Saturday, November 22, 2014

Udang Kara Kota Kinabalu

Singgah di pasar basah kk. Hari ni rezeki nak lihat udang kara 3 kg. Harga yang dijual RM 390. Rasanya belum tahu.

Wednesday, November 19, 2014

Pengucapan awam

Semalam saya diminta memberikan ceramah di satu kursus yang melibatkan pegawai berkaitan teknologi.

Saya cuba menyemak dan mencari kaedah pengucapan awam samada melalui laman web, YouTube dan buku.

Pelbagai kaedah dan cara diberikan namun kurang memuaskan hati saya. Jika saya mengambil pendekatan pemimpin politik, nampak macam tiada persamaan dengan sasaran saya.

Mengambil contoh pertandingan pidato, peserta saya bukan mahu masuk pertandingan

Maka saya ubah sedikit cara saya mengendalikan slot. Yang pertama, mereka mesti kenali diri supaya mereka tahu siapa mereka dan personaliti mereka. Dari situ mereka akan dapat sesuaikan penyampaian dan kaedah pengucapan mereka.

Yang kedua, siapa mereka dalam konteks pemimpin. Ia akan memberi jalan untuk mereka susunkan ucapan

Yang ketiga, siapa pelanggan mereka. Concern based adoption model memantapkan lagi ucapan kerana mereka kenal siapa yang mendengar ucapan mereka.

Wallahua'lam

Monday, November 17, 2014

Satu peratus

Mendengar perrbincangan di radio ikim tentang wanh syubhat. Bagaimana dengan wang gaji. Adakah unsur syubhah dalam gaji kita. Adakah kita yakin dengan kesucian hasil yang diperolehi. Jawapan yang diberikan oleh ustaz berkenaan ialah ambil lah satu peratus drp gaji utk dikira sebagai wang syubhah dan gunakan lah samada utk baiki jalan atau tandas di masjid dan sebagainya. Wallahua'lam

Sunday, November 16, 2014

Lagu kepimpinan

Berdiri gagah para pemimpin
Disusun indah dalam barisan
Membawa aspirasi kejayaan
Membangun generasi gemilang

Usia bukan lagi ukuran
Prestasi asas kemenangan
Tunjukkan lah kehebatan
Kompetensi berwawasan

Majulah dengan semangat membara
Keikhlasan diganding bersama
Memimpin dengan jiwa dan raga
Sepakat sehati sejiwa

Usia bukan lagi ukuran
Prestasi asas kemenangan
Tunjukkan lah kehebatan
Kompetensi berwawasan

Berblog sambil bersenam

Mencari masa untuk menulis blog? Sekarang saya sedang memgayuh stationary bike utk warm up sebelum ke weight training.  Best juga kerana saya dah beberapa hari tak menulis. Hari ini dah 3 minggu memulakan semula training.  Harap dapat result yang menggembirakan menjelang 2015. A good posture with smaller waist line,  bigger biceps and cut in pects. Wow! It would be great.

Wednesday, November 12, 2014

Kesesakan jalan raya

Apabila membincangkan kaedah pelaksanaan untuk mengatasi kesesakan maka satu daripadanya ialah pembinaan jalan bypass.
Kaedah ini pada awalnya memang membantu mengurangkan kesesakan. Ia seakan konsep baa ekspress dan bas henti henti.
Apa yang dikesalkan ialah jalan bypass yang berkaki lima ini akhirnya menjadi tempat deretan kedai kedai dibina di kiri kanan jalan.
Jalan bypass kembali sesak akibat banyak nya kedai tersebut.

Jangan gunakan bypass kalau gitu dong

Saturday, November 8, 2014

Angkat besi

Bermula angkat besi bila belajar di kpp/itm. Setiap petang akan berada di gim kecil di seksyen 17. Pada akhir tahun 1980an. Selepas itu join fitness centre di penang. Bila bertugas di Terengganu tiada gim yang dapat memenuhi kegiatan ini. Aktiviti kecergasan diterus juga dengan jogging di kawasan sekitar.

Apabila berada di upm , gim di pusat sukan upm jadi bilik permainan.

Semasa itulah aku mencari masa utk bekerja part time di dua buah fitness centre iaitu di taipan subang jaya dan di regency kl. Banyak pengalaman ditimba di situ.

Di sarawak, gim di sekolah menjadi tempat mengangkat besi bersama 2 rakan. Ketika ini kebetulan musim salman khan naik nama. Baju kecik kecik jd pilihan untuk sesuaikan dengan otot yang tidak seberapa.

Hari ini sekali lagi masuk gim. Cuma bezanya saiz perut sahaja. Dari sekecil 28 inci sehingga sekarang (rahsia)