Monday, July 6, 2009

Jom Solat Dhuha

Sambil menunggu waktu petang di KB, kami bertiga ( nik dan yen) telah mengambil peluang mencari alatulis di KB Mall. Setelah membayar harga 3 batang pen uniball yang paling disukai, aku melangkah ke arah pintu. Tetiba aku terpandang sebuah buku yang menarik perhatian. Sebuah buku yang menceritakan tentang solat dhuha. Pagi tadi, semasa menunggu surat penempatan ( yang juga tidak diperolehi) , aku sempat menatap bab 1 dalam buku tersebut yang menceritakan peri pentingnya kita mulakan solat dhuha. Apa kata, Lepasan M Princ akan mulakan satu program di sekolah. Solat Dhuha di waktu rehat untuk kekuatan diri.

1 comment:

ARIN said...

amber sokong cadangan bro supaya cikgu2 pakat solat dhuha di sekolah masing2,lebih baik drp menghabiskan masa "mengeteh" di warung2 hingga jam 10 pagi tanpa rasa bersalah...