di situ tanpa resolusi atau ketetapan yang segera.

Manakala kolokium pula lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan di kalangan ahli akademik atau golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-wenangnya di sebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui ketetapan atau resolusi akhir.

Tuesday, May 19, 2009

Kajian Rintis

Apa yang saya baca hari ini? Soal selidik yang telah saya adaptasikan daripada literatur dan juga adaptasi daripada Rubaiya Abu Nawas (terima kasih atas kebenaran yang diberikan). Beberapa hari lepas, 20 set soal selidik telah diberikan kepada guru-guru di sebuah sekolah. Apabila dianalisa, saya mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara persepsi guru dari segi jantina. Apake helnya (kata orang Perak ) sampai kome berbeza sangat. Rupanya kadang-kadang kajian kualitatif akan mendekatkan kita kepada emic , terdapat konflik di antara guru dan pengetua maka dengan penuh emosinya menanda setiap item dengan menggunakan nafsu berbanding rakan jenis berlainan.

Tap tap bangun pagi ini, terus diperbaiki soal selidik ( itupun sbb berukband kena block) , hidupkan enjin kereta dan fotostat 20 salinan lagi. Oh Ye! dapatkan 20 btg pen drp Sykt Muda Osman dan bergegas ke sekolah. Opps! Cancel! Telefon seseorang dan minta tolong untuk di berikan kepada guru-guru sekolah. Beres! Petang nanti, insyallah akan sampai kembali dan di bawa ke KL malam nanti.

...Pemenangnya adalah....rakyat

Berita TV jam 8 mlm : BN tidak bertanding di Penanti. DS NAjib menyatakan bahawa BN tidak akan bertanding bagi menumpukan kepada pembangunan berbanding mengikut rentak tari pembangkang.

Komen saya sebagai mana tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah sebagai warga negara Malaysia, saya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding kerana Pulau Pinang memerlukan Dr Mansor untuk membantu meningkatkan kecemerlangan negeri bersama Lim Guan Eng. Beliau sebagai bekas Penyelidik di USM akan bergabung dengan KM bagi meneruskan khidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Maka, keputusan itu adlaah kemenangan untuk rakyat.

Monday, May 18, 2009

Read-a page- a day

Now I am reading a book entitled 'Rethinking Leadership' by Thomas J. Sergiovanni. The first chapter of the book is "Leadership as a Moral Craft". The first page contains the definiton of leadership as it is a tough question for anybody to answer as well as an IPK student. The writer qoutes Susan Moore Johnson on leadership as " Leaderships looks different-and is different-depending on whether it is experienced in a legislature, on a battelfield, at a rally, on a factory floor, or in a school district (1996, 14)".

Sekolah memerlukan kepemimpinan yang berbeza kerana sekolah dimiliki oleh semua pihak termasuk pelajar, ibubapa dan masyarakat. Sekolah perlu memenuhi kehendak masyarakat. Sekolah juga memerlukan cara memimpin yang berbeza kerana staf mereka kebanyakannya adalah profesional dan organisasi secara hirarki tidak boleh menjadi asas dalam memimpin dan mengurus sekolah kerana seorang pemimpin sekolah bukanlah selalunya lebih berkemahiran dari segi proseional berbanding rakan guru yang ada di bawah pimpinan mereka.

Sunday, May 17, 2009

Jawapan Menteri Luar di USA

QUESTION: You can do it. Opposition leader – or opposition figure Anwar Ibrahim faces charges again, and I believe a trial later this summer, on charges that the State Department itself in the annual human rights report said are politically motivated. Did you raise his case specifically in your meeting today?
And, Mr. Minister, if you would care to comment on that case and specifically on the American position that the charges against Mr. Ibrahim are politically motivated.
FOREIGN MINISTER ANIFAH: I’d like to address the comment on Anwar Ibrahim. You know, we have utmost faith in our judicial system. And recently, as late as a few days ago, the court has declared that the chief minister of a particular state which comes from the opposition as election of a chief minister which is a rulings against the government. And insofar as Anwar Ibrahim is concerned, (inaudible) he – we know him very, very well. And he has – more or less, what he has said, especially overseas, most of the things are untrue; for example, like the involvement of our honorable prime minister and the murder of a Mongolian citizen. And he has repeatedly said before the elections that he will provide evidence and yet, until today, he has not given anything.
And also just for the information of the audience here that, you know, he also said that he will form a government on 16 September and he has changed the dates many time. And he was trying to entice the members of parliament. And I was personally offered to jump into the oppositions and offered a very lucrative position, and also to be told it’s like a deputy prime minister. And these are not known to the world at large. And he has started, you know, trying to buy into other, you know, legislative members. And I think what he is doing – he has not accepted the result of what – the last elections. And we have lost five states and we willingly and accept the people’s verdict. And all the time we leave it to the people to decide, and which, on the other hand has not been able to accept.
And it’s also my concern and that of our government that it is what he has been doing overseas to tarnish the image of Malaysia, which impinge trade and indirectly and directly, you know, bring hardship to the people of Malaysia, which he said he’s very, very concerned about. And therefore, it is our wish and hope that he will respect the democratic system in Malaysia, which is very open and which, I think, we have conformed to the wish of the people. And we have repeatedly told him that if he believes that he is the rightful prime minister, or his party has been sidetracked, then it is – wait for the next election. And he has continuously gave wrong impressions and accused all the government officials of being corrupted, which is part and parcel of the system (inaudible). And the people have rejected him in Malaysia, and is a proof that he has not been able to accept.

