Thursday, July 30, 2009

Majlis Sambutan Isra' Mikraj

SMK Bukit Jawa telah menganjurkan Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj pada pagi ini dengan menjemput seorang penceramah daripada Majlis Agama Islam yang telah berjaya menunaikan amanah yang diberikan. Keseluruhan pelajar sangat teruja dengan penyampaian beliau dan saya menganggap masa pendengaran pelajar/ Student listening time ( SLT ) adalah sehingga 95 %. Syabas kepada AJK yang terlibat dengan penganjuran majlis ini.

Ustaz Azhan Ismail sedang mengupas isi kandungan ceramah

Berikut adalah antara kandungan ceramah yang dipetik melalui Sony Erricson PI semasa ceramah dijalankan :


Aku jadikan manusia dgn sebaik kejadian. Di kurniakan dgn akal fikiran. Utk bina akal perlu belajar. Israk- perjalanan dibumi dr mekah ke baitulmaldis di palestin. Mikraj adlah perjlanan nabi ke langit. Cerita 6 org gila d hospital. Dr jaga dan bw ke kolam renang yg kering. Suruh trjun dan 3 terjun. Yg ke 4 - 6 tak terjun. Bila ditanya, jwb mereka, kalau terjun tentu lemas.

Peristiwa israk mikraj mengajar kita bhw kesedihan dlm perjuangan akan membawa kpd kejayaan.

Nabi sblm d israk telah ddtgi oleh 2 malaikat yg membelah dada nabi. Keluarkan hati dan dbersihkan. Kata malaikat, inilah sebhgian drp syaitan. Hati manusia yg busuk merosakkan tindakan. Banyakkan zikir dan taubat utk bersih hati.

2. Kawan nabi malaikat, nabi pesan- seorang manusia akan ikut agama kawan mereka.

3. Nabi melihat iblis ifrit yg bw obor, sdg mengekori nabi. Dia ajar doa kpd nabi utk hapuskan iblis. Kemana dan dimana kita, iblis akan kejar sehingga kita bersama mereka di neraka.

4.cara iblis goda- hiburan, seks - 200000 anak luar nikah., skrin dan monitor komputer, sukan haram, rokok- 90 peratus melayu muslim, stail / gaya hidup.

Pesan nabi ttg pakaian-

1. 2 kumpulan yg aku tak sanggup tgk d neraka- pemimpin yg zalim dan perempuan yg berpakaian ttp telanjang. Pakaian nipis menampakkan kulit badan. Perempuan yg berjalan sengaja melenggang punggung. Perempuan yg guna suara utk tarik perhatian lelaki. Perempuan yg buka rambut seperti blkg unta.

Apakah pengalaman pertama di alam kubur? Tiada siapa yg pernah berkongsi pengalaman itu. Ada ruh yg dilantun balik kerana byk dosa. Org kafir akan diseret ke neraka secara berpuak-puak.

Langit ke7 , nabi bertemu nabi ibrahim, menyuruh umat nabi memperbanyakkan tanaman syurga dan perintah solat.

Kata imam syafei, selama lama ilmu tidak diperolehi kecuali akal cerdik, tamak, rajin, duit, berkawan dgn guru dan belajar biar lama.

Semakin byk ilmu, dekatilah tuhanmu dgn membanyakkan bersyukur.

1 comment:

cikguparizan said...

Terima kasih ustaz azhan anuar. Walaupun ringkas catatan yang dikongsi, tapi cukup menginsafkan seketika hati manusia ini ...