Sunday, May 17, 2009

Malaysia Istimewa

Rakyat Malaysia jarang berbangga dengan negara sendiri. Berapa ramai rakyat Malaysia yang sudah melawat Bukit Melawati di Kuala Selangor untuk melihat sejarah yang berlaku di situ berbanding melawat Istana Keraton di Yogjakarta, Indonesia. Batik di negara kita kurang dikenali berbanding batik jawa walaupun terdapat ramai pembatik dari Kelantan dan Terengganu. Kalau anda bukan guru sejarah maka anda boleh dianggap buta sejarah walaupun bersifat lokal seperti sejarah daerah masing-masing. Bila bercakap tentang kesetiaan kepada Raja, maka orang siam lebih dikagumi sedangkan negara ini mempunyai raja-raja yang lebih ramai. Adidas Siam dan Adidas Indon lebih digemari berbanding BATA walaupun kualitinya lebih teruk. Apabila ke negara jiran , kita sanggup ke rumah orang membuat gula kelapa dengan penuh takjub sedangkan itulah juga kerja orang kampung kita. Itulah istimewa rakyat Malaysia

2 comments:

Yati Wahab said...

mulakan dengan diri kita dulu untuk lebih berbangga dengan negara kita..kereta proton..perabot tempatan dan keluaran lain negara...dan kita sebagai guru mampu berperanan menerapkan rasa bangga terhadap negara kelahiran kita kepada anak didik kita...selamat berjuang membina negara bangsa...

Jubah hitam said...

Lepas ni kena makan keropok dan dodol daripada memilih McD n beriani. Utamakan makanan tradisional