Sunday, May 24, 2009

Terima kasih sahabat SMK G__ __ __

Berdebar-debar memikirkan tujuan hari ini untuk mengutip data daripada responden walaupun semuanya ku kenali kerana di situlah aku bersama-sama mereka sejak tahun 2002 sehinggalah Ogos 2007. Apakah agaknya sambutan yang akan ku terima. Awalnya, perancangan adalah untuk menggunakan masa perhimpunan pagi kerana semua guru akan berada di tempat yang sama. Hati kecil menolak idea tersebut kerana kurang sesuai untuk menganggu majlis rasmi.

Keputusan di buat untuk pergi ke sekolah tersebut pada pukul 9.30 pagi. Sebaik sampai di sana, sudah ada 6 orang guru sedang minum di belakang kantin, tempat keramat kerana sudah bertahun, pelbagai cara sudah dibuat untuk menghalang guru berkumpul sambil merokok di situ. Pindahkan meja dan kerusi hanya bertahan dua hari dan akhirnya kembali mereka berada di situ ibarat biduk berlalu kiambang bertaut. Sukarnya untuk mengubah cara hidup mereka di sekolah. Bismillah.... aku keluarkan soal selidik dan pen yang sudah dibeli di kedai universiti. Sejam aku berada di situ akau telah berjaya mengumpul 15 respon. Selepas itu keyakinan diri mula bertambah dan menjelang pukul 1.30 , aku telah berjaya mengutip sejumlah 65 respon dan tinggal hanya 10 respon yang belum diberikan kerana tidak berjumpa dengan guru-guru tersebut.

Daripada percakapan dengan guru-guru, rupanya mereka masih kabur dengan model-model pengajaran seperti kontekstual, konstruktivisme dan pembelajaran masteri. Percuma (Bahasa Indon) sahaja kursus demi kursus diberikan sejak 2002-2004 kepada mereka.

Besok, sekali lagi aku akan ke sana dan insyaallah semuanya akan beres dan terima kasih sahabat.

4 comments:

Jubah hitam said...

Tahniah kerana anda tidak ada sebarang masalah untuk mengutip data. Esok pastikan anda menggunakan teknik ESQ pula untuk menambah keberkesanan pengutipan data seperti yang diajar oleh Pak Ari IAB

Vivian Woo said...

Tahniah, Pak War kerana berjaya mengutip majoriti soal selidik. atas nasihat Pak War saya telah edarkan soal selidik pada hari Jumaat. Insya Allah dapat kutip balik pada hari Selasa ini. Pengetua di sekolah memang baik dan kaunselor yang tolong saya edarkan. Sangat berterima kasih kepada sekolah kajian kerana memberi sokongan moral.

abgjan.com said...

Sahabat jarang kecewakan sahabat, sebagaimana pak war tak mengecewakan sahabat kat iab dan ipk. u get back what u give

nazreenns said...

Congratulation, u r a nice and caring person to everybody as far as i'm concerned. So u deserve the same from others. Keep up ur good personality and u'll be a good leader.