Saturday, May 23, 2009

Bila Menteri Berkata-kata.........


Bila Menteri berkata-kata maka angan-angan akan berputik di sana sini oleh siapa yang berasa dirinya berkaitan. Sebelum ini, Menteri Pelajaran telah memperkatakan tentang aktiviti sukan sekolah dikaji semua( Lihat foto ). Menurut beliau suasana sukan di sekolah tidak seperti dulu,iaitu di zaman beliau.

.... ini zaman cucu Menteri Pelajaran.... takkan nak sama kot. Cuba kita buat pertandingan permainan video... lihat sambutannya.

Kemudian, hari ini dikhabarkan untuk ditubuhkan Institut Perguruan Sukan dgn tujuan melatih jurulatih sukan dan pegawai teknikal sukan.

....jika graduan PJ di sekolah sekarang ini dianggap dubur (penting tau! Tak boleh berakpun susah) berbanding subjek lain yang menjadi mata, hidung dan sebagainya, jangan pula pegawai teknikal nanti tidak lebih sebagai tukang potong rumput.. jangan kita hanya merancang tanpa ada perbincangan dgn pihak-pihak lain kerana kerja tanpa mesyuarah tidak ada keberkatan.

4 comments:

Maswafi Abd Samat said...

Biasalah golongan pemimpin, bila nak laksanakan sesuatu tidak membuat perancangan yang jadi mangsa penjawat awam sebagai pelaksana.

Di Malaysia belum realistik untuk mebuat IPG-PJ kerana ramai Guru Besar tidak memahami falsafah pendidikan tentang pentingnya sukan dalam pendidikan. Silap-silap gru yang terlatih dengan sukan itu cuma mengajar moral, muzik, pendidikan kesihatan,dan pendidikan seni.

Jubah hitam said...

Biasalah ucapan dari mulut menteri "kita akan kaji perkara ini". Habisnya kajian tinggal kajian saja

Yati Wahab said...

Itu la bezanya pemimpin yang menjadi model dengan pemimpin yang nak jadi model...

Itu la semua kenangan silam menjadi nostalgia yang sukar dilupakan keseronokan...just imagine panjat pokok pun ada pertandingan....memang seronok..

itu yang pak menteri nak suruh anak cucunya merasa macam zaman dia...

bagaimana kita nak hidupkan kegemilangan sukan jika ibu bapa di rumah pun tak minat bersukan...sengaja cari rumah depan padang senang nak main dan bersenam tapi....setiap pagi minggu...padang lengang saja yang ada warga tua yang sudah sakit jantung berjalan perlahan-lahan bersama pasangan...yang muda di mana??? jogging di katil...mungkin..

anak-anak pula ada sukannya...berlawan racing car...main bole sepak...beradu kekuatan...tapi semuanya maya...duduk sepanjang hari ...badan pun dah membesar saiznya...

Zaman dah berubah pak menteri kena kaji sukan yang lebih menarik dan sesuai dengan anak-anak zaman kita...

maghi kita ajak pak menteri main kriket pakai buah pinang...pasti dia suka...

Rossa Manja said...

kalau nak, rossa boleh ajar senamrobik , tentu budak sekolah seronok.