Tuesday, May 26, 2009

Amuk di Sekolah: Apakah langkah berjaga2

Cuba baca berita di bawah dan tentukan samada elemen berjaga-jaga telah dipenuhi oleh pihak sekolah ?

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila menyerang dan menampar seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun berulang kali di sebuah sekolah, dekat sini, ketika waktu persekolahan berlangsung hanya kerana mendakwa mangsa mengganggu anaknya, Rabu minggu lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, wanita terbabit menceroboh kawasan sekolah berkenaan sebelum menyerang kanak-kanak malang itu yang sedang belajar.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa di hadapan seorang guru dan 35 murid lain tanpa segan silu.

Ibu mangsa, Noor Quiah Ismail, 39, berkata tindakan itu memang satu perbuatan keterlaluan kerana anaknya itu masih kecil.

“Budak-budak bergaduh adalah perkara biasa...kenapa ibu perlu turut campur tangan? Jika kena cara penyelesaiannya saya tidak marah, sebaliknya bersetuju.

“Setahu saya, wanita terbabit menampar anak saya lebih tiga kali selain menolaknya hingga jatuh hanya kerana dia mengganggu anaknya ketika sambutan Hari Guru sekolah berkenaan, Selasa lalu.

“Jika itulah puncanya, ia satu tindakan bodoh dan biadab,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anaknya itu di hadapan semua murid dan seorang guru.

“Biarpun ditenangkan guru berkenaan, wanita itu masih menggoncang tubuh dan menikam badan anak saya dengan jari bagaikan orang gila.

“Anak saya bernasib baik kerana wanita itu berjaya ditenangkan beberapa guru lain,” katanya.

Noor Quiah berkata, dia kesal dengan sikap pihak pengurusan sekolah terbabit yang merahsiakan kejadian itu biarpun anaknya itu mengalami bengkak pada kiri muka.

“Saya hanya tahu mengenai kejadian itu ketika mengambil anak pulang. Mereka sepatutnya memberitahu kepada ibu bapa sekiranya berlaku sebarang musibah kepada anaknya...kenapa perlu dirahsiakan,” katanya.

Noor Quiah membuat laporan di Balai Polis Travers di sini selepas berang dengan sikap pengurusan sekolah terbabit yang tidak mengambil sebarang tindakan kepada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut.

3 comments:

nazreenns said...

itulah realitinya persekitaran sekolah kini, walau bagaimana canggih pun langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak sekolah, masih juga akan berlaku 'breach. Ibu bapa pun sudah mula hilang pertimbangan diri dalam mendidik anak-anak dan terlalu mengikut perasaan. Apa-apa pun.. cabaran menjadi seorang pengetua itu amat tinggi.

Jubah hitam said...

Pengurusan tetap dipersalahkan kerana merahsiakan murid yang mengalami kecederaan kepada ibu-bapa

Yati Wahab said...

Sekolah seharusnya perihatin dengan permasalahan ini. Pertimbangan pihak sekolah haruslah waras dan mengambil tindakan segera agar ianya tidak berlarutan. Jika pengurusan lepas tangan maka ada orang yang akan ambil tanggungjawab untuk mempastikan tangan guru besar snetiasa tergemgam erat... mennyesal..mungkin..