Sunday, April 26, 2009

Final Piala FA

winners don't take all and losers don't give all
Selangor Juara lagi setelah menundukkan Kelantan


Nampaknya penantian 39 tahun memerlukan usaha yang lain sebelum piala dapat dibawa pulang ke tanah serndah sekebun bunga. Kelantan mungkin kalah permainan tetapi rupanya semangat tok janggut tetap dipegang dari zaman ke zaman.

Bakal pemimpin masa depan telah menunjukkan ciri kesatuan dan kepemimpinan. Syabas anak muda kelate.
Red Warriors mengaum di Stadium Bukit Jalil menempa sejarah di antara penyokong yang paling ramai dalam sebuah pertandingan bola sepak di Malaysia. Warna merah berpadu dengan sorakan gomo kelate gomo tetap utuh dan kuat sesekali diselitkan balingan mercun yang menyentap kesabaran FRU.
Muka kalah = muka menang cuma keletihan kerana berada di stadium sejak pukul 3 petang dan berada di kerusi sejak pukul 7 ptg menguji kesabaran dan bagi yang balik ke kelate, jgn lupa berhati-hati di jalan raya, kepulangan anda ditunggu dengan kegembiraan. Jangan biarkan mereka menangisi kepulangan anda semua. Selamat jalan.


No comments: