Wednesday, January 17, 2018

12 minggu selepas cabgx2

Tidak terkira rasa gembira di hati selepas hari demi hari menunggu saat tibanya minggu ke 12. Mengapa demikian, oh ya! Minggu ke 12 sangat signigikan dalam kehidupan selepas pembedahan jantung.

Kalau kita membaca maklumat di laman web yang ada samada di dalam negara dan banyaknya di luar negara, kita akan mendapati cardiologist akan menyarankan agar kita dapat kembali melakukan aktiviti harian seperti yang kita pernah lakukan sebelum pembedahan.

Bagi meraikan genapnya minggu ke 12 ini, marilah kita sama sama menjalankan pemeriksaan untuk kembali aktif dan hidup sihat.

Dengan menggunakan tanita body composition analyzer TBF 300 saya mendapati bahawa berat 79.7 kg adalah gabungan 23.9 peratus lemak , air sebanyak 44.4 kg dan lemak dibawah kulit adalah 19.1 kg. Begitulah yang aku faham.
BMI di paras 27.6 beerti aku adalah overweight.

Bermula di hari ini ada sesuatu yang ketara perlu diperhatikan iaitu makanan yang di makan hanya sekadar 1597 kcal. Ini bermakna sekali makan dalam 400 iaitu sekeping roti canai dan segelas teh tarik kecil. Itu dari segi kalori bukannya sihat atau tidak makanan yang diambil.

Kalau dah minum 4 gelas teh tarik sehari maknaya hampir separuh dari keperluan ku sehari.

Saranan yang boleh diambil berat ialah cuba gunakan apps yang mengira steps kita. Kalau tiap hari 8000 langkah dah satu kepuasan awal. Kalau belum cukup maka kita akan berusaha untuk cukupkan samada berjalan di pasar malam atau ke surau.

Kebetulan bertanya rakan zip yang dah 10 tahun melalui pengalaman yang sama, beliau menyatakan kadang kadang masih terasa di dada tanda kenangan dan ingatan kepada doktor bedah di IJN atau di mana sahaja. Parutnya masih ada dan sakitnya masih terasa. Oleh itu sentiasa lah positif dan redha bahawa kita diuji begini dan orang lain juga ada ujian masing-masing.

Hanya pada Mu kami berserah dengan kudrat dan usaha yang kami ada untuk kembali ke lapangan masing-masing. Allahuakhbar 3x

No comments: