Wednesday, July 15, 2009

MU 65

Baru tiba dari Manek Urai untuk melihat suasana para penyokong parti yang bertanding. Itupun setelah terkejut mendengar laporan kemenangan BN dengan majoriti 30 undi berbanding kenyataan awal bahawa majoriti PAS adalah hampir 2000. Terlalu jauh bezanya angka yang keluar dari mulut seorang pengarah jentera pilihan raya parti. Silap culaan membawa padah kerana mereka terlupa bahawa sesiapa sahaja boleh berubah. Jangan disangka arnab selama-lamanya akan memakan kangkong. Terkadang karot yang dihidangkan bisa saja dimakan tanpa rasa ragu kerana yang penting adalah kenyang.

Satu peringatan kepada semua. Teruskan kerja bakti kepada rakyat jika anda ingin selamat menjadi Yang Berkhidmat. Tahniah Abe Uji

3 comments:

cikguparizan said...

Tak salah culaan pengarah jentera pilihanraya tersebut. Masalahnya wang dan janji pembangunan yang melayang2 diangkasa manek urai telah mengubah sedikit pola undi. Mungkin juga peringatan kepada pimpinan pas kelantan untuk bermuhasabah ......

Jubah hitam said...

Keangkuhan membawa padah. Ambe dengar dari wakil PAS Tganu yang ke MU mengatakan bahawa orang luar tidak dibenarkan ceramah, pergi jauh2 tengok saja je!

Pakwar said...

Penyokong PAS hanya berkurang 300 ++ berbanding PRU 12