Saturday, May 23, 2009

Kisah Hari Sabtu

Sarapan pagi di sebuah kedai bertentangan dengan HUSM di tepi SK Kubang Kerian 3 sangat enak. Betullah rasanya saling tak tumpah dengan Kak Wok belakang KBMC. Niat nak berdiet terpaksa ditangguhkan dulu dek tak tahan mencium bau gulai dan ayam gorengnya. Bagi sesiapa yang ke Kota Bharu, jangan lupa singgah bersarapan di sini. Sampai lampu isyarat HUSM, pusing kiri jika anda dari Kubang Kerian.

Selepas sarapan yang kosnya RM 9 untuk dua orang, kami terus ke TESCO untuk membeli beberapa kelengkapan yang lebih murah (simpan juga yang lain untuk dibeli di kedai runcit untuk membantu menjana ekonomi peniaga kecil-kecilan). Tup! Tup! Terjumpa dengan Mr Azlan Kurish, my former teacher and hockey coach. Teringat dia menghadiahkan aku sebuah badge tertulis "Proud to be a teacher" ketika berkursus di Perlis bbrp tahun lalu. Banyak kenangan dengan Mr Azlan kerana kami bersama selama 5 tahun, dialah guru yang banyak memperkembangkan bakat dan dialah juga menjadi musuh kerana pernah menghadiahkan penampar kerana mengesyaki kami merokok selepas kelas Prep. Terima Kasih cikgu, sudi-sudilah menjengok guru-guru PJ di sekolah kerana mereka banyak tersasar dari hasrat kurikulum PJ. Jadilah Nazir yang membantu bukan membungkus kami.

Tak sangka juga berjumpa Encik Ismail , Pensyarah IAB di situ juga. PLC terus berlaku kerana walaupun untuk sekejap, kami masih lagi sempat berbincang tentang dimensi untuk soal selidik.

Selepas zohor , kami menjejak rumah rakan lama yang sama-sama bertugas di Belaga , Sarawak. Rumah baru, kereta baru dan anak baru adalah tema kebanyakan rakan-rakan kami. Cantik rumah bertiang tinggi berwarna hijau melambangkan kedamaian apatah lagi di tepi sawah padi. Angin sepoi meniup muka sambil berborak isu -isu semasa. Tahniah Kamal dan semoga anda terus berkembang tumbuh.

Pukul 4 petang, kami sudah berada di Kuala Besar untuk satu lagi jejak kasih. Mat Yie dengan rumah baru, kereta baru dan anak kembar baru juga lama tidak ditemui. Masih kekal kesliman seperti dulu terkejut melihat kesegaran ku, hehehe. Syukur diketemukan kawan-kawan dan kami berdua membawa rahmat ke rumah yang dikunjungi. Semoga mereka mendoakan kesejahteraan kami berdua. Insyaallah, setiap sahabat akan terus diingati dan setiap musuh tidak akan kekal selamanya. Marilah kita bersama di bawah "Satu Malaysia" untuk terus menjadi penyambung kehebatan anak bangsa.

Pukul 7 petang, aku sudah berada di laptop kerana tidak sabar hendak membaca penulisan dan luahan rakan-rakan kerana aku sudah ketagih untuk berkongsi dan dikongsi. Siapa suka berkongsi akan sentiasa dirahmati kerana kita tidak akan mudah lupa diri....

3 comments:

Jubah hitam said...

Tahniah ! kerana anda telah terpukau dengan konsep satu Malaysia.

cikguparizan said...

Walaupuhn 'Satu Malaysiaa' tak lebih drlpd slogan politik, namun anda telah terkehadapan dalam menanggapi dan merealisasikan konsep tersebut.

Yati Wahab said...

itu yang bestnya dok KB...Jika balik mesti kerjanya makan..makan...dan makan...

satu lagi best boleh buat rumah besar-besar...hey mengidam je lah...

Kena cari teknik persuasion yng lebih menjadi nak pujuk boss balik kampung...