Monday, April 6, 2009

Bukit Gantang P056

Sebaik sahaja beredar daripada Masjid Taman Ria, Satria Neo telah menguji kesabaranku apabila continental 16" telah meletup dan dalam keadaan hujan rintik-rintik putaran roda sudah goyah dan terpaksa dihentikan betul-betul di simpang di tempat lafaz anwar mlm tadi. Semangat 'makhal sakti' disini cukup baik, terus seorang remaja india datang dan menghulurkan bantuan. Teringat bantuan DS Nizar yang diceritakan oleh seorang pembaca yang hanya mengenalinya setelah beliau menjadi MB Perak.

Apa lagi, hari ini 2 tayar baru dgn kos rm 500++ menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang.

Kesesakan Bukit Gantang begitu terasa sebaik melepasi tol changkat jering. Aku terpaksa meneruskan perjalanan ke Trong kerana tiada ruang untuk berpatah balik pada saat itu. Singgah di kawasan yang akhir dlm parlimen bukit gantang untuk berjemaah maghrib. Nasib ku baik kerana di situ, Datuk Dr Hassan Ali, Exco Selangor turut sama berjemaah.

Mendapat sms dari rakan yang menyatakan PAS sedang mendahului dengan 3000 undi, apa pun 7 april menjadi penentu.

Trong-Bruas-Kg Koh-Setiawan-Lekir-Sg Perak-Bagan Datoh-Sabak Bernam-Sungai Besar-Tanjung Karang-UNISEL-Bestari Jaya-Ijok-Sungai Buloh-Kepong-Puduraya-chowkit menjadi laluan bermula jam 8 mlm hingga blog ini ditulis di Villa Putra.

No comments: