Tuesday, February 6, 2018

Catatan Pengembaraan Sahabat

Hari ini hari jadi sahabat yang dikenali sejak 1983. Bertubuh kecil dan berkulit sawo matang tetapi tenang. Mengapa dikatakan tenang adalah kerana orang yang boleh mengendalikan bola takraw dengan baik seharusnya diri mereka adalah tenang dan tidak bergopoh gapah. Semasa bersama di sekolah, beliau telah mengajar aku bagaiman untuk merejam bola takraw. Dengan berbekalkan guard yang diletakkan di lengan beliau akan menggulung setiap bola yang naik.

Dari tingkatan 2 kami bermain takraw sehinggalah pada tahun 1987, kami telah menyertai kejohanan takraw PBSM di Kuala Krai. Anak didik beliau iaitu aku, pada masa itu adalah perejam digeruni dengan adanya beliau sebagai pengumpan hebat.

Kami terpisah selepas sekolah. Semasa aku menghadiri temuduga pada tahun 1988, ada juga aku mengajak beliau menemani ku ke Terengganu.

Kami berjumpa semula di Shah Alam, kerap juga kami keluar bersama memandangkan pusat pengajian kami tidak jauh antara satu sama lain. Selepas itu, aku tidak lagi berjumpa beliau sehingga aku tidak tahu dimana pun beliau berada.

2015, aku datang ke Jabatan Penjara Malaysia untuk temuduga. Pada malam itu, susuk tubuh yang dah lama tak kutemui. Itulah pengembara abadi , sahabat lamaku. Aku masih ingat panggilan telefon ke rumah ku pada satu malam. Aku pada masa itu digantung persekolahan. Oleh kerana nama panggilan ku di sekolah adalah nama ayah ku, maka ayah menjawab dan sapaan beliau ialah bawa rokok ya pok war esok. Aduh! Aku dimarahi bapaku. Hahaha itulah kenangan. Kini kami berdua tidak lagi menjadi perokok.

Setelah berkhidmat di JPM, kami kian rapat kerana bertugas di pejabat yang sama. Kami mula bermain golf bersama. Hampir setiap petang sejak 7/1/2016 sehingga kini. Beliau kini semakin menghampiri single handicap dan sempena hari lahir beliau hari ini...

Terima kasih sahabat. Selamat Hari Lahir

No comments: