Saturday, July 18, 2009

Impian 1Malaysia

Orang ramai akan lebih memahami masalah sukan sepak takraw negara

SELEPAS kekalahan pada Kejohanan Piala Raja Thai, dua minggu lalu, sukan sepak takraw menjadi tumpuan menerusi reaksi balas pelbagai pihak ekoran kegagalan membawa pulang pingat emas daripada Bangkok.

Penulis memuji keberanian Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, yang tidak mahu berundur kerana mahu terus melaksanakan perancangannya yang dikatakan akan hanya sampai ke matlamat dalam tempoh satu setengah tahun lagi.

Perancangan itu ialah memastikan pingat emas Sukan Asia yang sudah lama tidak dimenangi pemain negara, mampu dibawa pulang. Bagi Ahmad Ismail, perkiraannya mudah. Gagal memang emas, dia akan meletak jawatan.

Cuma, kata orang, jangan kita merancang membuta tuli. Jangan hanya bercakap mengenai perancangan, tetapi perincian dalam melaksanakan perancangan itu, sampai sekarang belum pun disiapkan.

Penulis berkata demikian kerana, seperti diakui sendiri oleh Ahmad Ismail, kelompok pemain yang ada dalam skuad kebangsaan ketika ini bukan yang terbaik. PSM lebih utamakan pemain berdisiplin, bukan yang tidak tahu menurut perintah.

Apa yang dihairankan ialah kenyataan itu sebenarnya mencipta pula persoalan tambahan. Apakah dalam PSM itu, atau pun jawatankuasa kejurulatihan dan barisan jurulatihnya, tiada seorang pun mampu memastikan pemain yang tidak berdisiplin jadi berdisiplin?

dipetik daripada Berita Harian

Inilah gaya seorang 'killer' yang sepatutnya bakatnya diketengahkan oleh para guru di sekolah. Tugas sekolah adalah mencari bakat-bakat yang ada kerana potensi seseorang tidak diketahui selagi ruyung tidak dipecahkan. Kebanyakan pemain takraw dibentuk melalui gelanggang kampung di mana sambil bermain ada yang menghisap rokok di atas gelanggang dan sebagainya. Jika sekolah tidak memainkan peranan maka sukar disiplin dibentuk dalam kalangan pemain. (ketika menyertai kejohanan PSKPP 1998)
Pari pun boleh, gulung pun boleh. Di mana belajar? Bukan daripada guru di sekolah tetapi cuba jaya bersama rakan sehingga terpaksa ditampar oleh guru kerana berlatih di dalam dorm untuk mendapatkan kemahiran 'menggatih' semasa tingkatan lima dulu. Inilah masalah sukan sepak takraw. Program takraw seharusnya dinegarakan kerana ini permainan kita dan sangat murah. Sebiji bola rm 23 dan dimainkan oleh 6 orang lebih murah daripada badminton. ( ketika berlatih untuk MAKSAK 2000)

Program ini akan menjadi hangat-hangat taik ayam jika tidak ada sambutan daripada PSM sendiri. Apabila ada guru yang berminat maka mereka harus dipegang supaya pembangunan akan berterusan. Kita memerlukan sekolah untuk menjadi kilang pemain takraw negara. Biar lahir seorang pemain daripada setiap PPD supaya kita boleh keluarkan ratusan pemain untuk negara. Mereka berumur 13 dan 14 tahun. Berlatih 2 jam sehari tidak menjadikan mereka bodoh dan mungkin mereka bersyukur bahawa ada sekolah yang tahu nilai seorang insan.

1 comment:

Yati Wahab said...

itula silapnya orang kita...bila ada yang berminat di salah sangka...

kadang2 apa yang kita minat dan suka sering tidak kesampaian mungkin ada ruang dan peluang di hari depan...InsyaAllah.