Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri buat kali pertama berucap sempena sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Taman Tamaddun Islam di Kuala Terengganu. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri di atas ucapan tersebut dan memberikan ruang-ruang kepada guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk mendapat tempat yang sewajarnya melalui kenaikan pangkat sehingga ke tahap Jusa.
Guru adalah merupakan kakitangan kerajaan yang mempunyai peratus tertinggi dan sewajarnya mereka diberikan keutamaan sejajar dengan jumlah mereka yang ramai dan merupakan asas kepada pembangunan bidang-bidang profesional yang lain di negara kita. Dari dalam kelas, guru mendidik anak bangsa sehingga mereka menjadi pakar dalam pelbagai pekerjaan yang akhirnya meletakkan negara ke satu tahap yang sama dengan negara lain yang maju. Sistem pendidikan kita hendaklah ditentukan melalui pengalaman dan pengetahuan kita tentang anak bangsa kita sendiri. Meniru cara dan kaedah daripada bagsa lain belum tentu menjamin kejayaan anak bangsa. Contohnya yang jelas ialah di dalam negara kita sendiri yang mempunyai pelbagai kaum juga menpunyai cara yang berbeza untuk belajar. Sistem pendidikan yang digunakan oleh negara ini kelihatan seperti memberikan penekanan yang melampau kepada peperiksaan sehingga ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ynag berada di tahun 1 ke pusat tuisyen. Ini berbeza dengan negara lain yang diakui oleh beberapa rakan yang berada di sana. Anak-anak mereka suka ke sekolah kerana tidak ada beban yang di kenakan kepada mereka dan sekolah adalah tempat yang paling seronok. Adakah negara kita perlu mengubah sistem pendidikan kerana ingin meniru atau itulah kehendak daripada semua pihak ? Sempena hari guru 16 Mei ini, maka sewajarnya kita melihat isu yang penting dalam pendidikan kita sebelum kita berhasrat mengubah apa yang telah dilalui sejak merdeka. Daripada kurikulum lama ke KBSR dan KBSM kita melangkah dan menghasilkan anak bangsa yang telah mengharumkan negara ke serata dunia samada di dalam bidang sains mahupun teknologi. Adakah kita masih merasakan bahawa sistem pendidikan kita adalah pincang dan perlu diubahsuai ?
Apa yang telah berjaya tidak perlu diubah kerana hasilnya telah diperolehi dan kita telah mengecap kejayaan itu? Kita tidak gagal dlaam sistem yang kita terapkan ini cuma perlu dilengkapkan dengan sedikit suntikan kepada masyarakat bahawa yang hebat itu bukan hanya sains dan teknologi semata-mata. Jika di dalam kurikulum lama , pelajar jurusan sains bagaikan anak raja berbanding rakan daripada jurusan sastera. Apabila berkerjaya, rupanya rakan aliran sastera ini merupakan boss kepada rakannya yang menjadi jurutera semata-mata kerana beliau menyambung pelajaran dalam bidang pegurusan di universiti.
Masyarakat seharusnya mengubah persepsi bahawa hanya doktor dan jurutera kerjaya yang hebat dan perlu kepada masyarakat. Seorang penebang pokok di Belanda begitu berbangga denga kerjaya sedangkan di Malaysia , seorang guru akan berkata bahawa "kerjaya saya hanya seorang guru".
Ini semua adalah kerana kita bukannya sistem kita. Kita suka menggunakan kata-kata bahawa apabila pandai belajar akan menjadi doktor. Apabila pandai belajar, murid-murid akan menjadi jurutera sedangkan 90 % daripada murid yang ada di depan kita adalah bakal mewarisi pelbagai kejayaan.
MArilah kita mengubah cara kita mendidik anak bangsa. Didiklah mereka dengan memberikan ilmu yang diperlukan untuk hidup dan mereka akan buat apa saja ynag terbaik bukan kerana kerja itu doktor atau jurutera tetapi kerana mereka adalah bekas murid yang terdidik daripada sekolah.

1 comment:

Jubah hitam said...

Apalah malang pelajar yang cemerlang di sekolah tetapi apabila dewasa mereka berketuakan kepada pelajar yang kurang cemerlang jika dibandingkan dengan mereka.