Sunday, July 26, 2009

Kursus Perkembangan Staf kali ketiga

Kursus perkembangan staf yang dijalankan di sekolah adalah sebahagian kecil daripada program untuk meningkatkan kecemerlangan guru. Pada kali ini, kursus ini bersifat umum dan menyeluruh. Program ini dijalankan dengan mendengar taklimat profesionalisme daripada tuan pengetua , guru dan undang-undang serta kecemerlangan guru mengikut islam. Perjalanan kursus agak teratur dan memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Tuan Pengetua, Encik Harun Shafei membentangkan tentang profesionalisme guru yang perlu diperkukuhkan. Tugas beliau amat berat dengan kapasiti guru seramai 141 orang.
M Princ Kohort 8 , Mohd Amran memberikan ceramah tentang undang-undang berkaitan pendidikan dan guru.
Junior di sekolah dulu kini menjadi rakan sejawat telah ditugaskan menjadi pengerusi majlis untuk kursus ini.
Ketua Sektor SPIM berkongsi pengalaman dengan semua guru tentang kecemerlangan guru mengikut islam.

3 comments:

Jubah hitam said...

Mana dia Mprinc kohort 9? Nusuk ko

ARIN said...

Mprinc kohort9 malu mata ko ust jak kot?

cikguparizan said...

Mprinc kohort 9 masih memanaskan badan. Mungkin tahun dpn nak tunjuk taring.