Friday, July 31, 2009

Memecah hening pagi jumaat

Ketika jemaah sedang mendengar imam memberikan kuliah subuh di pagi jumaat di sebuah mesjid. Sebuah kereta Volvo yang diletakkan di depan mesjid telah terbakar menyebabkan kerugian lebih kurang Rm 5000. Seorang ahli jemaah telah menelefon pihak bomba dan penyelamat yang mengambil masa lima minit untuk tiba dan memadamkan kebakaran.
Tiada siapa yang menduga termasuk tuan punya kereta untuk ditakdirkan berlakunya kebakaran di waktu pagi tanpa percikan api yang mampu membakar.
Berapa lama masanya yang diperlukan untuk mengalihkan kenderaan ini daripada menjadi tugu peringatan yang akan diletakkan kalungan bunga... harap-harap semua pihak yang sepatutnya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

No comments: