Tuesday, March 31, 2009

Sony Ericson P1i

Koleksi terbaru hand phone saya ialah Sony Ericsson P1i yang telah dimiliki setelah Nokia E65 yang telah kemalangan pada minggu lalu.

Walaupun 2nd hand tetapi aku agak berpuas hati kerana ia memberikan kelainan, maklumlah 'smart phone'. Kenapa aku memilih P1i: Sebab yang pertama ialah kemudahan wifi yang dipercayai akan membantu blogger macam macam saya (walaupun kecil-kecilan). Kedua, 3G yang mempunyai kelebihan komunikasi. Ketiga, sound yang agak baik untuk mendengar lagu/apa yang sesuai dan macam-macam lagi.

Monday, March 30, 2009

Isu rampas mesjid oleh DS Nizar; jawapan imam

Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.

Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.

Kesimpulan :

Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada..

ARMCORP MALL

Petang semalam 29/3 aku dan isteri telah berjanji dengan seorang teman lama di Armcorp Mall. Nama yang pernah didengar tetapi di mana yer? Nasib baik kerana broadband sudah menjadi teman setia sejak 8 bulan yang lalu. Search saja 'armcorp mall' dan terbentang peta PJ yang mana terletaknya tempat yang dicari. Alhamdulillah.

Berbalik kepada kisah Armcorp Mall, jauh tak jauh sepelaung jer dari stesen LRT Taman Jaya. Senang sangat la kalau nak berkunjung kalau dah boring dengan SOGO ke , One Utama ke, tapi tempatnya kecik dan sesuai lah kalau tak nak sibuk2 dengan orang yang berpusu-pusu.

Alkisah teman pula, kawan sekolah isteri masa kecik2 dulu, skarang kerja dengan company luar negara, kerja ajar guna mesin yang dibuat , jalan sana sini kat seluruh hospital di mana2 . Tak sangat berkait dgn bidang pengajian dulu. Apa2pun, harap eveything goes well.

Yang tidak enak sikit, tgh isi minyak kat stesen petronas bangsar, nak start kereta , meragam. Masalah bateri. Nasib baiklah ada jumper, minta tolong seorang mamat dan Alhamdulillah kereta hidup balik dan kami terus ke kedai Bakar di keramat. RM 220 terbang bagi sebuah bateri sel kering.

Sunday, March 29, 2009

Selamat Berkempen

Pagi-pagi lagi sudah mendapat panggilan telefon daripada seorang sahabat yang berada di Bukit Gantang menceritakan sejarah besar dalam negara apabila jumlah penyokong PR yang memenuhi tempat penamaan calon dikatakan melebihi permatang pauh dan kuala terengganu.

Sebagai pemerhati kepada politik dalam negara kita maka keadaaan demikian menggambarkan kepekaan rakyat untuk melihat negara berkembang mengikut keinginan rakyat yang banyak dengan sokongan pemimpin politik yang dipilih.

Terasa rugi kerana tidak dapat bersama dengan ribuan rakyat di bukit gantang mahupun bukit selambau namun kehadiran blogger pada era ini menjadikan semua maklumat diperolehi secara first hand info. Terima kasih para bloggers politik yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan tiada siapa yang tertinggal.

Saturday, March 28, 2009

PRK Bukit Gantang


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sebarang bentuk kempen seperti penyebaran risalah serta kain rentang yang mempunyai kata-kata menghina dan menghasut sepatutnya tidak boleh dilakukan sebelum penamaan calon pada 29 Mac ini.

memetik daripada perak express.com

Ampunkan dosa ku

Aku pernah mendengar ceramah agama yang menyatakan bahawa kemungkinan apa yang berlaku kepada kita adalah disebabkan oleh balasan dosa yang telah kita lakukan. Dua hari lepas, dalam keadaan hujan yang sangat lebat dan guruh dan kilat bertukar ganti, aku telah kehilangan Nokia E65 yang telah ku gunakan selama 2 tahun.
Setelah dijumpai akibat terjatuh daripada poket yang menjadi tempat simpanan yang diselitkan dipinggang rupanya E65 telah remuk dipijak kereta yang lalu lalang. Apa lagi yang hendak dikata melainkan mengucapkan kata-kata taubat dengan dosa yang dilakukan samada disedari ataupun tidak. Ya Allah, hamba mu ini memohon ampun kiranya dosa yang telah aku lakukan kerana aku hamba Mu yang kerdil dan tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap.
Aku sdari ujian ini hanyalah kecil berbanding dengan ujian yang berlaku pada insan yang lain namun tidak ada upaya bagiku untuk menolak apa sahaja ujian dari Mu. Hanya kepada mu aku memohon supaya engkau jauhkan diriku daripada sifat dan perasaan yang buruk dan keji. Ya Allah, jauhkan diriku daripada perasaaan ujub, takabur, dengki dan apa sahaja yang tidak engkau redhai. Jauhlah sifat keakuan daripada diri ini kerana tiada apa yang istimewa bagi insan yang lahir daripada setitis air mani yang menyebabkan aku menjadi begitu sombong terhadap hamba mu yang lain. Ya Allah, tingkatkan keimanan ku supaya aku menjadi orang beruntung di dunia ini dan di akhirat nanti. Jangan lah engkau uji dengan ujian yang tidak mampu aku tempuhi dan kurniakan lah kekuatan kepada ku untuk menyatakan kebenaran agama mu.

