Wednesday, July 15, 2009

Liga Piala PPD 2009

Sebaik tiba di sekolah baru, perkataan yang keluar dari mulut beberapa orang guru ialah " Pete ni turun maing bola". " Kita nak maing pialo PPD". Tersentak seketika kerana aku guru PJ yang dikenali oleh mereka. Bila memikirkan masalah kesihatan, risau juga untuk menyahut ajakan. Kali pertama aku bermain bola sejak 3 tahun lalu. Kasut bola dah dipinjamkan kepada budak sekolah dan tidak dipulangkan. Petang itu juga aku ke Jamada Sports dan mendapatkan sepasang Adidas. Petang tadi, sekali lagi kami berlawan dengan pasukan veteran pekan. Seronok juga tapi lebih seronok jika aku boleh berlari seperti biasa.
Piala PPD akan bermula minggu depan secara 9-sepasukan. Harapnya mereka tidak memilih pemain baru ini ke dalam skuad. Aku hadir untuk berkawan dan perlawanan persahabatan sudah mencukupi untuk masa ini.
Ya Allah. Berikan kesihatan yang baik kepadaku.

1 comment:

Jubah hitam said...

Amalkan minum madu dikala pagi n nak tidur nescaya power zahir n batin.