Thursday, April 2, 2009

Hari-hari terakhir Pak Lah

Secara rasmi Pak Lah telah menghadap YDP Agong untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Setelah berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang melalui PRU 11 dan seterusnya semakin hari mendapat kritikan daripada bukan sahaja parti pembangkang malah juga daripada ahli Umno sendiri. Yang paling menakjubkan apabila mantan PM juga menjadi antara orang yang palinh kuat mengkritik kepimpinan Pak Lah. Lanjutannya, PRU 12 telah menjadi satu sejarah kepada beliau kerana kehilangan 2/3 majoriti dalam parlimen. Hari ini, semua itu akan mula berakhir dan beliau boleh berbangga kerana pernah menjadi nakhoda sebuah negara kecil tetapi penuh dengan kontravesi.

Terima kasih Pak Lah ... baki usia yang ada perlulah digunakan untuk berdakwah sesuai dengan kelulusan bidang agama.

1 comment:

Jubah hitam said...

Bagaimana nasib Islam Hadhari sepeninggalan Pak Lah nanti? ooo tidak!!!