Friday, February 23, 2018

Kapal dan tikus

Malam tadi sekali lagi kami berkumpul sebagai ahli kelab. Aktiviti yang dijalankan adalah membacakan sebuah cerita. Aku memilih cerita atau kisah di zaman Rasulullah SAW. Kisah Zahid dan Zulfah yang aku bacakan dengan penuh keyakinan, berintonasi sesuai, ada kala laju dan ada kalanya kuat. Ada muzik latar serta aku alunkan bacaan ayat suci. Alhamdulillah aku bersyukur dengan anugerah Mu.

Aku juga tertarik dengan gerangan sahabat yang membaca kisah tikus. Tikus yang asyik berjumpa ahli sihir untuk menukarkan nya kepada haiwan lain yang merupakan pemangsa. Akhirnya orang yang penakut akan mati berkali kali sebelum kematian.

Kisah kapal juga menarik untuk dihayati. Badan kapal yang besar tersergam bukan untuk menjadi tempat kita ber selfie. Ia memang nampak gah di tepi pelabuhan namun bukan itu tujuan kapal dibina. Ia sepatutnya belayar di lautan luas dan mengharungi badai dan omba ganas untuk membawa muatan ke destinasi. Begitu juga kita, dijaga , diberi ilmu, diberi segalanya bukan hanya sebagai tontotan umum. Kita mesti melangkah dan jalankan peranan kita yang sebenarnya.

No comments: