Wednesday, July 8, 2009

Taktik blogger di hari pertama

Mengajar 7 waktu di hari pertama sangat memenatkan. Aku cuba sedaya upaya mengimbangkan di antara taught curriculum dan learnt curriculum. Masuk saja ke dalam kelas, fuhh penuh dengan sampah dan berterabur kerusi meja. Apa lagi, mengamuk sakan la raksasa ni.
Blogger menggunakan idea mengambil foto untuk membuktikan siapa yang ada di dalam kelas. 30 % ponteng pada hari ini. Di suruh menulis, setakat 2 patah perkataan. Kelas pertama , 90 % belum dapat membaca. Hebat cabaran.
Kebetulan jadual yang diterima merupakan guru yang memegang kelas jadi inilah kelas saya. Papan kenyataan kosong dan terkoyak di sana sini. Kata mereka, murid sesi petang yang koyak.

Itulah cabaran hari pertama di dalam kelas.

7 comments:

Naser & Yati said...

Cam no la nak jadikan BI syarat lulus SPM ni?

Maswafi Abd Samat said...

Waduh, cabaran hebat ni. Kalau aku dah pening kepala ni.

Tunggu Pak War punya formula.

Good luck!

nazreenns said...

Wah..wah..hebat cabaran tu. Tapi kita sama ma, wa lua hari masuk ini sekolah sudah pandai cakap cina ma. Poning den tengok perangai budak-budak ni. Tak pe Pak war, jadikan ia cabaran untuk penambahbaikan

Jubah hitam said...

Ambe setakat ni tak de cabaran langsung

Yati Wahab said...

pakwar ajak gak JH tu g sekolah harian mace kita....nak cabaran benar dio...

kito kalu boleh nak g sekolah serupa dio ngajar...tenang tak sakit palo...he..he

Ajar koho2, bagi semangat, dan hak mudah2 jah...

kalu pakwar raksasa...ambo jadi transformer kut..he..he

Nana Tanjung said...

Sama lah macam kawe, kena ajar budak skm, yang pasti mereka tak ambil SPM, dan ramai yang masih kurang mahir membaca dan menulis, maklumlah masuk ke SMT dengan sijil E kesemuanya.

cikguparizan said...

Apa lagi bro. Buktikan kehebatan skuad mprinc. Kawe yakin menjelang hujung tahun ni, pelajar dan kelas tu akan berubah.



Mprinc boleh ....