Sunday, April 1, 2018

Semangat Hari Penjara 228- Satu Kupasan Peribadi

Tanggal 31 Mac 2018 saya mendengar ucapan YB TPM dalam upacara perasmian. Bercakap tentang penjara sebagai tempat pemulihan bukan semata mata dirotan dan dihukum.
Orang ramai ada yang kurang faham tentang bagaimana ukuran kepada program pemulihan yang dijalankan. Ucapan TPM menyatakan ia diukur berdasarkak kadar  residivis yang bermaksud ulangan kesalahan dan kembali ke penjara.

Pegawai yang bertugas di penjara kena faham tugas dan peranan masing masing bagi memastikan kejayaan ini. Berapakah banduan yang ada sekarang sedang menjalani hukuman kali kedua atau lebih. Kadarnya di negara ini sangat kecil peratusnya.

Kita perlu mengorak langkah yang lebih proaktif dalam hal menobatkan jabatan penjara. Program pemulihan telah berjaya adalah benar atau sebaliknya. Satu data siapa residivis dan berapa tempoh hukuman sebelumnya serta kategori kesalahan dapat memberikan data yang mudah untuk diambil tindakan bagi menjamin zero residivis.

Adakah hukuman singkat menyebabkan mereka datang lagi ke penjara atau kategori jenayah mereka yang sukar untuk dihentikan menyebabkan mereka datang bertamu. Mereka selalu menyanyikan lagu rindu bertandang lagi .

Mereka sebenarnya berada di penjara luar dan dalam. Berada di luar pun mereka rasa terkurung dek stigma dan kewangan serta masalah iman. Tiada kebebasan di luar beerti sama saja berada dibalik empat penjuru bisu.

Program pemulihan adalah memerlukan pemikiran ke arah  3 perkara ini.

Pertamanya, stigma masyarakat yang perlu ditangani segera. Berapa ramai daripada kita tahu yang Allah menerima taubat hambanya selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Iklan kepenjaraan yang biasa kita lihat di kaca television adalah hukuman penjara atas pelbagai kesalahan. Banduan adalah sebahagian daripada masyarakat. Siren daripada motorsikal jabatan mengiringi banduan reman  ke mahkamah menunjukkan bahawa setiap aktiviti penjara adalah turut menjadi milik masyarakat.

Iklan kepenjaraan dalam konteks pemulihan perlu sekerap mungkin supaya masyarakat sentiasa memberikan perhatian kepada isu pemulihan untuk banduan. Pegawai penjara bergraduat dalam bidang yang pelbagai tetapi dipaksa berfikir untuk memulihkan banduan. Tidak ada salahnya ilmu yang dipelajari tetapi ada anggota masyarakat yang perlu libatkan diri dalam perkara ini.

Perkara kedua ialah kewangan. Mereka yang dipenjara kewangan  akan melakukan apa sahaja untuk bebas. Bebas mungkin sekadar dapat menjamah nasi 3 kali sehari. Bukan semua orang akan dapat bekerja dan bukan semua orang dapat berniaga tetapi setiap orang perlu memenuhi keperluan fisiologi.

Apa erti berada di luar tembok jika masalah kewangan tidak selesai. Jika masih tergolong dalam kategori fakir dan miskin maka mereka memerlukan bantuan. Pemulihan adalah pemuliham tetapi sesuap nasi perlu gerenti. Mana orang kampung , mana warga daerah , mana PBT dan mana kerajaan negeri. Ini ada anak mukim yang akan bebas, jangan caci mereka dan cela mereka. Elok bagi makan dengan kutipan jumaat supaya dia akan beramal dengan amalan ahli syurga.

Yang ketiga, pemulihan keimanan. Seorang tidak mencuri jika mereka beriman sebagaimana sabda Rasul. Kenapa peratus orang islam tinggi? Kita telah lupakan 1 & ingat 1. Kita ingat ajak orang buat perkara makruf tetapi lupa untuk ajak orang elak munkar.

Senario ini semakin menjadi di luar tembok. Media sosial sangat luas pengaruhnya. Keimanan akan terhakis sedikit demi sedikit. Akhirnya manusia mudah terjebak dengan perkara sia sia yang boleh menyebabkan mereka dipenjarakan.

Apa peranan pegawai di penjara ialah kembalikan kekuatan iman mereka. Tidak merompak orang yang ketika itu mempunyai iman di hati.

Pengajaran di tempat orang bukan muslim lebih baik kerana barang tertinggal tidak dicuri. Bukan kita salahkan agama tetapi mungkin keperluan asas untuk hidup mereka telah dipenuhi.

Pemulihan untuk kurangkan residivis akan tercapai dengan tansformasi yang dilaksanakan bersama tetapi ucapan TPM adalah melampaui residivis.

Ia ibarat rumah yang usang dicuci.dan dicat serta dimasukkan perabot untuk dijadikan homestay.

Banduan hukuman singkat perlu ada jaminan kelangsungan hidup daripada ahli masyarakat, jaminan kelangsungan mengatasi kefakiran dan jaminan amalan ahli syurga.

Banduan hukuman lama perlu ada peluang berbakti kepada masyarakat dalam konteks lebih luas seperti pekerjaan berkemahiran, perlu ada bekalan kewangan yang mencukupi hasil apa yang dikerjakan di dalam penjara dan telah sedia beramal sebagai.amalan ahli syurga di hari pembebasan.

"penulisan ini adalah pandangan penulis semata mata dan tanpa ada niat yang boleh menjejaskan imej jabatan."

Saturday, March 31, 2018

Apa Fikir Ku 7

Penilaian holistik akan mampu menerjah potensi individu kerana setiap insan ada hari masing masing

Thursday, March 29, 2018

Keseimbangan dan Keadilan

Seimbang sama tak dengan adil? Macam mana nak bezakannya. Adakah seimbang bermakna sudah adil. Adakah adil bermakna seimbang.

Dalam islam, adil bermaksud kena pada tempatnya. Seimbang pula boleh jadi sama rata.

Kalau kita laksanakan pertandingan, adakah adil dan seimbang boleh berfungsi ?

Bila kita buat pertandingan, ia mesti adil sebagai asas utama. Maksud adil disini kita berikan peluang kepada semua yang terlibat untuk menyertainya. Memberikan hadiah kepada yang tidak sepatutya maka ia sudah jadi tidak adil. Ia bergantung kepada apa yang dimatlamatkan.

Kalau ekspektasi tinggi, maka berikan pada yang rendah adalah tidak adil.

Kalau ada nombor satu, dua dan tiga, maka berikan sama rata juga tidak adil.

Seimbang pula , kita nak semua pihak merasa. Ia mungkin tidak adil tetapi sesuai jika ia bukan pertandingan.

Hari ini katakan kita anjurkan pertandingan memancing, adillah kita jika semua orang berpeluang untuk menyertai pertandingan. Adil lah jika ikan besar dapat hadiah lebih lumayan. Ia juga seimbang sekiranya ada pelbagai peluang untuk menang.

Akhirnya adil dan seimbang adalah milik yang berjaya manakala yang gagal atau kurang berjaya akan rasa tidak adil dan tidak seimbang.

Wednesday, March 28, 2018

Apa Fikir Ku 6

Bezakan minat dan kebolehan. Ramai orang gagal kembangkan minat tetapi kebolehan boleh bawa kejayaan.

Tuesday, March 27, 2018

Apa Fikir Ku 5

Kehebatan datang dengan sinergi setiap ruas sendi dan diliputi kekenyalan otot yang dikawal oleh minda yang kuat

Monday, March 26, 2018

Apa Fikir Ku 4

Kesederhanaan tidak akan menjadikan seseorang itu penting untuk sesiapapun melainkan sekadar pencukup kepada nafsu orang lain semata-mata.

Sunday, March 25, 2018

Apa ada pada tembikai

Suka buah tembikai? Pernahkan berfikir dan membina skema sendiri tentang buah tembikai.

Warna di luar adalah hijau yang melambangkan kesegaran pada mata. Mata yang dilatih melihat hijau akan sentiasa sihat kerana tiada tekanan padanya semasa memandang setiap kehijauan.

Bentuk asalnya bujur dan bulat membawa kepada maksud permuafakatan dalam setiap kerja dan perkongsian. Semua akan dapat merasakan sesuatu yang sama.

Isinya lembut dan berair kerana kita datang begitu atas kehendak pencipta. Walau macam mana kuat dan mantap diri kita, kita masih ada kelembutan. Jangan sia siakan airnya yang menambah nikmat kehidupan.

Namun begitu, biji yang keras adalah abstinence yang patut ada pada diri kita. Kebolehan menolak adalah penting supaya kita tidak jadi munafik. Berjanji dengan banyak orang pada masa yang sama bermakna akan ada yang akan dimungkiri. Kita dah jadi munafik.

Akhirnya segelas air tembikai adalah nikmat di waktu panas dan kering.

Apa fikirku 3

Pada setengah perkara, kita perlu berundur sedikit untuk mendapat kesan yang ketara

Saturday, March 24, 2018

Set pink naik LRT

Nak ke Shah Alam tapi dengan pengangkutan awam. Yang paling dekat ialah dengan MRT kerana stesennya hanya 1/2 km daripada rumah.

Bayaran RM 4 untuk seorang sehingga ke stesen muzium negara. Cadangannya nak naik ktm sambung ke shah alam. Bila dah turun kat muzium langsung mencari jalan keluar. Pening juga bila tiada teksi macam tempat berhenti yang biasa. Alahai lintas ke st regis, bunyi macam kat London pula ye.

Try la guna uber, perghh kesilapan semalam masa booked untuk my wife masih terhutang. Allah Maha Kaya, ada seorang jejaka hensem bantu kami dengan gunakan grab.

Saya bangga kerana masih ada insan yang membantu ketika aku dalam kesusahan. Syukurnya Ya Allah dan Terima Kasih ku ucapakan pada Mu.

Sekarang, kami dalam perjalanan dengan Grab yang dipandu oleh Shanti, pemandu wanita yang tenang dan mungkin atau pastinya tidak mengetahui apa yang sedang bermain di dalam dadaku.

Pengalaman ini aku pelajari dan fahami, ia bukan sesuatu yang sia-sia asal saja kita lapangkan dada untuk mengambil pengajaran.

Apa fikirku 2

Pengalaman akan menempatkan kita di tempat yang tinggi jika kita belajar setiap kalinya

Friday, March 23, 2018

Apa fikir ku 1

Sarana yang betul akan melonjakkan potensi diri

Go beyond with correct tools

Thursday, March 22, 2018

Dentuman Malam

Malam itu kami ke Wakaf Che Yeh pada tanggal Ahad 19 Mac. Susah betul nak dapat parking memandangkan musim cuti sekolah.
Tak beli apa pun kerana rasa pening dengan ramainya orang dan kami baru sampai dari KL.

Dalam perjalanan balik, kereta dipandu perlahan sambil menikmati lagu daripada klasik fm.

Ada seekor anak lembu bermain tepi jalan dan tidak mengerti tentang peraturan di atas jalan raya.

Ia melompat dan menerpa ke arah ku dan kereta tidak dapat dielak lagi. Dum! Dentuman malam.

Saturday, March 17, 2018

Malam

Malam yang panjang adalah untuk kita
Bukan untuk sesiapa tetapi untuk kita
Detik yang sama namun rasanya berbeza
Kerana setiap insan ada caranya

Malam yang indah tidak bersuara
Walau di kala itu terpejam setiap mata
Mengejutkan setiap diri yang terlena
Untuk bangun dan sujud kepada yang Esa

Gelap gelita menjadikan tidak terperi
Hanya insan terpilih dapat mengerti
Malam yang indah untuk diisi
Rintihan dan taubat kepada Ilahi

Inilah kisah kehidupan malam
Yang indah akan berakhir dengan salam
Agar diterima Sang Pencipta Alam
Munajat ku di sepertiga malam

Friday, March 16, 2018

Golden Opportunity

Semalam kami menganalisa keputusan SPM 2017 bagi sekolah dalam kawalan Jabatan Penjara Malaysia. Seramai 144 /156 akan bebas nanti dengan memiliki sijil SPM. In sha Allah akan ada ruang untuk mereka memohon pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Walaupun begitu, ada juga yang gagal tetapi mereka telah kami bantu dengan program pemulihan yang menyediakan mereka sebagai bakal ahli jannah.

Ada juga yang mengikuti program kemahiran yang bersijil dan lebih penting bagaimana mereka akan survive nanti di luar tembok besi.

Paling tidak, mereka telah bebas dadah, jenayah dan kesalahan dalam konteks negara kerana berada dalam kawasan yang terkawal rapi.

Bagi saya, mereka bukan saja mendapat peluang kedua tetapi sebenarnya peluang keemasan yang menagih komitmen kewangan yang agak besar sekiranya mereka berada di luar sebagai remaja.

Tuesday, March 13, 2018

Keluk Taburan normal

Perbincangan ini bukan subjek statistik tetapi tentang nasib dan masa depan. Taburan normal bermakna akan ada di golongan yang berkumpul bersama menunggu keputusan hakim yang maha adil. Bagaimana hendak dikaitkan dengan kehidupan kita di dunia. Gambarannya ada di dalam surah al waqiah. Allah SWT telah memberitahu kepada kita semua bahawa terdapat 3 golongan manusia di akhirat nanti. Golongan dekat, golongan kanan dan golongan kiri. Taburannya ialah sedikit pada golongan dekat untuk umat akhir tetapi ramai daripada umat terdahulu, golongan kanan ramai daripada kedua dua zaman. Yang mesti dielakkan ialah menjadi golongan kiri. Itulah keluk taburan normal. Yang ramai di tengah, yang ekstrim tidak ramai tetapi ada.
Sebagai pemimpin, kita tidak patut sediakan keluk taburan normal dan masukkan subordinat untuk mengisi ruang dalam keluk. Sudah tentu ada yang ekstrim di bahagian kiri yang perlu dipancung.
Keluk taburan normal ini hanya dijadikan tov untuk tingkatkan prestasi mereka. Cara penyeliaan perlu berbeza untuk setiap individu dalam taburan yang berlainan.
Kita mahu semua orang berjaya di dunia hingga ke syurga melalui rahmat Allah.

Monday, March 12, 2018

Kejiranan

OLain padang lain belalang, lain kejiranan lain cara rutin harian. Apabila kita tinggal di kejiranan rumah teres, maka ada beberapa perkara yang kena perlu ingat dan lakukan. Yang pertama, kita berkongsi dinding rumah. Jangan syok sendiri nak ketuk dinding tanpa mengira masa kerana itu juga dinding jiran kita. Yang kedua, haiwan peliharaan kita hendaklah tidak menyusahkan jiran seperti kencing dan berak dalam kawasan rumah jiran.
Yang ketiga, tempat parking diluar rumah mungkin perlu dikongsi bersama. Jadi, hidup berjiran boleh bawa dosa dan pahala. Ini belum lagi tugas dan hak jiran kepada jiran lain mengikut islam.
Biarlah berabis sikit asalkan kita tidak menyusahkan jiran.

Friday, March 9, 2018

Tazkirah Jumaat

*Tazkirah Hari Ini
.
Jangan kamu berasa hasad kepada seseorang atas nikmat yang dia perolehi,  sesungguhnya kamu tidak tahu, apa nikmat yg bakal Allah ambil darinya.
.
Jangan kamu rasa sedih atas musibah yang menimpa kamu, sesungguhnya kamu tidak tahu apakah yg bakal diganti oleh Allah atas musibah tersebut.
.
*(Syeikh Mutawalli Al Sya'rawi)*

Terima kasih sahabat Abang Jan atas peringatan ini. Semoga aku tergolong dalam kumpulan orang yang sibuk mengerjakan kebaikan

Thursday, March 8, 2018

Merdu Suara di Waktu Dhuha

Terdengar kicauan burung di pagi hari
Di kala terbitnya mentari pagi
Sedang manusia berpergian kesana dan ke sini
Demi mencari rezeki sesuap nasi

Sang mentari menyinari bumi
Tidak sesekali ia berhenti
Kerana ada makhluk ciptaan Ilahi
Sedang menanti janji yang pasti

Oh tuhan di waktu dhuha ini
Aku bersujud memohon dari hati
Limpahilah diri kami ini
Dengan rezeki yang mencukupi

Setiap hari burung tetap menyanyi
Kerana percaya akan rezeki diri
Terbang bebas di bawah sinar mentari
Di waktu pagi yang indah ini

Wednesday, March 7, 2018

Pengajaran Ola Bola

Terima kasih JKKN yang memberikan tiket untuk menonton teater muzikal ola bola di Istana Budaya.

Banyak pengajaran yang aku dapati dalam masa 2 jam 45 minit.

1. Sinergi terbentuk apabila I cover u u cover me.

2. Usaha tangga kejayaan tetapi tanpa ibu bapa sokongan akan membawa rebah

3. Seluar dalam tanpa lubang memang tak boleh pakai walau depan atau belakang bermaksud kelemahan bukan segalanya

4. Irama dan lagu berpisah tiada walau dalam sukan. Irama yang merdu dan lagu menyentuh jiwa akan mewarnai kehidupan yang indah

5. Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita yang sentiasa teguh menyokong

6. Orang yang senang semasa kecil adalah drama yang sukar dicipta kerana kejayaan sepatutnya milik mereka bukannya mimpi kelkatu ke bulan.

Monday, March 5, 2018

Tarik khalayak

Apakah amalan yang anda rasakan terbaik di pejabat untuk berjimat cermat. Di sesetengah tempat kita dapati mereka akan menutup lampu pada waktu rehat tengahari.

Bagaimana pula dengan program yang kita rancang? Ada kalanya ditolak kerana kurang bajet atau program hanya mendapat peruntukan yang maha sedikit. Itulah lumrah dalam organisasi. Peruntukan yang diberikan adalah berdasarkan kepada penting atau tidak kepada samada kedudukan ketua ataupun khalayak.

Bila hampir dengan pilihanraya, banyak program yang mudah diluluskan apabila ada kaitan dengan wakil rakyat.

Bagaimana kita ingin ketelusan dalam hal ini? Sebagai ketua, wakil rakyat atau pemimpin, apa kita nak katakan kepada kelulusan peruntukan begini.

Menarik khalayak dengan wang dan peruntukan besar akan nampak mudah kerjanya.

Saya terfikir juga , kalau wang atau harta adalah untuk menarik khalayak maka Rasul senanglah ada khalayak dengan kaedah wang dan harta benda. Tetapi tidak begitu.

Oleh itu, jangan guna wang untuk dapat pengikut kerana ia bukan amalan Rasul.

Friday, March 2, 2018

Adakah sekali lagi

Pengalaman kerja sejak 1998 ingin dikongsikan pada hari ini. Skop perbincangan adalah tentang peluang yang tidak menjadi. Peluang apakah yang ingin dikongsikan. Peluang yang dilepaskan kerana tiada rezeki untuk ku. Mula-mula aku berkhidmat di satu lokasi kerja yang pada masa itu hampir siap bangunannya. Apabila dah siap, aku berpeluang untuk mempunyai bilik sendiri tetapi akhirnya aku berpindah.

Selepas itu, aku sekali lagi berada dalam situasi pembinaan bangunan baharu. Kali ini aku turut berpeluang memainkan peranan dalam konsep organisasi yang dalam pembinaan. Bermula dengan pecah tanah hingga lah doa selamat masuk pejabat aku ada di situ tetapi aku juga tidak sempat merasakan berada dan bekerja di bangunan baharu itu kerana berpindah ke tempat baharu.

