Saturday, January 31, 2009

Piala FA 2009

Kelantan 4- Johor 0

Keputusan yang dijangkakan dengan keupayaan tinggi pemain Kelantan dapat dilihat melalui gerakan yang cantik.

Walaupun Farhan telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan namun jersi 16 milik Kapten Piya sentiasa konsisten dengan hantaran menarik. Semoga dapat menggantikan kehebatan Wan Azila Daud pada suatu ketika dulu.

Tahniah buat Kelantan.

Jam 1 pagi

Masih menatap berita dari blog ...................
Mata sudah mengantuk ................
Apa citer baru.................
Di Perak................
Kecoh pula ADUN PKR masuk BN...........
Pulak.........
Yang dah jadi.................
ADUN BOTA dah buat ceramah di kawasan........

Pukul 1 pagi..............
kebanyakan dah tidur............
di kampung-kampung....................
DI bandaraya KL................
Malam bagai siang.................

Selamat Malam Malaysia......
Apa cerita besok......
Bukan dalam akhbar.......
itu dah lapuk....
kenapa.....
Aku dah tahu .......

Friday, January 30, 2009

Antara kejayaan dan kecemerlangan

Saya tertarik untuk mengupas apa yang telah ditulis oleh ex-principal yang cuba menjelasbezakan di antara kejayaan dan kecemerlangan. Oleh kerana beliau adalah seorang yang mengemudi organisasi pelaksana dasar maka kita dapat melihat bagaimana beliau berpijak di bumi nyata yang mengimbangkan orientasi nilai yang ada pada diri supaya sejumlah besar pelajar yang berada di hadapan mata yang menjadi amanah untuk ditunaikan hak masing-masing. Kecondongan kepada tugas semata-mata akan menghasilkan arca yang tidak bernyawa. Terlalu mementingkan proses sudah tentu gagal untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu menyahut cabaran. Memilih menjaga hubungan manusia akan menyerlahkan cakap-cakap dan angguk-angguk sahaja manakala mementingkan idea besar menyebabkan tertinggalnya gerabak dibelakang.
Jangan membandingkan pelaksana dengan politikus yang membawa idea sebesar gunung dan melambakkan kepada semut-semut untuk meratakan untuk kehidupan yang saksama kepada semua. Ia hanya ibarat membawa sepinggan nasi dan meletakkkannya dihadapan bayi yang berumur seminggu. Bagaimana idea besar itu boleh diterjemahkan oleh pengetua di sekolah untuk memberikan pendidikan yang sama jika ukuran kejayaan telah ditetapkan oleh orang lain.
Jika cendikiawan di negara sendiri kurang mengiktiraf kajian daripada rakan senegara, maka janganlah kita mengambil ukuran politikus untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.
Saya sangat bersetuju dengan penulis yang menyatakan kecemerlangan adalah untuk jumlah A yang diperolehi namun ia adalah sebuah kejayaan jika semua pelajar lulus dalam peperiksaan. Jangan ada penekanan ala jentolak yang tidak memilih mangsa. Bermula daripada PPD, JPN hinggalah kepada KPM harus ada satu kerjasama menentukan standard yang perlu dilepasi oleh setiap sekolah. Adakah sebuah sekolah di pedalaman yang mampu mengatasi masalah buta huruf memerlukan kayu ukur kecemerlangan yang sama dengan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di bandar?

Thursday, January 29, 2009

Gem Beach Resort

Selepas selesai sesuatu upacara seperti kenduri, peperiksaan dsb, maka mencari ruang untuk mengalih angin dan membuat relaksasi adalah cara terbaik untuk menjadikan kitaran hidup sentiasa diperbaharui. Rutin selalunya memenatkan dan membosankan kerana selain syurga, tiada benda yang tidak membosankan selepas seketika, ketika lapar, ayam goreng memang menyelerakan tetapi selepas kenyang, semangkuk kari amat memuakkan. Begitulah kehidupan, melakukan rutin adalah untuk kesinambungan hidup tetapi transisi berbeza antara rutin tentu akan menghidupkan lagi kehidupan. Wassalam

Monday, January 26, 2009

Welcome to the family

Happy wedding
We are grateful to welcome Azha to the family

Saturday, January 24, 2009

Ambang kenduri

Hari ini mungkin menjadi begitu sibuk bg bakal pengantin. Ramai yg mengambil kesempatan cuti tahun baru cina kerana saudara mara dapat sama2 berkumpul. Selamat berkenduri.

Thursday, January 22, 2009

Malaysia 0 UAE 5

Keputusan perlawanan semalam membuatkan para peminat bola sepak di Malaysia mula mencongak apakah keputusan yang akan diperolehi jika Malaysia menentang negara yang berada di ranking teratas. Jarak antara kedua-dua negara dari segi ranking hanyalah di peringkat melebihi seratus namun keputusan ini sukar diterima peminat. Walaupun saya kurang pasti benarnya kerana berdasarkan cakap-cakap orang, 5-0 adalah memalukan.

Teringat pada perbincangan semalam di televisyen di mana Sherbie Singh pelik melihat jadual perlawanan liga Malaysia bertembung dengan EPL sedangkan di mana status pemain negara ini jika hendak dijual bersama Torres, Ronalno, Kaka, Gerard dan sbg nya.

Bagaimana mutu bola sepak negara boleh ditingkatkan?

1. Jangan adakan kejohanan bola sepak peringkat MSSM untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tumpuan kepada kemahiran individu bukannya pasukan sebagaimana yang dilakukan sekarang. Jurulatih mementingkan kemenangan sehingga mengabaikan konsep memberikan ilmu yang bersifat authentik yang membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran dari masa ke semasa

2. Jangan gantikan padang sekolah dengan makmal komputer. Ia hanya menggalakkan kepada ramai pemain bola maya yang tidak membantu Malaysia untuk memenangi Piala Dunia.

3. Bebaskan padang sekolah kepada komuniti supaya lebih ramai anggota masyarakat dapat bersama-sama menggunakan tanah bumi ini.

4. Perbanyakkan kejohanan, jangan tiru EPL tetapi biar satu kejohanan tamat dalam masa 3 bulan. Dalam setahun, liga Malaysia mempunyai 4 musim dan buat giliran pemain berselang supaya ada masa rehat dan jumlah pemain yang bermaina adalah ramai. Jangan tunggu Safee Sali pencen baru nak bentuk pemain lain. Bila nak maju ?

5. Kanak-kanak yang dilatih perlu diberikan diet yang sesuai supaya boleh membesar secara maksimum dan tulang yang kuat. Tengok bagaimana Jepun dah lakukan. Apa beza pemain bola jepun dengan askar jepun tahun 1941 dari segi ukuran tinggi dan saiz badan.

Monday, January 19, 2009

Makanan Anti Kolestrol

Pedoman bagi sesiapa yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi.
Kesedaran tentangnya menjadikan kita lebih berilmu dan amalan menambahkan nilai dalam hidup

10 Jenis Makanan Antikolesterol
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Bas untuk dilelong

Terdapat desus-desus yang mengatakan bas ekspress tidak akan dibenarkan bergerak pada waktu malam untuk mengelak daripada kemalangan di seluruh negara. Ini adalah kerana drebar bas mengantuk menyebabkan kemalangan tidak dapat dielakkan.

Jika kita berada di Hentian Puduraya, Hentian Putra dan Hentian Duta maka kita boleh lihat beratus buah bas yang akan berada di atas jalan raya, Nisbah bas dan jumlah kemalangan mengaitkan bas perlu diambil kira sebelum setiap arahan dikeluarkan. Bukan kita hendak menidakkan usaha yang difikirkan untuk kebaikan rakyat. Apa salahnya kita gunakan cara yang lain yang lebih sesuai dan praktikal seperti menambah bilangan anggota polis di sepanjang jalan sebagaimana di Kuala Terengganu semasa PRK yang lalu dan juga memastikan penguatkuasa JPJ ditempatlan sekerap mungkin di tepi jalan.

Berapa banyak peruntukan menara polis yang sentiasa kosong pada ketika ini juga perlukan siasatan. Jika anggota polis masih kurang, adakah wajar ditempatkan sejumlah ribuan anggota untuk sekecil Kuala Terengganu. Tepuk dada tanya iman...........

Saturday, January 17, 2009

Berita Mutakhir

Calon PAS menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu
Oleh G. MANIMARAN

PENGUNDI PERTAMA... Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) ditemani bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah semasa membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.


[DIKEMAS KINI, 9.30 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.




Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam tadi.




Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.


Beliau menang dengan majoriti 2,631




Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.




Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Wan Abdul Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

Tahniah ! PAS MENANG

Keputusan rasmi PRK p36

PAS menang dengan majoriti 2631 undi

Tahniah kepada yang menang dan yang kalah kerana proses demokrasi berjalan dengan baik.

Harapan rakyat terengganu

Hari ini adalah hari yang akan menentukan wakil rakyat bagi p36 kuala tganu. Apakah harapan seluruh penduduk negeri kuwait malaysia setelah melihat kepada kempen parti yang bertanding. Pendapatan royalti sejak tahun 1990 hingga skrg adalah menyamai perbelanjaan negeri kelantan utk tempoh 50 tahun. Tentunya ada pihak patut mengkaji sejauhmana
beza antara penduduk tganu dan kelantan sbg mana kita dpt melihat beza antara dubai dan saigon. Via nokia e65.

Thursday, January 15, 2009

Rasuah atau Kempen ?

Sukar untuk kita mentafsirkan maksud rasuah dalam pilihanraya. Apabila berkempen maka rasuah selalu dikaitkan apatah lagi melibatkan pemberian wang, barang atau janji yang boleh menyebabkan seseorang calon mendapat sokongan daripada pengundi.

Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan kaedah terbaik untuk menentukan kepimpinan negara kerana ibarat sekumpulan mat rempit yang tidak akan mengundi seorang anggota polis untuk menjadi pemimpin mereka.

Apa ciri-ciri seorang pemimpin yang patut dipilih dan adakah kita bertanggung jawab dengan apa yang dipilih perlu dikaji dan dibentangkan supaya garis panduan dapat diambil dan dijadikan panduan dalam memilih pemimpin.

Wednesday, January 14, 2009

Bekam angin dan khasiat


Mengapa anda tidak mencuba untuk berbekam jika telah jelas khasiat yang boleh diperolehi daripadanya.



Bagi yang berada di sekitar Lembah Klang, anda bolehlah menghubungi Zam seperti yang tertera di atas untuk mendapatkan rawatan.

Stadium Tun Razak

1995 - Stadium Tun Razak : Intra Class Tournament
1987 - Kejohanan Hoki Juara Sekolah Malaysia

2008/09 - rupanya stadium ini menjadi sebahagian kejiranan yang menyediakan seribu sebab untuk dikenang di dalam hidup sebagai pemain hoki bertaraf kopral. Tidak dinafikan bahawa perkara yang berkait dengan kemahiran perlu diasah dan dilakukan sekerap mungkin untuk memantapkan sehingga kepada 'fine motor skill'. Apakan daya dengan negara ini, setahun berlatih mainnya sekali. Bilakan lagi akan ada usaha untuk memastikan sukan ini kekal sebagai salah satu sukan utama kerana kita pernah berbangga dengan pencapaian skuad hoki di arena antarabangsa. Bukannya aku tak suka bola sepak, tapi hoki mudah jadi juara.

Apa harapan kita kepada Tengku Abdullah sebagai Presiden yang baru ? Bila lagi akan muncul sinar dalam sukan kita. Tepuk Dada Tanya Selera.... Bakat ada di mana - mana


Tuesday, January 13, 2009

Civic vtec

Bagi pemilik kereta yang baru dimiliki samada secara pembelian di Used Car ataupun berpindah milik dari tangan ke tangan adalah dinasihatkan untuk memastikan beberapa komponen kereta perlu diservis ataupun ditukar untuk mengelakkan daripada masalah yang lebih serius.

Kes kereta civic vtec yang berlaku di Jalan Imbi adalah disebabkan oleh masalah timing belt yang hampir putus dan mujurlah tidak menyebabkan kos yang terlalu besar kerana komponen dalam enjin tidak rosak. Syukur.....

Kisah disebalik apa yang berlaku....

Kita hendaklah bercakap benar apabila melibatkan masa kerana ada pihak yang sedang menunggu kita. Jangan guna 'on the way' untuk meyakinkan orang yang menunggu. Apa salahnya jika kita jelaskan waktu sebenar untuk kita sampai ke destinasi. Orang lain juga tidak perlu risau.

Kita mesti sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Yang penting, pastikan tempat untuk solat kerana itulah yang utama dalam kehidupan.

Monday, January 12, 2009

Peristiwa di Jalan Imbi

Sekarang kami bertiga di Jalan Imbi dalam hujan lebat dan kepanasan kerana kereta civic tiba-tiba meragam ditengah jalan. Jalan makin sesak dan keputusan terpaksa dibuat. Kereta telah ditolak ke tepi dan kami semua basah kuyup. Harapan kami agar towing car akan datang dan membantu membawa kereta ke bengkel.

Hentian Putra

Sejak berdekad menjadi pengguna di Hentian Putra tanpa sebarang pembaharuan dari segi fizikal menggambarkan kepada kita 2 perkara iaitu samada pengguna Malaysia adalah begitu bertanggungjawab menjaga kawasan awam ataupun tidak ada pihak yang mahu berfikir tentangnya kerana mungkin tidak memberi erti untuk kepentingan ekonomi. Jika dilihat kepada kepadatan pengguna maka boleh dikatakan kemudahan yang ada pada hari ini termasuklah jumlah kerusi adalah kurang mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jumlah bas yang masuk.

Begitulah kurangnya perhatian terhadap kemudahan awam untuk rakyat bawahan. Cuba pula kita lihat KLIA yang begitu mesra pengguna dengan kemudahan tandas yang lengkap dan banyak maka kita dapat merasakan bahawa resam dunia ini adalah untuk orang kaya sehinggakan IJN pun hendak diswastakan.

Ini berlaku di mana sahaja di negara kita ini. Parti politik yang bertanding untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat harus memikirkan apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang juga mempunyai perut untuk rasa memulas dan ada kemaluan untuk dibuang airnya. Jangan anggap buangan orang kaya mempunyai emas kerana mereka juga makan nasi sama seperti rakyat marhain. Yang membezakan adalah pilihan beras semata-mata

Saturday, January 10, 2009

Liga Super 2009

Keputusan di Stadium Sultan Muhammad IV
Kelantan 2 - KM Naza 1

2 gol jaringan Indera dan Khalid menjelaskan semangat The Red Worriors untuk mencipta sejarah dalam bola sepak Malaysia.

Inilah kali pertama terpaksa bersama Anuar Musa dalam satu majlis. Nak buat Rano.......

Friday, January 9, 2009

Apa istimewa hari ini?

Penghulu segala hari dan hari ini umat islam berkumpul di mesjid untuk menunaikan solat jumaat. Mimbar Jumaat hari ini membawa kita untuk mengutuk kekejaman rejim zionis dan intipatinya adalah supaya kita mengelakkan diri daripada mengunjungi Tesco dan Giant. Apa komen anda ?

Malaysia Open 2009

Sekiranya anda berada disekitar KL, jangan lupa untuk meluangkan masa ke stadium Putra Bukit Jalil kerana di sini berlangsungnya kejohanan badminton yang disertai oleh beberapa orang pemain terkemuka termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Kuncoro, Peter Gade dan beberapa pemain yang pastinya memeriahkan acara sukan di negara kita.

Peluang yang ada tidak dipersiakan dan selamat maju jaya kepada semua pemain badminton di mana sahaja anda berada, ingat jangan bermain badminton untuk menjadi cergas tetapi biar anda cergas dahulu untuk bermain badminton.
Kelibat Rashid Sidek yang menggantikan Misbun sebagai jurulatih kepada Datuk LCW yang telah mengalahkan pemain dari Vietnam dgn straight set. Tahniah! Semoga berjaya menjadi juara dan jaguh kampung.

Wednesday, January 7, 2009

Penyelidik 1

Apa yang nak diselidik? Banyak permasalahan tentang pendidikan dan kepemimpinan pendidikan yang berlegar dalam kepala. Kalau setakat berlegar memang tak kemana lah gayanya, macam berlegar kat super market. Hanya pusing-pusing je yang dapat.

Kalau banyak permasalahan, apa yang nak dikaji ?

Kepemimpinan sekolah perlukan banyak kajian lanjut... apa cadangan ?

Yang ada dalam fikiran 'right now' ...

a)Stail kepemimpinan yang sesuai dengan sistem pendidikan di Msia ?
b)Pemimpin Kurikulum .. apa peranan pengetua sekolah ?
c) Bagaimana pengetua berperanan dalam memastikan guru menggunakan pedagogi berdasarkan kepada cadangan dalam semakan kurikulum KBSM oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum...

Apakah bacaan yang perlu dicari sekarang ?

