Friday, May 29, 2009

Di sebalik sebuah kejayaan...

Inilah wajah sebenar di sebalik setiap usaha dan tindakan yang dilakukan sejak 2 tahun yang lalu. Bermula daripada mengambil borang permohonan dan menghantarnya ke JPN. Bermula daripada menemani ke IAB Utara untuk temuduga sehingga ke hari ini tidak pernah berhenti memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Sejuta penghargaan kepada yang tersayang, Azura Abdul Raof kerana sentiasa yakin dan percaya dengan kemampuan diri ini.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai sebenarnya merupakan tanggung jawab yang amanahkan kepada kita. Marilah kita berdoa agar kita diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang betul.
Di pintu Auditorium Dato' Razali Ismail , mantan Timbalan Menteri Pelajaran yang meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan Besar IAB

Laluan jauh masih jauh, kita berdiri sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

2 comments:

Vivian Woo said...

Kejayaan kita bukan kerana usaha kita seorang tetapi sokongan daripada suami/isteri, ahli keluarga dan kawan-kawan seperjuangan... wish Pakwar and wife berbahagia.

Jubah hitam said...

Untuk menjadi pemimpin yang berkesan maka perlu pastikan badan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit