Sunday, October 12, 2008

RUMAH TERBUKA

Sebagai rakyat Malaysia, amalan berkunjung adalah menjadi amalan terutama pada musim perayaan tanpa mengira perbezaan agama, ras dan ideologi. Setelah mengambil kesempatan bersama pemimpin negara pada hari raya 1 dan 2 tempohari, maka minggu ini berkesempatan pula bersama dengan pimpinan negeri dan ahli parlimen yang lain yang belum sempat bersalaman. Menteri Besar Kelantan , Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah sudi untuk bersama dengan rakyat di Sambutan Hari Raya anjuran anak perantauan kelantan di Dataran Majlis Bandaraya Shah Alam bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Kesemua ADUN dari Kelantan telah hadir ke Majlis tersebut.

Sebelah petang, kira- kira pukul 3.30 petang, sempat pula mengunjungi Rumah Terbuka DSAI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Sesuai dengan Ketua Pembangkang, ribuan pengunjung telah hadir untuk bersama bersalaman seperti juga apabila kita melihat suasana di PWTC pada hari raya tempohari. Suasana adalah lenih baik kalau sambutan ini juga di adakan di mana semua ahli parlimen Malaysia beragama islam akan sama-sama menganjurkan majlis ini dengan meriah.

Memilih untuk meng'upload'kan foto ini kerana menghormati YB Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam yang sudi meluangkan masa ke Majlis ini. Harapan saya kepada YB, teruskan perjuangan untuk merakyatkan negara supaya setiap tindakan dari mana- mana kerajaan adalah tulus, ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tanpa adanya agenda tersembunyi.

Akhir Kata, Selamat Bersidang kepada semua Ahli Parlimen Malaysia.

1 comment:

ARIN said...

perbezaan apabila menghadiri rumah terbuka untuk makan dan menghadiri rumah terbuka untuk menikmati santapan rohani daripada pemimpin yg mengamalkan islam sabagai cara hidup..Bukan setakat mau makan dan minum A'IR saje...ke guane?