Friday, March 27, 2009

PWTC dan PAU

Sempena PAU maka berduyun-duyun manusia tanpa mengira parti menyerbu gerai-gerai yang disediakan disepanjang 4 hari yang menjanjikan jutaan ringgit bertukar tangan. Ibarat pasar minggu, penjaja melaungkan 4 pasang rm50 bagi kain pasang dan perbagai telatah tawar menawar telah berlaku. Cakap lah apa saja, dari buah jambu madu , madu lebah, songket, jam, kraftangan semuanya menjadi tarikan pengunjung ke pesta suka suka PWTC.

Alhamdulillah keadaan agak terkawal dengan bantuan unit amal dbkl dan pdrm yang bersusah payah menjaga lalu lintas yang begitu sesak. Mereka begitu sabar dalam menjalankan tugas tidak seperti polis topi merah yang mengganas sahaja sejak akhir2 ini.

Deretan bas usah diceritakan kerana seronoknya mereka untuk mengambil bahagian sebagai perwakilan gerai jualan yang mana di sini politik wang boleh digunakan. kalau ada yang meletakkan harga rm 150 boleh ditawarkan menjadi rm 100 dan tentunya akan menang dalam jualan yang diadakan.

Bercakap pasal bas, parkingnya merata-rata bagaikan lembu lepas di padang tanpa peduli lagi samada lampu isyarat boleh dilihat atau tidak oleh pengguna lain. Uh Uh kesian pengguna di kawasan sekitar kerana mengahlang lalulintas sama macam masa perarakan ke istana negara tempoh hari.

Bercajap pasal baju, kain linen jadi pilihan ahli umno kerana banyak gerai yang sedia untuk membuat penawaran dgn harga berpatutan. Hebat gaya pemakaian orang-orang kaya ni, rm 250 bagi sehelai kemeja linen tanda kekuatan parti yang didokong. Wah Wah Wah bukan main lagi para penjual yer. Heran juga, penjual vcd kat sini tak jual ucapan -ucapan pemimpin supaya boleh di on kan di kampung2 nanti. Tak pa lah! Asalkan bahagia.

KJ ! RAsuah KJ! Rasuah KJ ! RAsuah jelas kedengaran dilaungkan oleh ahli umno semasa malam pengiraan undi ketua pemuda. Dalam PWTC juga KJ dikatakan perasuah apatah lagi di dua bukit dan satu batang.

Kisah terbaru, Shahrir Samad letak jawatan Rabu ini sbb orang UMNO dah tak suka lagi kat dia. Apa lagi, join la MP Shah Alam, pakat2 jaga melayu melalui PAS.

Apa-apa pun PAU PWTC patut dimasukkan dalam sejarah negara kerana banyak perkara yang patut diketahui oleh anak cucu masa depan bahawa hidup mereka adalah acuan daripada dasar dari PAU PWTC

Thursday, March 26, 2009

Hala Tuju UMNO selepas era Pak Lah

Malam ini lengkaplah pemilihan kesemua jawatan yang ditandingkan dalam parti yang telah meneraju negara selama 52 tahun. Walaupun bukan semua yang menjadi penyokong namun adalah penting buat sementara ini untuk rakyat melihat siapa kah mereka yang telah dipilih kerana di tangan mereka ada satu amanah yang besar yang perlu dikendong dan mereka mestilah sanggup untuk meneruskan khidmat kepada rakyat demi keharmonian hidup sementara menunggu saat dipanggil kembali menghadap Ilahi.

Apa kata kita jika kita tukarkan sedikit perhatian daripada kegembiraan yang mereka semua sedang rasakan dengan kemenangan mereka di atas pentas PWTC dengan kelibat MT yang bergaya yang kebanyakan adalah para menteri dan timbalan. Sedang mereka enak dengan sorakan penyokong, dengan tidak disangka-sangka semua ahli parlimen yang tidak bertanding atau yang kalah beralih angin dan menyatakan sokongan untuk bergabung dengan pimpinan PR untuk menubuhkan sebuah unity government.

Maka, jadilah presiden yang baru sebagai presiden sebuah parti yang tidak memerintah. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan
a. meletak jawatan kerana tidak sepadan dengan taraf
b. menjadi ketua kerajaan pasola
c. mencipta lagu baru melalui ciptaan Hattan

Pemimpin Tertinggi UMNO

Keputusan terkini PAU

Timbalan Presiden : Muhyidin Yasin

Naib Presiden : Zaid Hamidi, Hishamuddin dan Shafei Afdal

Siapa bleh sahihkan khabar ini?

Terdengar cakap-cakap dari PWTC bahawa malam tadi telah menyaksikan 3 kali kiraan untuk menentukan kemenangan ketua pemuda UMNO. Ada pihak yang menyatakan bahawa Mukhriz telah memenangi 2 kiraan awal dengan 12 dan 10 undi tetapi tewas dalam kiraan ketiga. Betul ke ?

PAU 2

Pertama kali menjejak kaki ke PAU di PWTC malam ini memberikan satu kenangan bagi sesiapa yang merasainya, apa yang jelas terdengar jeritan rasuah!rasuah!rasuah! yang dilaungkan oleh segerombolan ahli kepada ahli yang lain.
Pertama kali juga dikatakan apabila seorang ketua pemuda yang menang telah di boo oleh sekumpulan yang lain tanda tidak puas hati kerana kemenangan itu dikaitkan dengan amaran politik wang
Keputusannya pada malam tadi:

Ketua Wanita : Sharizat
Ketua Puteri : Sabahan (lupa nama)
Ketua Pemuda: Bukan Khir Toyo dan bukan Mukhriz...

Wednesday, March 25, 2009

PAU

Bila kesesakan yang keterlaluan di hadapan PWTC dan anggota polis cawangan trafik memenuhi keseluruhan kawasan maka ia bermakna Pemilihan Agung UMNO sekali lagi membuka tirainya. Banyak kereta-kereta mewah menjalar di kawasan sekitar menunjukkan kemampuan kewangan ahli umno di seluruh negara. Kali ini kita mendapati banyak pihak yang memakai baju t yang bernombor macam jersi bola yang mempunyai nombor yang sama. Ada pasukan noh omar, ada pasukan khairi jamaluddin dan lain-lain yang cuba memancing undi perwakilan.

Keseronokan jelas pada wajah mereka yang terlibat dan kelihatan megah bahawa parti mereka adalah parti yang memerintah selama 50tahun. Menurut DS Najib , apa guna jadi pemimpin parti yang tidak memerintah. Pelik juga, kena jadi pemerintah baru nak masuk parti, kalau begitulah maka UMNO akan hilang dari muka bumi jika mereka kalah dalam PRU 13 nanti.

Monday, March 23, 2009

Ada juga sumbangan Idris Jala

Pada suatu hari yang tidak dirancang , saluran Astro 501 sedang menayangkan satu program bisnes (kalau tak silap), dan tetamu tersebut ialah Idris Jala ( tak tahu pula apa gelaran , dato' ke dato' seri) sedang memberikan satu penerangan bagaimana selaku MD & CEO Malaysia Airlines System (MAS) telah kembali berkembang.

Dulu aku selalu baca pasal dijualnya segala barang yang ada dalam MAS untuk memastikan kerugian MAS dapat dikurangkan. Banyak pula pihak yang mempertikaikan tindakan itu sebagai semua orang boleh buat jika sekadar menjual sahaja barang milik MAS.

Lupakan dulu perkara jual menjual, apa yang baik kita boleh ambil sebagai pedoman untuk kita sebagai manusia biasa yang kadang2 teringin nak jadi hebat. Adakah kita ini 'gifted'untuk menjadi orang hebat? Kalau tak terasa gifted maka latihan untuk menjadi hebat mesti diusahakan.

Apa yang menariknya daripada Idris Jala pada hari itu adalah bagaimana dia meminta staf MAS untuk menjadi hebat melalui satu analogi yang hebat bagi saya. Katanya, saya suruh mereka membuat satu sasaran dengan mengumumkan bahawa mereka akan menjadi juara 100 meter dalam sukan olimpik yang akan datang. Bermula daripada pengumuman itu, maka seseorang itu akan mula berlatih setiap hari selama 4 tahun demi mencapai hasrat yang membara. Persoalannya, adakah pingat emas itu boleh dimiliki ? Tentunya sesuatu yang sukar dan mungkin adalah mustahil kerana ada orang yang memang 'born' to be a good runner dan sedang dilatih. Selepas 4 tahun, apakah yang terjadi pada kita, of course kita akan menjadi manusia yang lebih hebat, lebih cergas, lebih komited, lebih menghargai masa, lebih memahami usaha yang dilakukan,lebih rajin dan macammacam lebih lagi. You are now a good athelete after 4 years when at that time you were nobody. Pingat emas atau tidak bukan lagi menjadi hal, proses yang berlaku makes you a better person.

Sunday, March 22, 2009

Samy kekal Presiden MIC

Hari ini Samy mengekalkan jawatan presiden MIC kali ke 11 tanpa bertanding setelah pencalonan lawannya ditolak. Oleh itu usaha untuk menggantikan kepimpinan untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat India terhadap MIC.

Semalam beratus ahli MIC telah keluar parti kerana tidak yakin lagi dengan perjuangan MIC untuk membela kaum India. Dengan adanya Samy lagi sebagai peneraju MIC maka dijangkakan MIC juga akan semakin hilang dari arus politik negara Malaysia

Saturday, March 21, 2009

What a tiring friday

Yesterday I had a long journey from Kl to my home town. The journey on a cute Kancil took me about 9 hours. I had to stop twice becoz I felt so bored to drive. Unfortunately, it was also another day that I could'nt perform friday prayer because the mosque was no more being used for the prayer.

I realised why a lonely driver will normally speed up on the road, and the answer is no song can really fill your long time drive.

I think that by having a good car can is suitable for long distance driver like a good pair of shoes for long distance runner.

Thursday, March 19, 2009

Tok Bali


Jika anda berkesempatan ke Kelantan ataupun Besut di Terengganu jangan lepaskan peluang untuk menjengah pantai Tok Bali yang menjadi salah satu tempat rekreasi yang ada di Pasir Puteh.

Anda boleh memilih untuk menyewa chalet2 yang ada di sini dengan harga yang sangat berpatutan walaupun agak kekurangan dari segi perkhidmatan yang disediakan. Namun, jika sekadar untuk meletakkan kepala adalah dikira berbaloi.

Sayangnya, kecantikan pantai tok bali dicemari oleh sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung yang rata2 beragama islam. Malang nasib penganutnya yang tidak mengamalkan ajaran agama. Membuang plastik yang 'nonbiodegradable' dan pembungkus makanan ternyata menjijikkan.

"Welco to Tok Bali"

Wednesday, March 18, 2009

Puan Woo , bersabarlah

Hari ini telah diberitakan tentang kematian bapa kepada Woo L F yang telah terlantar sekian lama di hospital akibat diabetes. Pihak rakan-rakan mengucapkan rasa simpati dan semoga anda akan tabah menghadapi kenyataan dan hidup mesti diteruskan.

Tuesday, March 17, 2009

Melaka Bandar Bersejarah

Apalah malang nasibnya melaka
Negeri ketuanan keturunan di raja
parameswara hadir membawa bahgia
sayang hang jebat dianggap celaka

abad berabad sudah lamanya
hilangnya raja entah kemana
kalaupun ada nyonya dan baba
tunggulah roboh kota melaka

hari ini ombak bertukar gelora
rakyat semua gundah gelana
hilanglah sudah khabar gembira
tinggallah hanya gurindam jiwa

Saban kali selatan ke utara
mamak memanda bertukar rupa
cubaan moga harapnya berjaya
yang tinggal kini hanyalah nama

apakah salah apakah dosa
semangat membara terpatah jua
angkara kelibat orang kedua
harapan hancur luluhnya jiwa

sabarlah wahai orang melaka
ali rustam tiada bukan segala
usah diharap pada yang fana
Allahlah jua kekal selama

Marilah kita berganding tenaga
teruskan ukhwah tingkatkan usaha
di dalam UMNO tidak lagi berdaya
masakan PAS tiada segala

Hendakkan melayu PAS juga ada
Hendakkan Islam lagilah ia
Pusaka bangsa dan agama dijaga
Bumiputera kekal menjaga negara

Hidup usah lagi bermuka
jika suka katakan suka
50 tahun sudahlah lama
Lepaslah ia dengan air mata

Marilah kita bersama sama
membina agama dan juga bangsa
hidup dunia kekal bahagia
untuk akhirat bahagia selamanya.

(Buat Ali Rustam - hidup ibarat roda)

Monday, March 16, 2009

Tempoh Berkabung

Tempoh seminggu yang lalu adalah merupakan tempuh berkabung apabila beberapa orang telah didakwa kerana menghina Sultan Perak. Salah seorang daripadanya telah mengaku bersalah dan menyatakan hasrat untuk tidak menulis lagi kerana rakyat Malaysia adalah sensitif.

Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang tahu peristiwa pertabalan di Ketereh (di bawah pokok?). Apakah perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai menghina Raja ?

Tuesday, March 10, 2009

SEMINAR KEPENGETUAAN KEBANGSAAN KALI KE VI 2009

Hari ini bermulalah hari yang ditunggu selepas gerak kerja dimulakan sejak Nov 2008. Alhamdulillah cuaca baik dan suasana agak teratur dengan setiap apa yang dirancang diharap akan berjalan dengan sebaiknya.

Hari ini merupakan satu latihan minda untuk orang yang ingin terus maju ke depan. Tanpa dijangka peserta yang mendaftar di sebelah pagi yang sepatutnya dihadiri oleh alumni telah juga disambut oleh sebahagian peserta lain. Keputusan segera terpaksa dibuat dan terima kasih kepada semua rakan yang sentiasa pro aktif untuk memastikan perjalanan seminar adalah yang terbaik/

Masalah kehadiran peserta yang agak diragui sebelum ini juga hampir selesai apabila sejumlah 130 +- telah mendaftarkan diri selepas pukul 1 tgh hari.

Sekali lagi cabaran penganjuran telah berlaku apabila VIP yang dijemput untuk merasmikan seminar telah tiba namun VIP yang akan menyampaikan ucap tama tidak muncul. Sekali lagi kelam kabut terutama melibatkan MC di auditorium. Berkat majlis yang baik maka semuanya dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Insyaallah ! Perjalanan seminar akan lebih bermakna dengan pembentangan demi pembentangan mulai pagi esok.

Sunday, March 8, 2009

Setahun yang lalu : 8 Mac 2008

Hari ini genaplah setahun Pilihan Raya Umum ke 12 dilangsungkan di mana sejarah telah tercipta apabila BN telah kehilangan lima buah negeri dan kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat. Keputusan yang dibuat oleh rakyat ini membayangkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena yang dilakukan oleh pemerintah. Mengapa kita berkata demikian adalah kerana pada PRU 11, BN telah menang besar dan meninggalkan hanya Kelantan yang dimenangi oleh PAS dengan hanya kelebihan 2 kerusi.

Di Parlimen keadaan sepatutnya menjadi lebih bermutu kerana terdapat ramai yang dikatakan pemimpin yang hebat yang telah dipilh oleh pengundi masing-masing. Mereka kini berkumpul ditempat yang mana dasar negara ditentukan. Mereka sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk sama-sama membincangkan apa yang terbaik untuk rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sama-sama membina negara yang tercinta ini.

Sayang seribu kali sayang, apabila rakyat pergi ke Parlimen untuk melihat mereka berbincang tetapi mereka tiada di sana. Bukan seorang, bukan dua tetapi hanyalah kerusi yang tetap di sana. Patutlah mereka berebut kerusi kerana rupanya kerusi adalah wakil rakyat kita di Parlimen. Apa yang akan disibukkan selepas ini tentulah persempadan semula kawasan pilihan raya. Tentunya nanti akan ada pula kawasan parlimen yang ibarat ular kena palu demi mempertahankan kekuasaan. Yang jelas, bukan rakyat yang mahu dijaga tetapi periuk besar yang mesti dipertahankan yang kononnya 'survival politik melayu'. Jika melayu yang hendak dijaga, bukankah perhimpunan 100 k semalam adalah daripada kalangan melayu. Jagalah dan dengarlah apa kata melayu , janganlah berpihak dalam mendengar apa kata rakyat melayu. Bukan kerana mereka menyokong PAS atau PKR maka mereka bukan lagi menjadi melayu yang perlu dijaga. Jika kehadiran mereka menganggu lalulintas, janganlah ditambah lagi dengan sekatan jalan raya dan adakah perarakan maulidurrasul juga mengganggu lalu lintas.

Malaysia adalah negara berbilang kaum dan setelah setahun PRU 12 berlangsung maka kita merasakan bahawa keadaan yang semakin gelisah di negara ini bukan kerana lebih ramai rakyat yang hanya ingin berpolitik tetapi akibat ada pihak yang tidak dapat menerima bahawa Malaysia adalah untuk semua rakyat dan sesiapa sahaja layak untuk menjadi pemimpin negara ini.

Saturday, March 7, 2009

Monolog seorang insan kerdil

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!! Itulah satu jeritan batin dari seorang insan kerdil yang tidak mampu lagi untuk menahan telinga setiap jam 8 malam. Setiap berita yang dilapurkan terasa bagaikan memperlekehkan sebahagian rakyat untuk menunjukkan sucinya, abdinya, luhurnya setengah pihak yang lain.

Tidak dilayan maka dikatakan tidak 'up-to-date'. Habis macam mana pemberitaan harus dianjurkan supaya kelihatan bagaimana? Untuk kepuasan siapa? Manalah aku tahu, tanyalah budak Mass Com.

Kecenderungan kau terlalu tinggi ! Janganlah memihak, nanti kehilangan 50% kawan. Habis ! Nak ku layan sesuatu yang bukan angan ku? Bukan mahuku?

No hal la ! Bukan ! Bukan ! Politik masuk kubur tak ? Tanya lah Pak Lah, dia nombor orang politik no 1, kalau tanya TGNA , itulah kerja kita didunia.

Biarkan lah mereka ! Tidak! Mana boleh biar !

Kau dengki yer! Bukan ! Aku conpius

Aku tahu ! Rujuk Perlembagaan Makhluk . "Tidak aku jadikan JIn dan Manusia kecuali untuk beribadat kepada Ku" . Senang cerita. Jadi ibadat itulah pahala. Jadi pahala mungkin jadi syurga.

Ada pahala tak masuk syurga ? Memang la, dah ada pahala, lepas tu ungkit balik, hilaaaaang pahala, mana nak dapat syurga

NAk jadi ibadat susah tak? Kerana Allah jadi ibadat, bukan buat dosa....

Mulai hari ini, niatkan ..RM1 /day mesti disedekahkan kalau tak buat kena ganti RM2 , kalau lupa setahun Rm 365.

Terima kasih !

Friday, March 6, 2009

Mimbar Jumaat dan Cognitive Dissonance

Hari ini Kedutaan Indonesia Jalan Tun Ismail menjadi saksi bahawa hamba Allah ini telah bersama ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat yang mana tajuknya adalah berkaitan dengan mengingati kelahiran Rasul yang jatuhnya pada hari Isnin 9 Mac 2009. Menurut khatib, terdapat 3 pihak yang mentafsirkan samada patut atau tidak patut sambutan Maulidurrasul ini disambut oleh umat islam. Apa yang saya tertarik ialah penggunaan "cognitive dissonance" untuk menggambarkan bagaimana seseorang itu menyintai Rasulnya tetapi tidak melakukan apa yang disukai oleh Baginda Rasul. Ia mengibarat kan seorang isteri dalam keadaan cognitive dissonance apabila menyintai suaminya tetapi tidak menyukai sikap suami yang suka merokok. Maka dia akan gembira apabila suami berhenti merokok atau dia akan cuba untuk turut sama mengikut tabiat suami yang disayanginya.

Apa-apa pun, selamat menyambut Maulidurrasul

Thursday, March 5, 2009

Terengganu..ada apa kes ni

Kakitangan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak

8 Februari 2009

Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
109 Taman Desa Pusu 3
Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
Terengganu.

Yang Berhormat Dato’,

LUAHAN HATI KAKITANGAN UDM TERHADAP SALAH LAKU PIHAK PENGURUSAN UDM.

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Silap laku pihak pengurusan tertinggi UDM adalah seperti berikut;

i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.

ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi.

Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan keperingkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan.

Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.

iii. Dato’ Naib Canselor juga telah menukar seorang kakitangan bahagian pembangunan (En. Muslim) ke bahagian perpustakaan kerana pegawai tersebut telah membuat laporan prestasi kerja yang tidak baik terhadap seorang kontraktor yang Dato Naib Canselor kemukakan.

iv. Dato Naib Canselor tidak membenarkan kakitangan yang ingin berjumpa walaupun beberapa kali membuat temujanji.

v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender.

vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain (surat dikepilkan).

vii. Pembinaan 3 buah bangunan untuk pusat teknologi maklumat, bangunan akademik dan pengubahsuaian bangunan Khadijah di Kampus KUSZA diberikan kepada perunding yang merupakan saudara Dato’ Naib Canselor.

viii. Pengubahsuaian UDM Kampus Kota yang menelan belanja yang banyak dibuat tidak melalui tatacara Jawatankuasa Tender.
ix. Program MANAGEMENT DEVELOPMENT WORKSHOP di Sungkai, Perak yang menelan belanja melebihi RM1 juta. (melebihi RM50,000 X 18 kumpulan) telah diberikan kepada PUNCAK LESTARI SDN BHD. Apakah justifikasi yang diberikan untuk melantik syarikat ini mengendalikan program yang melibatkan peruntukan yang besar begini.
x. Pendaftar yang pencen telah dilantik balik yang berstatus kontrak tidak menjalankan tugas untuk kemajuan kakitangan tetapi membawa masuk anak-anak saudara ke UDM. Ada di antara kakitangan di UDM mempunyai adik beradik dan ipar seramai 8 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah.

xi. Kakitangan KUSZA yang bertaraf kontrak (ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun) tidak disambung kontrak dan diberhentikan.
xii. Kakitangan UDM yang sebelum ini adalah kakitangan KUSZA tidak diberi tempat yang sepatutnya. Contoh pegawai yang bergred 52 dan 48 ditukarkan ke fakulti yang sepatutnya pegawai-pegawai ini menerajui pengurusan di unit-unit seperti Bahagian Pembangunan Organisasi dan Pentadbiran , Timbalan Pendaftar dan Bahagian Pengurusan Akademik.
xiii. Ini bukan surat layang. Sila siasat.

3. Diharap pihak YB Dato’ dapat mengambil serius perkara ini.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,

Kakitangan UDM

Wednesday, March 4, 2009

U.P. :Kerajaan Negeri Kelantan

Sebagai seorang rakyat Malaysia yan memberikah hak kepada setiap warga negara untuk memberikan pandangan, maka saya ingin mengambil perhatian pihak kerajaan negeri tentang 2 perkara iaitu :-

1. Penjualan peniaga pasar malam pada waktu maghrib.

Jika pada awal tahun 1990-an ketika mula-mula memerintah kembali negeri Kelantan, saya adalah salah seorang yang pernah mendengar permintaan petugas untuk berhenti jual beli untuk solat maghrib. Walaupun ada yang tidak pergi bersolat namun arahan tersebut mendapat pujian banyak pihak yang sukakan Islam tertegak dengan hikmah melalui pendidikan, teguran, nasihat dan hukuman. Bagaimanapun, pada masa ini, selepas 18 tahun, pasar malam di Kelantan dah jadi macam negeri-negeri lain yang diperintah oleh Kerajaan BN. Tidak ada lagi (kalau saya silap, tolong abaikan) laungan pegawai yang meminta jual beli dihentikan sementara waktu bagi menunaikan solat maghrib. Harap maklum!

2. Papan tanda Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar di sepanjang jalan boleh dilihat sejal tahun 1990 juga. Selepas 18 tahun maka tentulah warna, tulisan dan tiangnya sudah mula luntur dan berkarat. Apa yang diperhatikan ialah ada papan ini yang sudah jatuh ke tanah dan tidak ada proses untuk meletakkan papan yang baru menggantikan yang sudah uzur. Apakah di awal pemerintahan sahaja syiar begini dibuat dan selepas 18 tahun maka tidak perlu lagi papan peringatan sebegini. Harap maklum !

" Bukan Membenci, tapi Sayang"

Monday, March 2, 2009

Istana Kehakiman

Kali pertama melalui bangunan yang tersergam indah ini dengan terpampang "ISTANA KEHAKIMAN" telah membawa satu pengertian yang amat mendalam. Istana selalunya digunakan untuk menggambarkan satu taraf tinggi dalam masyarakat sehinggakan jika seseorang cuba untuk melakukan sesuatu yang dianggap tidak disukai oleh penghuninya akan dianggap ditimpa daulat. Itulah hebatnya "istana". Kehakiman menggambarkan satu keadaan yang paling seimbang di mana setiap tindakan adalah seadil-adilnya. Begitulah besarnya gelaran Istana Kehakiman yang terletak di Wilayah Persekutuan PutraJaya.

Hari ini, Istana dan kehakiman semakin menonjol kerana menjadi sebutan rakyat samada besar atau kecil, baik di lobi hotel mahupun di kedai kopi hujung kampung. Semua ingin menyebarkan kefahaman yang tinggi tentang istana dan kehakiman. Jika dahulu, semua orang takut untuk membicarakan sesuatu yang di dalam perbicaraan mahkamah kehakiman kerana takut akan "ditimpa daulat" sebagaimana gerunnya rakyat untuk menongkah arus menentang istana.

Rakyat semakin keliru dengan keadaan yang menimpa negara pada hari ini. Di dalam media , terpampang berita yang cuba mengeruhkan hirarki hubungan Istana dan Rakyat. Hasutan demi hasutan dikatakan dilakukan oleh segelintir rakyat terhadap istana cuba dicanangkan oleh pihak yang tidak sehaluan. Apa dah jadi ? Wahai Tuanku ! Keluarlah mencemar duli meminta semua pihak mengembalikan hak yang sepatutnya kepada setiap rakyat. Biar apa pun kaum mereka, biar apa pun agama mereka, dunia ini untuk semua, di akhirat nanti, masing-masing akan mendapat bahagian berdasarkan amalan mereka di dunia ini.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Sunday, March 1, 2009

Renungan di awal Mac

1 Mac 2009 dan ternyata tahun ini adalah merupakan tahun yang sibuk bagi rakyat Malaysia. Sebenarnya, tanpa cerita politik adalah ibarat wayang gambar bisu. Rakyat walaupun bosan dengan suasana yang melanda dari segi politik tetapi sentiasa menunggu berita hangat politik saban hari.

Tahun ini juga kita dapat melihat laporan polis semakin banyak dilakukan oleh pelbagai pihak. Ia melibatkan parti politik, ngos' dan orang awam yang semakin peka dengan keadaan semasa di negara ini. Saman menyaman sudah menjadi perkara biasa menunjukkan ada perubahan dari segi pengetahuan tentang undang-undang dan perlembagaan negara walaupun sukatannya belum ada di sekolah. Ilmu undang-undang dipelajari oleh rakyat melalui pentas ceramah dan juga media, cuma yang berbeza adalah tafsiran sering cenderung kepada parti yang diwakili.

Contohnya, DS Najib menyatakan panggilan sidang tergempar adalah melanggar undang-undang dan di pihak yang lain pula menyatakan bahawa hak untuk mengambil sidang tergempar DUN adalah mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.
Patutlah DS Najib menyatakan Universiti baru tidak perlu ditubuhkan. Rupanya, Malaysia sedang menuju ke arah Universiti Terbuka. Pensyarah adalah ahli politik yang akan bersyarah mengikut mazhab masing-masing dan rakyat adalah pelajar yang akan membuat tafsiran sendiri tentang apa sahaja yang keluar daripada mulut mereka.

Tidak pelik lagi jika suatu hari nanti akan ada pihak yang bertelagah tentang 1 + 1 kerana jawapan yang berbeza oleh mereka yang arif dalam bidang matematik hanya kerana jawapan 2 telahpun dijawab oleh pihak yang tidak sehaluan.

Dua bulan yang lalu juga telah menguji kerjasama antara kaum di negara ini. 3 kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India sedang menerima dugaan. Sayangnya, bukan rakyat yang menyuntik unsur perkauman ini tetapi orang politik yang terpampang muka mereka di televisyen yang asyik cuba menyalakan api perkauman. Akhbar yang sepatutnya menjadi ruang untuk menyatupadukan rakyat telah berubah menjadi mancis dan kertas yang hanya menunggu masa untuk membakar jambatan yang dibina oleh pemimpin terdahulu.

Sebuah esei yang sama mungkin akan berbunyi : Pertukaran kuasa atau Rampasan kuasa di Perak cukup memeningkan guru untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar mereka.

Kita sedang menunggu apa yang akan berlaku sepanjang 31 hari dalam bulan Mac. Bulan ini akan memberikan jawapan kepada persoalan berikut :

1. Pertukaran Abdullah - Najib. Akan jadikah ?
2. DS Najib sebagai PM ke 6 , betul ke?
3. Krisis di Perak, Apa kesudahan ?
4. Elizabeth Wong , apa jadi ?
5. dan bermacam lagi tajuk kuliah untuk bulan Mac di Universiti Terbuka Malaysia

Cerita Bola

Cerita 1

Liga Super , Kelantan sebagai pendahulu liga terpaksa melepaskan takhta buat sementara kepada Selangor selepas tumpas 0-3 di Stadium Shah Alam. Memang sejak dahulu, badi bertemu Selangor tidak dapat diatasi oleh pemain Kelantan walaupun pemain kini telah dibarisi dgn pemain yang berasal daripada negeri lain. Mungkin Kelantan terpaksa memohon daripada FAM untuk menukar nama pasuan Selangor kepada nama lain untuk mencapai kemenangan.

Cerita 2
Liga Inggeris. Liverpool belum lagi dapat merampas semula takhta liga selepas diserahkan kepada Manchester United. Ketika berita ini ditulis, Liverpool sedang ketinggalan 0-2 kepada Middlesborough dan hanya tinggal 20 minit lagi untuk mengurangkan defisit.