Liga Super 2009

Stadium MBPJ - Kelantan 4 - UPB Team 2

Demam bola sepak tempatan sudah bermula mengimbas kenangan zaman kegemilangan skuad Kijang dengan slogan Gohek Kelate menyaksikan kehebatan Hashim Mustapha sebagai penjaring gol dan malam ini kelibat beliau sekali lagi dilihat di stadium sebagai sebahagian daripada jurulatih.

Setelah menyepi beberapa ketika di liga FAM dan Perdana maka penyokong kembali semula ke stadium baik di mana sahaja asalkan prestasi permainan dikekalkan. Apatah lagi dgn kehadiran Khalid Jamlus, Indera Petra, Farhan dan bbrp orang pemain akan memastikan saingan akan menjadi semakin hebat. Barang diingat UMNO dan PAS tiada dalam padang, cuma semangat gohek kelate akan terus mengaum dengan sorakan demi sorakan tanda kebangkitan semula Kijang. Apabila kembali ke P36, kita berjuang mengikut apa yang kita yakini... Takbir!

Tuesday, January 6, 2009

Cute Fish



Sesiapa yang ingin merasa pengalaman urutan halus, geli geleman dan menyeramkan, dipersilakan untuk mendapatkan rawatan cute fish sekitar kawasan kediaman anda. Bagi yg menginap di kawasan sekitar Selayang maka anda bolehlah ke Tesco Selayang. Selamat mencuba.

Monday, January 5, 2009

Selamat Berkhidmat PCV

Bermula September 2004
Di Akma Automobile Kota Bharu
Sebuah Honda Accord mendapat tempat
Aku menjadi pemilik yang baru

Gagah berlari di jeraya (bahasa melayu Sarawak)
Saban tahun mendapat surat pak sedara (saman had laju)
Hatiku sungguh berasa bangga
Honda menjadi idaman semua

PCV 673 seindah rupanya
Nama yang gah diserata
Terlalu banyak memberikan jasa
Buat kami dan juga keluarga

Bukannya aku tidak tega
dan bukan pula aku tak cinta
Jodoh kita tidak kekal lama
Kini kita tidak lagi bersama

Selamat berkhidmat untuk PCV
Dari kami suami isteri
Jasamu tidak terperi
Demi saudara ku lepaskan kau pergi

Jika ada pengganti nanti
Accord baru yang kami hajati
Namun wangnya terlalu tinggi
Biarlah hanya disimpan di hati

Teruskan khidmat dengan cemerlang
Jangan merajuk terlalu panjang
Jasamu akan tetap dikenang
Kau cemerlang, gemilang, terbilang

Thursday, January 1, 2009

Harapan dan Realiti 2009

Selamat menyambut Tahun Masihi 2009 kepada semua pelayar-pelayar maya yang tentunya mengharapkan penambahbaikan dalam semua hal berkaitan dengan teknologi maklumat. Dipenghujung 2008, banyak suara sumbang yang menukarkan broadband kepada berukband oleh kerana lembabnya mutu dan keupayaan teknologi untuk membantu manusia dalam kerja seharian. Dengan kecanggihan teknologi hari ini maka kita semua umat islam semakin yakin dengan perintah Allah yang terbukti benar. Mengapa Solat Jumaat adalah wajib bagi orang lelaki Islam dapat dijawab dengan tujuan untuk memastikan ada hubungan silaturahim antara sesama makhluk. Dengan teknologi maklumat hari ini, manusia sudah tidak perlu untuk keluar rumah dengan kerap kerana semua ini boleh dilakukan sambil meniarap di rumah. Jika tidak ada perjumpaan pada hari jumaat maka dikhuatiri akan menyebabkan tidak ada lagi ukhwah.

Harapan 2009 berbeza mengikut individu dan mengimpikan kenyataan yang akan menambahkan lagi keceriaan dalam hidup. Apa yang menjadi harapan setiap insan telahpun dimaklumkan oleh Maha Pencipta dalam AlQuran dalam ayat yang menyatakan tentang kecintaan manusia terhadap beberapa perkara dan sekali lagi menjelaskan kebenaran Islam dan Ajaran yang di bawa Nabi Muhammad saw.

Apakah perlu Hudud menjadi perbahasan lagi dalam kalangan umat islam jika ia juga merupakan apa yang terdapat di dalam Kitabullah ? Harapan atau Realiti .. tanyalah pengundi P036