Wednesday, April 8, 2009

cerita bergambar

Penonton bola merusuh di Kota Bharu


SEBAHAGIAN penonton yang merusuh di luar stadium selepas tamat perlawanan antara kelantan dan Negeri Sembilan di Kota Bharu malam tadi.


KOTA BHARU - Berlaku kekecohan di sini malam tadi selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Semuanya gara-gara sikap penonton yang gagal mengawal emosi.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Kota Bharu itu, Kelantan tewas 0-1.

Kekecohan berpunca daripada insiden yang berlaku di tengah padang apabila menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Halim Napi 'membelasah' pertahanan lawan, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Insiden itu berlaku apabila Halim menyerang Aidil selepas wisel penamat ditiupkan, sekali gus mencetuskan suasana tegang di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

Situasi panas berlarutan di luar stadium apabila pihak keselamatan 'bertempur' dengan penyokong tuan rumah.

Insiden dikatakan bermula selepas beberapa penyokong tuan rumah ditahan ekoran berkelakuan ganas. Tindakan itu menyebabkan sebahagian penyokong cuba menyerang pihak polis dan bertindak membakar trak polis serta lima buah kereta orang awam.

Pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada bertukar menjadi lebih teruk dengan menggunakan penyembur pemedih mata.

No comments: