Monday, October 27, 2008

CUTI UMUM DEEPAVALI

Hari ini adalah adalah merupakan cuti umum sempena perayaan Deepavali yang dirayakan oleh penganut agama Hindu. Mengapa dan bagaimana perayaan ini disambut boleh diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya. Bagi rakyat Malaysia yang lain, seharusnya menggunakan hari ini dengan sebaiknya kerana peluang yang ada mesti digunakan dengan penuh bermanfaat.

Saya bermaksud bahawa di manapun kita berada pada hari ini mestilah dihiasi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu memperbaiki kelemahan kita yang kita sedar selama ini. Jika kita berada di rumah dan biasa menghabiskan waktu pagi dengan mimpi- mimpi indah, apa salahnya pagi ini dibuat sedikit perubahan dengan keluar berjoging ataupun mengambil angin dengan basikal kerana apa yang diperhatikan selama ini, ramai orang mula berjoging atau bersenam selepas dikenal pasti berada di dalam kumpulan pengamal2 ubat diabetes, hypertension dsb. Apatah lagi jika kita memang pewaris yang sedang menunggu takhta diserahkan, lebih baik kita bersedia lebih awal. Cuma ingatlah bahawa lebih baik tidak bersenam berbanding bersenam sekali seminggu dengan menggunakan intensiti yang tinggi kerana mungkin anda lebih cepat terkena serangan jantung berbanding mereka yang tidak bersenam.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari masa bersenam, gunakan 'opportunity exercise' sebagai satu cara untuk kekal sihat, pilihlah untuk berjalan kaki ke surau jika anda hanya memerlukan 10-15 minit untuk sampai, bukannya apa, bimbang anda tidak akan mendapat pahala berjemaah dek kelambatan untuk sampai ke mesjid. Jika anda tinggal di condo atau pangsapuri, sila gunakan tangga apabila anda hanya berlenggang sahaja terutama apabila ingin naik ke rumah anda.

Kesihatan mental juga perlu dijaga kerana otak memainkan peranan terhadap pengeluaran hormon di dlaam badan dan juga terhadap tindakan kita. Jika kita terlalu rungsing terhadap sesuatu perkara maka ia memberikan kesan terhadap keseluruhan anggota badan kita. Tubuh kita menjadi stress dan mungkin menyebabkan tumpuan kita akan mencapah dan ini akan menyebabkan kita gagal memberikan yang terbaik dalam apa saja bidang yang diceburi.

Jika kita sedang bersedia untuk membuat sesuatu perkara, kita hendaklah well-prepared supaya apa sahaja kerja buat kita akan lebih mudah dan pengalaman yang sedia ada menambahkan lagi kehebatan kita. Di samping itu jangan lupa berdoa kerana doa adalah meruapakan senjata orang mukmin.

Selamat Bercuti

4 comments:

Jubah hitam said...

Peserta2 IPK yang tinggal di Putramas mesti memperuntukan waktu sekurang-kurangnya 1 kali seminggu utk berjalan kaki ke kuliah di IPK agar badan bertambah sihat dan minyak kereta dapat dijimatkan.

Unknown said...

vanekkum, bagus juga cadangan ajehe ni, harap dapat tuliskan lagi cara2 untuk bersenam

ARIN said...

setuju dgn cadangan jubah hitam berjalan kaki ke kuliah,apa kata kalau kita adakan satu program walk of life bejalan kaki dr kl ke trg..

ARIN said...

senaman telah dianjurkan oleh islam iaitu berjalan utk berjamaah 5 waktu sehari semalam, bukannya ketika azan dilaungkan kita leka melayan TAGGED, FACEBOOK dan sbgnya,kesihatan minda bolehlah diisi dgn mendengar lagu2 yg memberi ketenangan, lagu ziana zain contohnya..