Sekarang aku ada lagi peluang untuk merasakan bangunan baharu yang akan digunakan bermula seawal April atau Mei. Adakah aku akan merasakannya? Hanya Allah yang tahu

Thursday, March 1, 2018

1 Mac 2018

Dah seminggu tak update blog dan rupanya dah masuk bulan Mac. Seminggu yang berlalu begitu cepat dirasakan kerana ibu bapa ku datang ke KL untuk beberapa acara. Hari Sabtu mereka sampai dan kami ke majlis bacaan yasin dan tahlil di rumah sepupu yang kehilangan suami.

Hari Ahad pula secara kebetulan ada kenduri cucu saudara ayah. Bahgianya ku melihat ayah dapat berjumpa kakak dan sepupu serta anak saudara yang semua jarang berjumpa satu sama lain.

Hari Isnin aku bawa mereka ke Pusat Rawatan Islam di Kampung Bharu temujanji dengan Datuk Dr Shahadan pakar Rheumatoid. Aku juga tumpang sekaki dan rupanya berita kurang baik aku terima selepas xray pinggul ku. Ia dipanggil apa ye.. lupa pula.

Dr cadangkan aku buat operation tukar sendi lesung dengan artificial. Wow, tak tahu apa nak dikato.

Ibu pula ada saraf terkepit dan ayah kena makan ubat.

Hari Selasa hingga khamis ada banyak hal yang aku kena uruskan di pejabat sehingga aku rasa setiap detik amat penting dan seperti biasa golf selepas kerja untuk kesihatan.

Friday, February 23, 2018

Kapal dan tikus

Malam tadi sekali lagi kami berkumpul sebagai ahli kelab. Aktiviti yang dijalankan adalah membacakan sebuah cerita. Aku memilih cerita atau kisah di zaman Rasulullah SAW. Kisah Zahid dan Zulfah yang aku bacakan dengan penuh keyakinan, berintonasi sesuai, ada kala laju dan ada kalanya kuat. Ada muzik latar serta aku alunkan bacaan ayat suci. Alhamdulillah aku bersyukur dengan anugerah Mu.

Aku juga tertarik dengan gerangan sahabat yang membaca kisah tikus. Tikus yang asyik berjumpa ahli sihir untuk menukarkan nya kepada haiwan lain yang merupakan pemangsa. Akhirnya orang yang penakut akan mati berkali kali sebelum kematian.

Kisah kapal juga menarik untuk dihayati. Badan kapal yang besar tersergam bukan untuk menjadi tempat kita ber selfie. Ia memang nampak gah di tepi pelabuhan namun bukan itu tujuan kapal dibina. Ia sepatutnya belayar di lautan luas dan mengharungi badai dan omba ganas untuk membawa muatan ke destinasi. Begitu juga kita, dijaga , diberi ilmu, diberi segalanya bukan hanya sebagai tontotan umum. Kita mesti melangkah dan jalankan peranan kita yang sebenarnya.

Wednesday, February 21, 2018

Relaks sat

Dah lama tak menaip dengan laptop untuk ajehe.blogspot. Jarang sangat aku membuka laptop kerana desktop sudah memadai dan banyak update blog hanya dilakukan dengan huawei P9 sahaja. 

Dari pagi agak sibuk dengan tugas untuk diri, agama , bangsa dan negara

Seawal 7.30 pagi selepas menghantar anak ke sekolah aku sudah berjalan sejauh 2.4 km. Selepas itu mengadap Dato untuk menerima tugasan from jail to jannah. Dari situ, langsung ke Puncak Alam bagi pertemuan dengan KPPD Kuala Selangor. Selepas balik, di usik pula dengan ABM 5 dan ABM 7 bajet mengikut kod. Seusai kerja, sambung pula dengan golf dengan Tn Asmadi. Balik rumah pula terpaksa siapkan bajet untuk esok, perghh! Hari ini berjalan melebihi 16000 steps... Alhamdulillah

Tuesday, February 20, 2018

Cubaan pertama

Lama dah kedengaran ajak ajak main golf cucu cicit mak su wan mek. Bila dan di mana perlukan seorang leader. Ku ambil inisiatif dengan menubuhkan satu group whatsapp khas untuk main golf.

Pakat punya pakat maka pilihan lokasi yang sesuai ialah kota kemuning. Lepas tu, masa dan tarikh pula dicari. Alhamdulillah ditetapkan 19/2 dan dipersetujui oleh 3 orang.

Last minit yang dapat main hanyalah Wan Hasnan, Nik Ahmad Azran dan aku. Maka, aku jemputlah kawan yang ada complimentary 1 flight

Permainan yang agak baik dengan 105 score. Satu par selepas 5 bulan.

Sunday, February 18, 2018

Selamat hari lahir isteriku

Tanggal 17 Feb adalah hari yang menjadi salah satu hari kebesaran dalam #familiA. Apakah hari nya itu? Itulah tarikh kelahiran isteri tercinta Azura binti Abdul Raof. Pada hari ini .... tahun yang lalu telah lahir jodoh ku jauh 500 km daripada tanah kelahiran ku. Cuma pertemuan sahaja bukan di tanah sawah seperti sesetengah pertemuan orang kelantan dan orang kedah.

Alhamdulillah kami menyambut secara sederhana tetapi meriah bersempena gong xi fa chai. Kami bermalam di orient star resort Lumut. 3D2N memberikan ketenangan kepada kami untuk melupakan sejenak beban tugas di tempat kerja.

Ku ciptakan sebuah lagu untuk mu isteri ku sempena hari lahir mu

Kedengaran suara itu yang memanggil namaku
Kadang lembut kadang menjadi tegas
Dalam berbakti sebagai isteri

Hari ini ku raikan dirimu
Bersempena dengan kelahiran mu
Walau tidak ke hujung dunia
Namun ku harap diri mu rela

Oh isteri ku... yang ku sayang dan yang ku cinta
Aku sebagai suami ... ingin sekali membuat kau bahagia
Walau dengan apa cara sekali
Semoga kau gembira di hati

Telah jauh kita bersama
Melakar manis dan pahitnya kehidupan
Hanya satu yang ku pinta
Senyuman yang manis dan mesra

Izinkan aku selalu bertanya
Adakah engkau selalu bahagia
Disampingku yang begini adanya
Semoga kekal hingga ke syurga

Thursday, February 15, 2018

Tugas Siapa?

Berkesempatan untuk menghadiri Majlis Amanat KSN di Dewan Penjara Kajang. Banyak diceritakan oleh Tan Sri tentang perkembangan negara terutama dalam hal ekonomi, penjawat awam dan sebagainya.

Saya tertarik dengan apa yang YBhg Tan Sri maklumkan bahawa bajet negara setiap tahun untuk pendidikan adalah melebihi 20%.

Ini bermakna, pendidikan adalah asas kepada ketamadunan bangsa. Guru adalah ejen ketamadunan itu. Guru perlu banyak membaca dan berfikir untuk anak bangsa sendiri.

Guru mesti peka dengan perkembangan remaja dan kanak-kanak hari ini. Istilah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari kekal diperlukan dalam masyarakat kita.

Guru yang berdedikasi amat diharapkan kerana berguru kepalang ajar , bagai bunga kembang tak jadi. Jika TN 50 adalah wawasan baharu negara maka guru perlu terus ke depan untuk memacu gerabak yang ada supaya sentiasa di atas landasan yang betul.

Bukan menidakkan pihak lain tetapi siapa lagi selepas ibu bapa yang sentiasa bersama mereka?

Tahniah untuk semua yang mendapat kenaikan pangkat dalam majlis yang sama tadi.

Tuesday, February 13, 2018

Mesyuarat dan mesyuarat dan mesyuarat

Mesyuarat bermula dengan persediaan terutama jika kita adalah pengerusinya. Bermula pada hari ahad malam, sang pengerusi sedang meneliti agenda mesyuarat dan seterusnya mencorakkan apa yang ingin disampaikan. Selepas itu, dia akan meneliti minit mesyuarat jika ada yang perlu ditambahkan lagi maklumat daripada urusetia.
Esoknya bermulalah mesyuarat dengan dihadiri ahli yang masing masing menunggu kata dari pengerusi. Selepas ucapan, setiausaha akan teruskan dengan  pengesahan minit dan perkara berbangkit.
Agenda disentuh dan dibincangkan satu persatu. Ada yang perlu dijawab oleh pengerusi dan ada yang sekadar makluman.
Habis semua agenda, mungkin akan ada hal hal lain yang ingin dibincankan sebelum ditangguhkan.

Itulah 2 hari aku bermesyuarat dengan menjadi pengerusi dan pembentang laporan serta menjawab maklum balas.

Sunday, February 11, 2018

Tugas dan Tanggung Jawab

Tugas dan tanggung jawab:
Aku tidak sampai terlalu awal ke pejabat adalah kerana tanggung jawab untuk anak -anak mendapat pendidikan. Aku tidak keluar mengambil anak dari sekolah adalah kerana tanggung jawab aku terhadap tugas. Aku tidak bertugas sehingga lewat petang dan akan terus keluar sebaik habis waktu kerja adalah kerana tanggung jawab ku kepada badan untuk sihat. Aku akan ke surau pada waktu zohor dan asar pada waktu bertugas kerana tanggung jawab sebagai muslim lelaki. Aku tidak bekerja sampai lewat malam adalah kerana tanggung jawab kepada badan untuk pemulihan selepas penat bekerja di siang hari. Dan akhirnya, aku akan cuba tunaikan setiap tugas dan tanggung jawab. Ya Allah permudahkan.

Setiap tugas ada tanggung jawab dan setiap tanggung jawab ada pertanyaan untuknya nanti

Saturday, February 10, 2018

Dengar dengan telinga, sentuh dengan hati

Majlis berehat sekejap sebelum mesyuarat bermula. Teringat ceramah di radio semalam. Seorang alim akan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh orang lain dengan penuh minat seolah-olah dia belum mendengar lagi kandungannya. Hebat!

