Thursday, April 9, 2009

Kalau dah rezeki Pn Yati


Ajal maut , jodoh dan rezeki bukan ketentuan kita. Usahalah sebanyak mana namun jika bukan rezeki maka nasi di mulut akan tumpah kembali ke dalam pinggan. Itulah hebatnya perkataan rezeki. Siapa tahu, sudah menjadi rezeki Pn Yati apabila one drop parfum yang dibawanya telah dibeli pada pagi semalam. Bukannya aku tak pernah cium wangian itu di tempat lain, bukannya aku tak pernah membeleknya buat seketika di gerai-gerai namun tidak gatal tangan untuk menarik dompet bagi mengeluarkan RM 45 untuk mendapatkan wangian Beckham dan sebagainya.

Itulah rezeki yang menjadi permohonan setiap doa insan. Jarang yang meminta untuk hidup miskin walaupun kayanya tanpa sedekah kepada jiran tetangga. Tidak ramai yang mendoakan untuk rezeki orang lain dulu sebelum dirinya kerana tingginya sifat keakuan mereka. Ayat-ayat cinta rezeki dibaca dalam doa, dalam solat meminta jangan sedikitpun dikurangkan. Yang ada di lautan minta di naikkan, yang ada di langit minta di turunkan, yang ada jauh minta diperdekatkan dan yang sedia dekat minta disampaikan. Indahnya bait-bait itu kerana kehadirab akan membaw akepada ketengangan.

ehem! Jodoh juga begitu.......

2 comments:

Jubah hitam said...

Ambe rasa macam berkenan tapi beliau tidak pula mengempen wangian itu kepada ambe. Mungkin tiada rezeki

NORHAYATIABWAHAB said...

Alhamulillah... perkara yang baik harus disebarluaskan..tapi tak tau pulak jubah hitam pun nak. nanti minggu depan offer lagi ...