Saturday, May 30, 2009

Kemana anda hari ini ?

Hari Sabtu sering dianggap sebagai hari untuk berehat setelah bekerja sepanjang minggu. Bagi seorang pelajar semester khas, setiap hari adalah hari belajar dan disarankan penggunaan masa 2 jam diperuntukkan bagi menyiapkan projek penyelidikan yang tinggal hanya 23 hari lagi sebelum dihantar untuk pemarkahan.

Hari ini, kami berada di perpusinspekep (pinjam cara Indon) bagi menyiapkan sebahagian analisis data untuk melengakpkan bab 4 kajian berasaskan sekolah. Seronok bermain dengan angka apabila data telah sedia dikutip. Kita patut bersyukur kerana hajat untuk mengutip semakisma data dimakbulkan kerana mungkin ada kawan yang tidak mampu untuk mencapai 75 % daripada soal selidik yang diedarkan.

Tahniah untuk semua yang telah berjaya menduduki peperiksaan sem 2 dan mendapat keputusan semalam. Itu adalah permulaan untuk kita menghadapi cabaran apabila melangkah keluar. Jika kita mempunyai kasut Adidas , lompatlah macam Adidas. Jika kita mempunyai kasut BATA, lompatlah dan jangan bandingkan dengan kemampuan pemakai Adidas. Yang malang seklai, jika kita berkasut Adidas tetapi kemampuan hanya sekadar kasut "toreh" yang dipakai semasa melawat Pensiangan-Salinatan. Semua nanti akan saling bersahutan; katanya 3.++++ tetapi satu apapun tak mahu dibuat. Ingat Azhan, jangan malukan IPK dan IAB.

Selamat berjaya.

4 comments:

Jubah hitam said...

Alhamdulillah! sekolah kajian saya memberi kerjasama yang penuh untuk menjawab soal selidik, cuma 1% sahaja yang "pala pengat" tidak mahu bekerjasama.

Vivian Woo said...

Hari ini Flower Power tidak ke mana2. kat rumah baca buku Dr. Chua masih dalam proses memahami Ujian Mann-Whitney U yang dicadangkan oleh Dr. Flower Power setuju dengan PakWar 3.++++ tidak melambangkan apa2. yang paling penting adalah adakah kita ada DRIVE, passion apabila balik ke sekolah nanti. kalau tidak ada perubahan seperti lewat ke sekolah, menolak kerja, tidak menunaikan janji pandai cakap sahaja, bagi arahan je, duduk di atas kerusi berpusing2 je, bagaikan tak pernah hadir kursus.

Pakwar said...

pakwar telah menggunakan sepanjang siang untuk membuat jadual bab 4 dan telah menjawab semua soalan kajian

nazreenns said...

tahniah kerana telah berjaya menjawab semua soalan bab 4. Semoga usaha seterusnya membuahkan hasil. Kejayaan akan tetap bersama orang-orang yang sabar. Kini saya pun masih memperbetulkan hasil tulisan dalam bab 4 sebelum diserahkan kepada Dr Chua untuk dibaca dan diperbetulkan sebelum 22 june nanti.