Wednesday, July 29, 2009

H1N1 semakin marak

Hari ini mangsa keempat H1N1 telah meninggal dunia dan beberapa institusi pendidikan telah ditutup ekoran terdapat beberapa pelajar yang disyaki mempunyai simpton H1N1. Apabila pengumuman dibuat, pelajar ini akan berduyun-duyun pulang ke kampung masing-masing dengan penuh kegembiraan kerana dapat bersama keluarga di rumah. Setiap hari mereka akan keluar ke pekan dan tanpa disedari mungkin sedang menyebarkan wabak yang merbahaya ini.

Begitulah cepatnya ia merebak dan setiap daripada kita tidak terkecuali mempunyai kebarangkalian untuk terkena wabak H1N1 ini.

Pihak sekolah terutama guru yang berada di dalam kelas sepatutnya sentiasa mengingatkan murid-murid tentang penularan wabak ini yang jelas semakin membimbangkan. Gunakanlah 3 minit sehari untuk memaklumkan perkembangan terbaru dan jika ada yang diserang selsema, mintalah mereka terus ke klinik berdekatan supaya kita turut memainkan peranan dalam menjaga warga sekolah.

Semoga kita semua dilindungi selalu, Amin.

2 comments:

Yati Wahab said...

kesedaran rakyat Malaysia tentang wabak ini masih rendah...

nak tunggu KPM edar mask dulu baru nak pakai...

semua nak tunggu arahan dari atas...dah biasa hidup dalam birokrasi.

CRoiMan said...

Allah telah mengharamkan babi dan anjing sebagai najis berat....itulah hikmahnya...pembawa penyakiy kepada manusia...