Friday, May 1, 2009

Hotel Vistana 29 Mac2009

video

Ucapan En Azhan bin Anuar
Presiden Kohort 9
IPK UM 2008/09

Terima kasih di atas sokongan daripada semua pelajar yang sentiasa komited terhadap kumpulan. Kekalkan persahabatan yang dibina tanpa adanya batasan masa, ruang dan tempat. Semoga kalian semua akan terus berusaha menjadi yang terbaik kerana kita semua telah terpilih untuk memegang satu amanah yang besar iaitu menjadi pelapis kepada kepemimpinan untuk melahirkan modal insan yang akan menobatkan negara sebagai satu kuasa ilmu , kita tidak mampu untuk menjadi kuasa perang, kita juga tidak mampu untuk menjadi kuasa ekonomi kerana rakyat kita kecil bilangannya tetapi dengan kuasa ilmu , Malaysia akan melangkah jauh meninggalkan negara-negara besar lain. Untuk melahirkan ilmuan memerlukan guru yang ilmuan dan kita telah memilih untuk menyahut cabaran tersebut dan jangan lagi kita menoleh ke belakang kecuali memandangnya dengan menggunakan cermin pandang belakang supaya kita tidak akan tersasar daripada matlamat luhur, suci dan murni.

Selamat Berjaya Kawan , kirimkan berita kejayaanmu.


2 comments:

Jubah hitam said...

Selepas ini kirimkanlah perkembangan masing-masing dalam yahoogroups untuk tatapan bersama

Yati Wahab said...

Harapan, doa dan usaha akan membawa kejayaan walau di mana kita berada...berjaya yang sebenar apabila dapat membawa perubahan kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik...

selamat maju jaya dalam apa jua pilihan anda selepas ini...