Malaysia Istimewa

Rakyat Malaysia jarang berbangga dengan negara sendiri. Berapa ramai rakyat Malaysia yang sudah melawat Bukit Melawati di Kuala Selangor untuk melihat sejarah yang berlaku di situ berbanding melawat Istana Keraton di Yogjakarta, Indonesia. Batik di negara kita kurang dikenali berbanding batik jawa walaupun terdapat ramai pembatik dari Kelantan dan Terengganu. Kalau anda bukan guru sejarah maka anda boleh dianggap buta sejarah walaupun bersifat lokal seperti sejarah daerah masing-masing. Bila bercakap tentang kesetiaan kepada Raja, maka orang siam lebih dikagumi sedangkan negara ini mempunyai raja-raja yang lebih ramai. Adidas Siam dan Adidas Indon lebih digemari berbanding BATA walaupun kualitinya lebih teruk. Apabila ke negara jiran , kita sanggup ke rumah orang membuat gula kelapa dengan penuh takjub sedangkan itulah juga kerja orang kampung kita. Itulah istimewa rakyat Malaysia

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri buat kali pertama berucap sempena sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Taman Tamaddun Islam di Kuala Terengganu. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri di atas ucapan tersebut dan memberikan ruang-ruang kepada guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk mendapat tempat yang sewajarnya melalui kenaikan pangkat sehingga ke tahap Jusa.
Guru adalah merupakan kakitangan kerajaan yang mempunyai peratus tertinggi dan sewajarnya mereka diberikan keutamaan sejajar dengan jumlah mereka yang ramai dan merupakan asas kepada pembangunan bidang-bidang profesional yang lain di negara kita. Dari dalam kelas, guru mendidik anak bangsa sehingga mereka menjadi pakar dalam pelbagai pekerjaan yang akhirnya meletakkan negara ke satu tahap yang sama dengan negara lain yang maju. Sistem pendidikan kita hendaklah ditentukan melalui pengalaman dan pengetahuan kita tentang anak bangsa kita sendiri. Meniru cara dan kaedah daripada bagsa lain belum tentu menjamin kejayaan anak bangsa. Contohnya yang jelas ialah di dalam negara kita sendiri yang mempunyai pelbagai kaum juga menpunyai cara yang berbeza untuk belajar. Sistem pendidikan yang digunakan oleh negara ini kelihatan seperti memberikan penekanan yang melampau kepada peperiksaan sehingga ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ynag berada di tahun 1 ke pusat tuisyen. Ini berbeza dengan negara lain yang diakui oleh beberapa rakan yang berada di sana. Anak-anak mereka suka ke sekolah kerana tidak ada beban yang di kenakan kepada mereka dan sekolah adalah tempat yang paling seronok. Adakah negara kita perlu mengubah sistem pendidikan kerana ingin meniru atau itulah kehendak daripada semua pihak ? Sempena hari guru 16 Mei ini, maka sewajarnya kita melihat isu yang penting dalam pendidikan kita sebelum kita berhasrat mengubah apa yang telah dilalui sejak merdeka. Daripada kurikulum lama ke KBSR dan KBSM kita melangkah dan menghasilkan anak bangsa yang telah mengharumkan negara ke serata dunia samada di dalam bidang sains mahupun teknologi. Adakah kita masih merasakan bahawa sistem pendidikan kita adalah pincang dan perlu diubahsuai ?
Apa yang telah berjaya tidak perlu diubah kerana hasilnya telah diperolehi dan kita telah mengecap kejayaan itu? Kita tidak gagal dlaam sistem yang kita terapkan ini cuma perlu dilengkapkan dengan sedikit suntikan kepada masyarakat bahawa yang hebat itu bukan hanya sains dan teknologi semata-mata. Jika di dalam kurikulum lama , pelajar jurusan sains bagaikan anak raja berbanding rakan daripada jurusan sastera. Apabila berkerjaya, rupanya rakan aliran sastera ini merupakan boss kepada rakannya yang menjadi jurutera semata-mata kerana beliau menyambung pelajaran dalam bidang pegurusan di universiti.
Masyarakat seharusnya mengubah persepsi bahawa hanya doktor dan jurutera kerjaya yang hebat dan perlu kepada masyarakat. Seorang penebang pokok di Belanda begitu berbangga denga kerjaya sedangkan di Malaysia , seorang guru akan berkata bahawa "kerjaya saya hanya seorang guru".
Ini semua adalah kerana kita bukannya sistem kita. Kita suka menggunakan kata-kata bahawa apabila pandai belajar akan menjadi doktor. Apabila pandai belajar, murid-murid akan menjadi jurutera sedangkan 90 % daripada murid yang ada di depan kita adalah bakal mewarisi pelbagai kejayaan.
MArilah kita mengubah cara kita mendidik anak bangsa. Didiklah mereka dengan memberikan ilmu yang diperlukan untuk hidup dan mereka akan buat apa saja ynag terbaik bukan kerana kerja itu doktor atau jurutera tetapi kerana mereka adalah bekas murid yang terdidik daripada sekolah.

Friday, May 15, 2009

Suatu Hari Di Hari Jumaat

Hari Jumaat - 15 Mei 2009

Teringat sebuah lagu nyanyian yang keluar dari corong radio Sinar Fm semasa memandu.. Kuaa Lumpur yang penuh dengan pahala dan dosa, namun terpaksa dihadapi kerana mencari rezeki...

Suara itu menyebabkan aku terfikir betapa sukarnya menjadi warga kota di mana kehadiran mereka tidak disedari sesiapa tetapi ketiadaan mereka sangat dirasai. Tiada siapa yang peduli makan pakai mereka tetapi tangan mereka diperlukan untuk satu undi berharga.

Terpaksa berhenti sekejap... (bersambung 6.44 pm)

Jam menunjukkan 4.35 pm, masanya untuk menghantar abang jan ke Hentian Putra. Projek penyelidikan Rubaiya di simpan ke rak dan buku Drake dan Hoe serta Sergiovanni dibawa ke kaunter untuk pinjaman. Harap-harap ada masa untuk menambahkan ilmu kepemimpinan.

Tepat jam 5 pm aku sudah berada di AG2, sambil minum orange twister dan makan kacang sepat, aku membaca Harian Metro. Rumah menjadi sunyi tanpa suara rakan-rakan dan kedengaran deruman kenderaan yang membuat pusing balik.

Ku putarkan Teresa Teng beberapa kali sambil mengelamun, Dunhill kalau dulu sudah pasti menjadi teman di kala keseorangan begini. Itu dulu! Teringat kata-kata Pecol di Imegresen Kota Bharu sebulan yang lepas.

'Messenger with voice' asyik menunjukkan ada sesuatu yang boleh dibaca di email. Ku buka satu email dari Yati. Rupanya kurang sihat. Insyallah 2/3 hari lagi kembali seperti sedia kala.

Selimut ! Oh ye! Selimut belum dimasukkan ke dalam beg lagi. Kalau tidak nanti permaisuri akan tanya. ( bangun dan memasukkan selimut ke dalam beg )

Rupanya sudah hampir 2 jam aku meniarap di ruang tamu. Menanti masuknya waktu maghrib sebelum aku pula akan bergerak ke Hentian Putra buat sekaliaan kalinya.

Besok ! Seluruh guru akan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan yang paling aku minati ialah

Untuk guru, harapan bangsa

Nilai yang utama pada negara

Baktinya mulia tidak terkira

Perjuangan abadi untuk nusa bangsa

-

c/o

Oh! Tuhan ku mohon padamu

Doa restu buat guruku

Yang berjasa pada kami

Suka duka selalu dirasai

-

Semoga guru, yang akan pergi

Terus perjuangan pada negara

Ajaran guru, tetap kami ingat

Akan ku kenang hingga akhir nanti

nyanyian pelajar SMK Belaga suatu ketika dulu
terima kasih Maswafi atas lirik ini

Thursday, May 14, 2009

Selepas Jogja dan Solo : Laporan Aktiviti

2 tenaga penting ( Hazura dan Woo ) dalam mendokumenkan aktiviti lawatan dan laporan untuk diberikan kepada pihak universiti. Syabas untuk JK terlibat kerana terpaksa meneruskan kerja-kerja terakhir.
Perbincangan tentang kesesuaian foto dan perincian laporan sebelum diserahkan.

Tekun dan tabah untuk memastikan kesesuaian (pas) gambar foto dan laporan

Sukarelawan yang sentiasa bersedia membantu amat dihargai, maklumlah lahirnya 1 Jan
Memilih foto dan menaip perenggan-perenggan yang berkaitan

Apa masalah dengan nescafe ?

Belumpun habis ku sedut nescafe yang dibungkus daripada kantin....
Perut terasa begitu sebu.......
Terasa tertendang angin ke atas menyebabkan burp! burp! burp! ahhh malunya.
Apa masalah dengan nescafe ?

Tetiba perut menjadi buncit....
rasa amat tidak selesa dengan keadaan ini....
Puhhh! Sudah tahu masih mahu dicuba...
Apa masalah dengan nescafe?

Wednesday, May 13, 2009

Statistik : Ujian Mann-Whitney U

Ujian ini biasa digunakan dalam kajian bukan eksperimental, terutamanya dalam kajian tinjauan bagi membandingkan persepsi,pendapat atau tahap persetujuan antara dua kumpulan sampel bebas berkenaan sesuatu isu, peristiwa, fenomena dsb. Ia kadang-kadang juga digunakan bagi menganalisis data kajian eksperimental, terutamanya bagi membandingkan suatu variabel bersandar antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, apabila data kajiannya tidak memenuhi syarat ujian -t untuk sampel-sampel bebas, di mana data kajian merupakan data skala selang atau nisbah tidak bertaburan normal.
Dalam kajian yang menggunakan ujian mann-whitney U sebagai ujian statistik, variabel dalam kajian terdiri drp :
Variabel bebas - dua kategori yang bebas seperti jantina ( l/p) , pengkhususan akademik ( sains/sastera

Variabel Bersandar- disusun secara pangkatan, misalnya tahap kesesuaian (bermula dari tahap Sangat Tidak Sesuai hingga Sangat Sesuai menggunakan skala ordinal.

Pada kebiasaannya, data mentah iaitu skor skala ordinal yang dikumpul terus daripada responden tidak dipamerkan dalam laporan kajian, maka graf BOXPLOT akan digunakan bagi menunjukkan perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden selepas analisis ujian mann-whitney U melalui program SPSS

(dipetik daripada Asas Statistik Penyelidikan, Buku 3 Chua Yan Piaw) McGraw Hill Education

Kumpulan Gamelan

Kumpulan Gamelan ini ditubuhkan pada 6 Mei 2009 atas kesedaran untuk memperkembangkan muzik tradisional supaya budaya sesuatu bangsa boleh dipertahankan demi kebanggaan dan kehormatan. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Pak Armadhuya Budimanoto, Pak Naserithomo Sorombanoyo, Pak Laubitoro Sibuyarta dan Pak Azhanorto Kelatenoyo.

Tuesday, May 12, 2009

Bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke ????: DS Nizar

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakanya di atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakkan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa, negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zina, mabuk, tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya mengajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Chagkat Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kepada semua kakitangan Kerajaan di semua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisis ekonomi global kini.

Kepada semua media, marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melaporkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan-tuan kerana dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh ke bawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyorkan usaha memilih ketua JKKK. Raja Muda cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

Monday, May 11, 2009

Ucapan Tahniah Bertalu-talu

Salam,
Di mana-mana kedengaran ucapan tahniah beredar di seluruh negara sejak Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa DS Nizar masih MB Perak yang sah. Semoga keadilan akan ditegakkan di mana-mana kawasan di dunia.

SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA

Setelah 5 hari berada di Jogjakarta dan Solo maka kini kami kembali semula ke tanah kelahiran iaitu bumi Malaysia yang ingin di satukan oleh PM yang baru. Syukur kerana selamat pergi dan kembali namun tidak sekali-kali dilupakan kenangan indah melihat perantauan, bak kata pepatah "jauh berjalan banyak pengalaman". Terlalu banyak perbedaan dan persamaan di antara kedua-dua negara dan yang paling ketara ialah rakyat Indonesia masing memanggil lagu kebangsaan kita sebagai 'terang bulan'.

Syukur juga aku pada mu Allah kerana mentakdirkan untuk aku berjalan di atas muka bumi mu melihat keesaan mu yang tidak tertolok banding.

Syukur juga aku pada mu kerana hari ini juga aku mendapat panggilan untuk menerima lantikan ke DG 44 untuk terus melangkah jauh dalam perkhidmatan. Insyallah dan aku memohon pertolongan mu untuk aku terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih mempunyai orang tua yang sihat dan masih boleh melihat seorang demi seorang anak-anak mereka membesar. Terima kasih ayah dan ma, teruskan lah kehidupan dengan saling menyayangi di samping beramal untuk kehidupan yang lebih baik di alam sana nanti.

Syukur juga kerana aku mendapat isteri yang sabar dan ikhlas dalam menjalankan tanggung jawab dan mohon diampun jika terdapat kesalahan dan kesilapan sepanjang ikatan yang telah terjalin sejak 9 tahun yang lalu.

Terima kasih kawan-kawan yang tidak pernah berpaling daripada memberikan sokongan sejak ogos 2008 sehingga kemuncaknya kita bersama-sama sehingga ke hari ini. Sebagai insan biasa, marilah kita saling harga menghargai perbezaan di antara kita kerana tiada siapa yang sempurna.

Syukran Jazilan

Sunday, May 10, 2009

Peduli Jogja : 5-9 Mei 09

Pemuda ini "ketawa di foto, tetapi menangis di hati' melihat betapa hebatnya tentera Allah yang melanda segala tanpa mengenal siapa.Cuba studi banding dengan foto di bawah : Masyaallah

Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2006 meninggalkan kesan kepada rombongan terutamanya aku sendiri kerana pada masa itu aku berada di Medan dan di sepanjang jalan kami melewati pihak yang mengutip derma yang bertema "Peduli Jogja" dan akhirnya kami telah melihat dengan mata sendiri tentang "peduli Jogja"
Inilah Bunker yang menjadi tempat menyelamatkan diri jika berlaku letusan gunung berapi, sayangnya ia menjadi kubur kepada mereka yang tewas. Jika ada kepalangan, kunjungilah untuk meningkatkan ketakwaan kepada Ilahi.

Friday, May 8, 2009

Jogjakarta danSolo

Semalam sehari kami berada di Solo dan hari ini acara lawatan diteruskan dengan melawat Istana Sultan Yogjakarta. Terima Kasih Bapak Aji yang begitu hebat berceloteh di sepanjang lawatan. Di sebelah petang, kami telah ke Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2006. Terasa bagaimana manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menentang kekuatan tentera Ilahi.

Sebaik sahaja beredar, kami meneruskan tujuan ke Candi Borobodur dan berkebetulan sempena Hari Wesak (Waisak) makanya begitu ramai yang datang terutama penganut agama Buddha.

Menaiki kereta kuda menjadi sebahagian daripada acara dengan bayaran sebanyak rp 50000.

Bahasa Indonesia yang dipelajari hari ini iaitu gratis - percuma , percuma - sia-sia

Kami juga singgah membeli buah salak dlm perjalanan pulang ke hotel.

ITULAH LAGAK SEORANG WISATAWAN

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Datang ke Yogjakarta

Selamat datang ke Yogjakarta bapak-bapak dan ibu-ibu. Tepat jam 4.30 waktu Indonesia kami selamat tiba di Lapangan Terbang Internasional. Kami terus ke Hotel Puri Artha untuk menginap. Malam tadi kami ke Rumah Makan untuk menikmati sea food sambil menikmati persembahan dari anak-anak indonesia.

Malam tadi juga kami telah bersama sama menyambut hari lahir bapak Hussein.

Hari ini kami akan ke Uni Gajah Mada dan sekolah di sekitar Yogjakarta.

Seterusnya ke Solo.

Cuaca sangat panas dan tidak berangin mungkin kerana kepadatan kota siswa ini

Jumpa lagi

Tuesday, May 5, 2009

Jogja dan Solo

Insyallah, tepat jam 11 pagi, tayar bas akan bergolek ke LCCT untuk satu lagi pakej pelancongan sejak berada di IAB dan IPK. Jika Feb 2008 kami ke Pedalaman Sabah iaitu Salinatan dan Pensiangan maka kali ini giliran Jogja dan Solo mendapat undi yang terbanyak ahli kumpulan.

Kalau stail pengakap digunakan, maka laporan berbunyi, kami 24 ahli kohort 9 IPK 2 tidak dapat ikut bersama dengan 3 pensyarah serta seorang staf akan membuat lawatan selama 5 hari 4 malam ke Jogja dan Solo untuk lawatan sambil belajar. Fokus utama kami ialah Universiti Gajah Mada dan sebuah sekolah. Fokus yang paling utama hehehehe ialah batik pekalongan (betui ke).

Monday, May 4, 2009

Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda


Sekadar berkongsi dengan pembaca amalan yang diperolehi ketika singgah bersolat di Masjid Bandar Baru Nilai beberapa minggu yang lalu. Kita memerlukan benteng kerana kita sentiasa terdedah kepada segala macam marabahaya.

Kisah Uncle Bob's Cafe

Jika anda pernah melapangkan masa di simpang Jln TAR dan Jln Raja Laut, bersebelahan Hotel Tunes maka sudah tentu anda perbah melihat sebuah cafe yang berwarna warni dengan kerlipan lampu beserta DJ yang sedang melayan permintaan pengunjung untuk menyanyi.

Kehadiran dua penyanyi pada mlm tadi begitu menarik minat kerana sudah tentu suara mereka berdua agak sesuai untuk menjadi penyanyi, tetapi bukan itu maksud yang ingin dikongsi. Yang pertama, Samad, begitulah nama nya diperkenalkan oleh DJ. Apa yang begitu menarik dengan gerangan ini ialah bajunya yang tertera PAS untuk Semua. Wow! Samad telah membawa lambang PAS ke arena muzik tepi jalan. Hebat sungguh kerana dia sanggup, apa salahnya menyanyi sambil memperkenalkan parti yang disokongnya. Bukan ada minuman keras, hanya segelas kopi untuk pengunjung. Yang kedua, Usop namanya. Bagus suara dan macam layak untuk menjadi artis rakaman. Simple dengan seluar celoreng berbaju hitam. Sehabis menyanyikan tiga buah lagu, Usop beredar dan wow! Sekali lagi aku terpaku, di cermin kereta Usop terpampang wajah TGNA.

Jika Mat Sabu pernah berkata, macam mana anak anak muda akan sokong PAS dengan beranting-anting di pusat tetapi percayalah, tiada siapa yang boleh menjamin pemakai serban itu tidak menipu.

Sunday, May 3, 2009

Dr Nik Mazian Kekal YDP PAS Pasir Puteh

Pertandingan merebut jawatan YDP PAS Kawasan Pasir Puteh telahpun selesai dengan para perwakilan mengekalkan jawatan kepada Dr Nik Mazian ADUN Gaal untuk 3 tahun lagi. Kedua-dua pencabar beliau iaitu Drs Saiful Bahari ADUN Selising dan Ustaz Muhammad Ahli Parlimen Pasir Puteh terpaksa berpuas hati bahawa kepimpinan kawasan masih tergalas amanah kepada penyandang. Begitu juga, Cikgu Din ADUN Limbungan menang jawatan Timbalan YDP dengan mengalahkan 3 pencabar lain. Alhamdulillah, segalanya telah selesai dan diharapkan agar ahli jemaah akan terus bekerja dengan meninggalkan pakaian puak-puak masing-masing demi kemenangan Islam melalui wadah perjuangan parti PAS.

Jangan ada pihak yang cuba menjadikan kemenangan atau kekalahan sebagai alasan untuk terus menerus menggunakannya sebagai alasan untuk merendahkan pihak yang lain kerana niat kerana Allah tidak akan diganggu gugat oleh pemikiran cetek yang bersifat sementara. Teruskanlah usaha menegur pimpinan supaya mereka juga sedar bahawa setiap yang bergolek akan mempunyai naik turunnya dan pasang surut ini harus menjadi sebab kepada hilangnya rasa ego dalam hati masing-masing.

Tiada kemenangan yang kekal dan tiada kekalahan yang abadi di dunia yang fana ini dan setiap kerja agama mengharapkan kepada balasan nikmat di syurga yang kekal abadi. Jika ada golongan yang ingin mengaut keuntungan sementara ini maka tunggulah kehancuran bukan sahaja kepada diri bahkan kepada wadah perjuangan.

Selamat Berjuang untuk Mendaulahkan Islam

Saturday, May 2, 2009

Selsema Babi .... peringatan kepada semua umat manusia

Bermula dari Mexico, sekarang merebak ka USA, Europe, hingga New Zaeland, telah datang lagi bala Tuhan, satu jenis flu lebih dashsyat dari Nipah Virus , lebih dahsyat dari flu burung, inlah swine flu....datang dari kandang babi di Maxico. Mengapa ada kandang, kerana ada orang bela, mengapa orang bela kerana ada orang makan....orang itu sangat ingkar akan perintah Tuhan yang melarang makan babi.....
Di Lapangan Terbang antarabangsa Malaysia KLIA sekarang penuh dgn para pegawai kasihatan bertopeng menjalankan tugas memereksa penumpang kapalterbang kalau kalau di jangkiti penyakit ini lalu membawa pula ka negara kita.

Mengapa flu ni lebih dahsyat?.... .kerana ianya boleh berjangkit dgn udara, tercium bau atau nafas, atau udara yang dihembuskan oleh pesakit sudah cukup. Dan tak ada obat lagi....kena mesti maut punya.

Allahuakbar. ..engkau Maha Agong, flu ni adalah salah satu tenteramua yang kau sebutkan dalam Quraan, bahawa apabila manusia itu terlalu degil dan sangat mungkir, lalu kau kirimlah bala tenteramu... .tetapi manusia itu sangat degil, maka musnah lah kaum itu dan kau gantikan dgn kaum yang baru.

Dalam tahun 1918, 40 juta manusia mati kerana penyakit flu macam ini.......

Marilah kita semua beriman kepada Allah kerana di akhirat nanti hanya Islam yang diterima oleh ALLAH Pencipta sekian alam

Kota Bharu Berpesta Cuti Umum

Seperti diduga ramai, pantang ada cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu pastinya menyebabkan kesesakan yang keterlaluan di Bandaraya Islam Kota Bharu. Bermula dari hari Jumaat dan hari ini kesesakan tidak mengira siapa anda kerana semua orang menuju ke Pusat Bandar. Apa istimewanya KB tidaklah diketahui tetapi berduyun-duyun bas yang masuk. Sebagai pemerhati, saya tidak merasakan sesuatu yang pelik jika bas ini penuh dengan peserta rombongan tetapi tidakkah ada sesuatu yang pelik apabila rombongan diadakan semasa pilihanraya umum.

Hari ini, perwakilan PAS telah memilih Yang Dipertua PAS Kawasan dengan tiga calon bertanding untuk merebut jawatan yang penting untuk kesinambungan perjuangan Parti mereka. Sebagai parti yang menguasai negeri, kita amat berharap mereka yang terpilih akan menjalankan amanah yang diberikan dan terus memberikan khidmat kepada rakyat. Rakyat sedang memerhati kerana dikatakan PAS sedang bergerak untuk menjadi parti peneraju kerajaan Malaysia.

Cerita pasal durian- di Kota Bharu harga durian adalah rm5 sekilo kerana musim buah durian masih diperingkat awal. Bagi penggemar durian kampung, sabarlah jika hendak makan durian kerana harganya mencekik darah. Jika dah kempunan, silakanlah.

Kenduri- Syukur kerana budaya kenduri kesyukuran semakin menular dan keikhlasan tuan rumah menjadikan majlis walimatul urus menjadi lebih berkat. Buatlah sekadarnya tanpa memikirkan kantung. Jadikan perkara yang baik ini menjadi budaya masyarakat Islam

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja

“PEKERJA SEBAGAI EJEN PERUBAHAN

(01 MEI 2009 / 06 JAMADIL AWWAL 1430)

Muslimin yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: PEKERJA SEBAGAI EJEN PERUBAHAN.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Pekerja atau buruh ialah seseorang yang bekerja dengan menerima upah atau ganjaran dalam pelbagai bentuk. Sama ada ganjaran itu tinggi atau rendah, berpangkat atau tidak, hakikatnya kita adalah pekerja. Kita bekerja berdasarkan matlamat yang sangat penting iaitu membawa perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju, dan terbaik kepada cemerlang.

Persoalan besar timbul ialah bagaimanakah cara kita untuk membawa perubahan menuju kecemerlangan ini?. Kecemerlangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat. Justeru, kecemerlangan seluruh warga Malaysia umumnya, dan kakitangan awam dan swasta khususnya memerlukan cara tersendiri untuk mencapainya. Selari dengan ajaran Islam, Allah s.w.t. telah menegur umat manusia supaya berani membuat perubahan dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dikenalpasti memajukan lagi prestasi dan kualiti keinsanan seseorang.

Firman Allah s.w.t. dalam surah ar-Ra’d ayat 11:

Maksudnya:Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sejarah telah membuktikan bahawa Nabi s.a.w. bukan saja menyampaikan risalah Islam semata-mata, bahkan baginda sendiri berusaha melakukan perubahan untuk maju melalui sektor pekerjaan. Baginda adalah contoh pekerja dan pengurus yang unggul berkeperibadian tinggi seperti bersifat jujur, amanah, taat, tekun, dedikasi, dan bijak ketika membantu perniagaan Abu Talib dan Khadijah sehingga memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Seandainya Nabi s.a.w. melanggar etika kerja yang disyariatkan Islam seperti menipu, zalim dan menindas, maka sudah pasti dunia pekerjaan akan tercemar. Apa yang nyata, keperibadian mulia seorang pekerja dan majikan, hendaklah diberikan penanda aras paling tinggi dan utama. Ini kerana jika pekerja dan majikan bersifat amanah serta tidak menyalahguna pangkat atau kuasa dalam mentadbir; nescaya akan mendapat keredhaan Allah s.w.t., mendapat keberkatan rezeki, dipercayai oleh pekerja dan organisasi, serta membawa kemakmuran kepada organisasi.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:

Orang yang paling kecewa (rugi) pada hari kiamat kelak ialah orang yang mencari harta secara tidak halal lalu ia masuk ke neraka bersama-sama hartanya.”

Berdasarkan hadith tadi, maksud ‘secara tidak halal’ itu termasuklah mereka yang tidak amanah. Sifat amanah adalah pakaian khalifah Allah s.w.t.. Sebagai khalifah kita bertanggungjawab mengurus alam dan isinya supaya manfaat dan keberkatannya dapat dinikmati. Justeru, bagi memakmurkannya kualiti pengurusan dalam pelbagai aspek kehidupan sangat diperlukan. Kualiti tersebut adalah tuntutan bekerja secara profesional dan kemas melalui perancangan yang strategik dari sudut masa, wang, dan tenaga. Berteraskan nilai integriti, lima cabaran sentiasa mendepani organisasi yang cemerlang iaitu perubahan minda dan sikap yang mengejar kecemerlangan, etika yang luhur, pembangunan modal insan yang berilmu dan mahir, budaya kerja berasas prestasi, dan daya kepimpinan yang unggul.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Mimbar mengingatkan bahawa perubahan menuju hasanah (kebaikan) bermula dari dalam diri setiap individu. Ramai di kalangan kita selalu berdoa memohon kebaikan ini, tetapi doa tanpa usaha adalah angan-angan sahaja. Begitu juga usaha tanpa doa untuk mendapat keredhaan Allah atas usaha yang dilakukan akan membawa kepada sia-sia. Apa yang terbaik adalah gabungan antara doa dan usaha yang sempurna akan membawa kepada kejayaan yang diimpikan.

Allah s.w.t. telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi.. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam. At-Tabrani meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya:

Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

Umumnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan, penghayatan, dan pengamalan ilmunya, serta melaksanakan tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang. Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah, berbudi pekerti mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah.

Sebagai individu yang menjadi warga kepada organisasi, kita tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah berubah mengikut persekitaran. Bagi melahirkan organisasi yang gemilang, individu yang menggerakkan organisasi mestilah terlebih dahulu cemerlang.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Mimbar mengajak saudara dan jemaah sekalian, marilah kita muhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan kita dalam dunia pekerjaan ini?. Adakah kita telah membawa perubahan kepada diri, keluarga, negara, organisasi dan kepentingan agama kita?. Dalam keadaan kemelestan ekonomi dunia sekarang, banyak pihak mengurangkan produk pengeluaran dan jumlah pekerja mereka. Namun kita sebagai penjawat awam atau swasta yang masih bekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan cemerlang; bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai.

Menyedari hakikat ini, mimbar menyeru semua golongan pekerja, sempena sambutan Hari Pekerja 2009 pada hari ini, marilah sama-sama kita menanam tekad dan azam menghayati tujuan bekerja menurut Islam. Tingkatkan usaha ke arah yang terbaik, sentiasa memperbaiki prestasi kerja, berusaha melaksanakan pelbagai tugas, mempunyai sifat-sifat positif terhadap diri dan pandangan pihak lain, bersedia menerima teguran, saling menghormati dan bertolak ansur, dan akhirnya peka kepada kehendak pelanggan serta perubahan persekitaran.

Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 105:

Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dab nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”