Dalam komunikasi , orang akan mendengar sekiranya dia ada giliran untuk bercakap selepas itu. Ada juga masalah bila orang yang mendengar asyik menunggu untuk membalas atau memberi respon tanpa mengambil apa apa maksud yang ingin disampaikan oleh kawan sekomunikasi.

Anda tidak belajar apa apa sekiranya anda sahaja yang bercakap. Begitu juga pemimpin .. telinga pemimpin mesti memakai anting anting suara rakyat.

Mendengar membantu kita..

1. Tunjukkan rasa hormat
2. Membina hubungan
3. Meningkatkan pengetahuan
4. Menyerlahkan idea
5. Membina rasa ketaatan

Lagu listen to your heart bukan salah tetapi ilmu Allah terlalu luas untuk dipikul seorang diri. Ia ibarat jigsaw puzzle yang ada keratan dan bahagian yang perlu dicantum. Maka setiap orang memegang bahagian masing masing. Kita perlukan pemimpin yang ada kerangka itu untuk diletakkan kepingan dan akhirnya menjadi gambar pemandangan yang indah.

Mesyuarat PIBG juga begitu. Pihak sekolah mendengar ibu bapa dan ibu bapa mendengar kata guru dan pihak sekolah. Hasilnya nanti amat hebat. Seorang anak yang berkembangtumbuh menjadi insan syumul dalam keluarga sakinah mawaddah warahmah. Penghujungnya negara sejahtera berkat.

Friday, February 9, 2018

Alas kaki

Bolehkan kasut kita namakan alas kaki. Ia memang berada di bawah kaki dan menampung kaki. Aku dulu tak de kasut yang banyak. Bila di sekolah rendah ankle guard la penting sebab nak gunakan untuk bermain bola. Guard ada pelbagai harga. Yang aku ingat warna kemerahan tu mahal sedikit. Bila di sekolah menengah, kasut bata pula yg aku perlukan sebab digunakan untuk melibas bola takraw. Masa tingkatan 4, ramai yg pakai kasut adidas rome atau vienna. Aku tak beli kedua dua nya pun. Aku beli kasut nike tinggi macam Aliph.
Bila belajar di universiti, kasut penuh bilik. Ada kasut tenis, kasut badminton, kasut spike, kasut hoki, kasut bola, kasut hitam dan macam macam. Itulah kisah alas kaki bernama kasut.

Yang ada di gambar sekarang ialah kasut hiking.

Wednesday, February 7, 2018

Another day in Malacca

Today we had a meeting in SHG Telok Mas Melaka. There would be three events be held in SHGTM for March and April. First, our deputy prime minister will announce the result for SPM examination and hopefully there will be students from the schools under prison department pass with flying colors. Another event is also under academic section where by we are going to organise prize giving ceremony for all SPM candidates who excel in their SPM.

Third, we discussed about Sports Day and Games for the boys and girls. This is the first time SHGTM will organise the event. We added volleyball and Sepak Takraw to make the event merrier.

The director of the School is so commited that I even want to think more for them. We want to reeducate our youngsters and bring them back to where they belong.

Tuesday, February 6, 2018

Catatan Pengembaraan Sahabat

Hari ini hari jadi sahabat yang dikenali sejak 1983. Bertubuh kecil dan berkulit sawo matang tetapi tenang. Mengapa dikatakan tenang adalah kerana orang yang boleh mengendalikan bola takraw dengan baik seharusnya diri mereka adalah tenang dan tidak bergopoh gapah. Semasa bersama di sekolah, beliau telah mengajar aku bagaiman untuk merejam bola takraw. Dengan berbekalkan guard yang diletakkan di lengan beliau akan menggulung setiap bola yang naik.

Dari tingkatan 2 kami bermain takraw sehinggalah pada tahun 1987, kami telah menyertai kejohanan takraw PBSM di Kuala Krai. Anak didik beliau iaitu aku, pada masa itu adalah perejam digeruni dengan adanya beliau sebagai pengumpan hebat.

Kami terpisah selepas sekolah. Semasa aku menghadiri temuduga pada tahun 1988, ada juga aku mengajak beliau menemani ku ke Terengganu.

Kami berjumpa semula di Shah Alam, kerap juga kami keluar bersama memandangkan pusat pengajian kami tidak jauh antara satu sama lain. Selepas itu, aku tidak lagi berjumpa beliau sehingga aku tidak tahu dimana pun beliau berada.

2015, aku datang ke Jabatan Penjara Malaysia untuk temuduga. Pada malam itu, susuk tubuh yang dah lama tak kutemui. Itulah pengembara abadi , sahabat lamaku. Aku masih ingat panggilan telefon ke rumah ku pada satu malam. Aku pada masa itu digantung persekolahan. Oleh kerana nama panggilan ku di sekolah adalah nama ayah ku, maka ayah menjawab dan sapaan beliau ialah bawa rokok ya pok war esok. Aduh! Aku dimarahi bapaku. Hahaha itulah kenangan. Kini kami berdua tidak lagi menjadi perokok.

Setelah berkhidmat di JPM, kami kian rapat kerana bertugas di pejabat yang sama. Kami mula bermain golf bersama. Hampir setiap petang sejak 7/1/2016 sehingga kini. Beliau kini semakin menghampiri single handicap dan sempena hari lahir beliau hari ini...

Terima kasih sahabat. Selamat Hari Lahir

Friday, January 26, 2018

Mesyuarat bawah pokok

Sejarah di Perak ada dikatakan salah satunya ialah Mesyuarat Bawah Pokok. Kenapa begitu berlaku adalah disebabkan perebutan kuasa. Kenapa nak berebut kuasa adalah kerana nak jadi ketua sedangkan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinan masing masing.

Alangkah sekiranya jika cadangan kita diterima dalam mesyuarat pun kita perlu beristighfar ditakuti akan menyebabkan orang lain berbuat dosa dek kerana cadangan kita. Bagaimana hendak kita jadi muslim model?

Thursday, January 25, 2018

Catatan karut 2: Kepimpinan

Apabila seorang pemimpin gagal menjadikan subordinat sebagai pekerja cemerlang maka dia adalah pemimpin yang gagal.

Isu blogspot

Sejak 3 hari lepas saya gagal muatnaik foto di blogspot saya. Rasa rugi la kerana tiada kenangan untuk diabadikan bersama. Saya tak boleh beritau pakya cong code sebab kalau dia nak selesaikan masalah saya, baik dia jadi menteri.

Wednesday, January 24, 2018

13 minggu selepas pembedahan jantung

Kita sudah makin lupa bahawa kita pernah menghadapi situasi getir 13 minggu yang lalu. Patutlah doktor bedah katakan rasa sakit tetap ada di dada sekali sekala supaya anda ingat pada kami di wad bedah.
Apabila lupa maka yang bersenam akan mula melupakan senaman, yang makan akan kembali makan sepenuh jiwa dan raga, yang berasap mungkin mahu mencuba semula. Itulah kita.
Jadi, di minggu ini iaitu 13 kita mesti kekalkan azam , tekadkan semangat untuk memastikan kehidupan kita lebih positif.

Masa ini kita tentunya sudah bekerja. Biar rasa seronok bekerja melebihi stress. Ingat bahawa kita pernah memiliki stress yang mungkin menjadi punca serangan jantung sehingga kita terpaksa melalui CABG.

Pilih dan nilai semula pelaburan kita. Jika kita merokok maka kita telah habiskan RM 170 untuk sepuluh hari. Gunakan modal itu untuk sertai kelab kesihatan atau gym. Bayar jurulatih kecergasan kalau kita buta kecergasan.

Tempahlah tiket untuk bercuti bagi 2 bulan rokok yang dibeli sebelum ini. RM 1100 dalam tangan selepas 2 bulan tidak merokok. Hatyai dah boleh tu.

Perut rasa sebu mungkin sebab ubat yang di makan. Saya sapu minyak di pusat dan rasa lega. Cuba lah mana yang sesuai.

Cuba berjalan sekurang kurangnya 5000 langkah sehari. Anda pasti berasa milo milo anda jadi sihat dan kuat

Lekat rak

Istilah ini tentu difahami oleh pengguna dialek kelate atau kawasan berdekatan. Semenjak kecil saya suka dan akan dibenarkan keluar dari rumah selepas pukul 5. Waktu balik pula semestinya sebelum maghrib. Jika azan dah berbunyi maka singgahlah rotan di punggung hingga bilur.

Lekat rak ini terbawa hingga sekarang. Rasa janggal untuk duduk di driving range dan solat maghrib seterusnya minum sehingga malam. Atau juga sembang selepas kerja dengan rakan dan terus ke masjid untuk solat.

Lekat rak yang kedua ialah makan sekeluarga. Sejak kecil kami makan bersama satu famili. Amalan ini berjalan sehingga sekarang. Apabila ada ahli keluarga yang makan sendiri sendiri maka kita akan terasa janggal.

Lekat rak yang ketiga ialah bermain di waktu petang. Sampai sekarang rasa teringin untuk turun bermain lebih terasa berbanding berbual di kedai kopi.

Itulah kisah lekat rak.

Tuesday, January 23, 2018

Walaupun bukan Menteri

Lawatan Datuk Dr Yasmin ke SHG Telok Mas. Apa yang aku dapat katakan ia adalah lawatan berbuah (fruitful). Mengapa demikian ye? Selalunya kehadiran mereka adalah atas jemputan program dan bukan perasmi. Selalunya perbualan akan jadi kosong sahaja. Hari ini berbeza kerana ia lawatan kerja dan kebetulan sudah terlalu lama YBhg Datuk teringin mengambil tahu apa yang ada dalam kawasan.

Semua tempat di bawa melawat sambil mendengar windo (sebutan Pengarah) yang dimainkan pelajar pancaragam.

In sha Allah kehadiran Datuk akan memberikan sedikit sinar walaupun Datuk bukan Menteri yang datang bersama projek atau pitis. Datuk ada contact dan pengalaman meneraju Seameo mungkin membantu.