Saturday, April 25, 2009

Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah (Part 1)

Sehingga hari ini sering berlaku pertembungan di antara para pendidik tentang keberkesanan sekolah. Ada pihak yang menyatakan bahawa keberkesanan sekolah diukur melalui keputusan peperiksaan awam samada UPSR bagi sekolah rendah dan SPM atau PMR bagi sekolah menengah. Setiap sekolah yang mendapat peratus kelulusan yang tinggi dan kuantiti pelajar yang mendapat A terbanyak dianggap sekolah yang berkesan. Sekolah yang membekalkan keputusan yang baik akan berlumba menyediakan jalan pintas kepada murid-murid supaya mereka akan mampu menjawab dengan tepat dalam masa beberapa hari peperiksaan kerana itulah kayu pengukur kepada keberkesanan sesebuah sekolah. Setiap tahun tumpuan diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan dan subjek-subjek peperiksaan sehingga mengabaikan murid-murid lain dan juga subjek lain yang tidak termasuk di dalam peperiksaan awam. Jika seseorang murid yang mungkin sakit pada hari peperiksaan tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan jika kayu pengukur kejayaan murid adalah berdasarkan peperiksaan ini maka kita akan mendapati bahawa beliau akan dianggap sebagai tidak berjaya mendapat pendidikan yang sempurna di sekolah. Pihak yang kedua menganggap keberkesanan sekolah adalah merupakan keupayaan sekolah memberikan pendidikan kepada murid mereka berasaskan kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat menjadikan murid-murid berketerampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendidikan yang diberikan adalah bersifat 'authentic' yang menjurus kepada ilmu yang kembali digunakan di dalam kehidupan bermasyarakat setelah menamatkan proses pendidikan peringkat sekolah. Persoalannmya, mengapa pelbagai pihak suka menggunakan keputusan peperiksaan untuk mengukur keberkesanan sekolah ini? Jawapan yang mudah ialah sesuatu perkara yang boleh menjadi maklumat berbentuk data mudah untuk dianalisa dan ditentukan 'ranking' masing-masing'. Pihak PPD, JPN dan KPM menganggap mereka telah menjalankan tugas dengan baik apabila mereka telah menentukan tahap keberkesanan sekolah di bawah tanggungjawab masing-masing berdasarkan rekod dan analisa peperiksaan awam. Kebenarannya ada kerana sekolah adalah bermatlamat mendidik dan perubahan tingkah laku senang diukur berdasarkan kepada teori berbanding memerhatikan amalan kerana ia mengambil masa yang lama dan sangat 'individualistik'. Sebab itulah kajian kuantitatif sering digunakan oleh para penyelidik untuk membuat sesuatu generalisasi tentang apa yang apa yang berlaku di sekolah berbanding kajian kualitatif.

Apakah sebenarnya keberkesanan sekolah? Para pengkaji mempunyai pelbagai cara untuk menerangkan tentangnya tetapi secara umum ia bermaksud 'the production of desired result'.

Apakah yang ingin kita lihat tentang keberkesanan sekolah adalah beberapa faktor yang ada yang merangkumi perkara yang paling asas dan utama iaitu peningkatan pencapaian akademik. Ini adalah merupakan "core business' bagi institusi pendidikan. Namun, ia tidak berhenti di situ sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh sekolah pada hari ini apabila orientasi peperiksaan diutamakan. Ini adalah kerana perkara-perkara berikut juga menjadi penentu kepada keberkesanan sesebuah sekolah iaitu kualiti, sikap dan kemahiran murid. Murid sebagai input di sekolah melalui proses untuk mengubah ASK ( attitude, skill dan kemahiran) sebagai output dan menjadi modal insan sebagai outcome. Bagi mengeluarkan produk ini, ia memerlukan lebih daripada proses latih tubi kertas peperiksaan kerana bagaimana kita hendak membentuk sikap, atitud dan kemahiran ini jika semasa mereka berada di kelas, kemahiran yang digunakan hanyalah menjawab soalan semata-mata. Tidak ada proses pengajaran dan pembelajaran yang lain yang membina kreativiti dan sebagainya. Di sekolah , keberkesanan juga merujuk kepada pembinaan kapasiti guru yang mana hasilnya juga adalah keupayaan guru untuk membina perkembangan murid selaras dengan visi dan misi sekolah.

No comments: