Saturday, April 11, 2009

The Magic of Thinking Big

The Magic of Thinking Big

Pernah tak anda membaca buku 'The Magic of Thinking Big' ? Penulis memberikan satu pandangan tentang bagaimana dengan pemikiran yang berbeza kita dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza. 'Freedom' yang terkenal dengan penyanyinya Allahyarhamah Seha juga telah mendendangkan lagu 'Kau Boleh' yang meniti dibibir peminat suatu ketika dulu adalah merupakan satu motivasi kepada kita untuk bertindak berdasarkan idea yang besar. Seorang sahabat lama, Puan Latifah telah juga memberikan secebis potongan kertas yang tertulis mengenai bagaimana orang hebat membicarakan sesuatu yang besar. Di mana kita harus bermula ?

Jika ia bermula dengan sperma yang berenang menuju telur bukanlah jawapannya kerana ia tidak berkait dengan penggunaan akal dan pemikiran. Semasa kecil , perasan tak kita bahawa ada orang yang mempunyai keberanian untuk menangis, bercakap, menyanyi tetapi sebahagian yang lain hanya mampu berada diribaan sahaja. Adakah di situ bermulanya pemikiran yang besar ? Tentunya tidak kerana pemikiran kanak-kanak yang belum mumaiyyiz tidak dikira. Di mana bermula pemikiran yang besar ini?

Di sekolah ? Mengapa ada pelajar yang begitu yakin dengan penampilan mereka dan sentiasa mampu untuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing sedangkan yang lainnya hanya sekadar mampu untuk berbisik-bisik sahaja.

Menjadi orang yang berfikiran besar (translation) adalah milik semua insan. Bermula daripada Perdana Menteri hingga ke seorang buruh kasar sebenarnya kita memerlukan pemikiran besar mereka. Kita berada di lapang sasar yang berbeza dan kita mempunyai kelebihan sendiri. Kita bukan dibelenggu dengan permainan angka, kita dikelilingi oleh idea dan setiap idea adalah hak seseorang untuk meluahkan.

Mari kita mulakan, dengan langkah yang paling penting iaitu menjadi orang yang berilmu. Jika kita berkehendakkan dunia, hendaklah kita berilmu, jika kita hendakkan akhirat, hendaklah kita berilmu dan jika kita inginkan kedua-duanya maka hendaklah kita berilmu (Hadis). Dengan ilmu, kita akan menjadi orang yang berfikiran besar.

Selamat Menimba Ilmu walau di mana berada

No comments: