Friday, September 22, 2023

Lirik Lagu ku untuk mu

Dalam kesunyian malam
Tatkala bulan mengambang
Ku tuliskan rangkap yang indah
Untuk mu kesayanganku

Engkau lah sinaran bagi ku
Ketika gelam malam gelita
Setiap patah patah kata
Seikhlas nya hanya pada my

Berdebar debar rasa dihatiku
Bila kubayangkan hari esok yang mendatang
Ku akan menyanyikan dengan penuh syahdu
Berapa aku sangat merinduimu

Mata ku yang dipejam saat itu
Mengaliblr air mata penuh sendu
Ku harapkan dikau dapat menghayatinya
Dari sebuah jiwa yang mencintaimu

Terimalah sayang lagu ku ini
Nyanyikan lah di kala rindu
Ku takkan selamanya disampingmu
Namun hati ini tetap di hati mu.


23/9/2023
IAB Genting highlands.

Saturday, September 16, 2023

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia 

Sejak dilahirkan kita sudah sedar bahawa negara yang tercinta ini dipisahkan oleh agama, bangsa dan daratan.

Kita diajar tentang perpaduan untuk jadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera. 

Setelah 66 tahun merdeka, kita telah berjaya menyemai rasa cintakan perpaduan untuk menikmati kestabilan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan lain-lain.

Kebelakangan ini, timbul satu kerisauan setelah media sosial dianggap satu lagi platform cetusan rasa yang tidak menghiraukan perasaan dan sensitiviti sesama rakyat Malaysia.

Pilihan raya sudah sampai kepada medan peperangan dan bukannya tempat membuat pilihan untuk kecemerlangan negara.

Semoga kerajaan perpaduan akan dapat membina kembali perpaduan rakyat negara ini.

Friday, September 8, 2023

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Luncuran
Kata kata keramat 
Asbab kemuliaan insan
Tabalkan pegangan utuh
M.A.D.A.N.I.

Nyalakan tekad karamah insan
Yang terdidik akan memacu
Yang tersilap akan kembali 
Yang gusar akan diyakini
Yang menyahut akan terus membara 
Demi sirna Harapan

Kalungan yang membelit dunia
Menjadi saksi dinamiknya dunia
Jati diri mereput
Semangat jiwa meluntur
Hasad dan fitnah seperti puing-puing berterbangan
Kita sedang dicarik-carik
dikoyak-koyak oleh jisim penunggang

Ayuh! Jadikan kemerdekaan
Kita telah kecapi 
Toleransi dijunjung tinggi
Perpaduan seakan digapai
Tiba-tiba 
Tiba-tiba jarum dicucuk 
Lalu mata menjadi buta
Telinga menjadi tuli

Jangan biarkan kemerdekaan ini
memisahkan kita semula
Harapan ini harapan semua bangsa
Tekad ini tekad demi perpaduan
MADANI memandu
Sederap kita berlari
Demi negara yang tercinta
Pucuk telah jelas menjunjung ke langit
Akar wajib menunjang ke bumi
Buah pasti akan manis
Hilang segala kepahitan
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.