Wednesday, March 4, 2009

U.P. :Kerajaan Negeri Kelantan

Sebagai seorang rakyat Malaysia yan memberikah hak kepada setiap warga negara untuk memberikan pandangan, maka saya ingin mengambil perhatian pihak kerajaan negeri tentang 2 perkara iaitu :-

1. Penjualan peniaga pasar malam pada waktu maghrib.

Jika pada awal tahun 1990-an ketika mula-mula memerintah kembali negeri Kelantan, saya adalah salah seorang yang pernah mendengar permintaan petugas untuk berhenti jual beli untuk solat maghrib. Walaupun ada yang tidak pergi bersolat namun arahan tersebut mendapat pujian banyak pihak yang sukakan Islam tertegak dengan hikmah melalui pendidikan, teguran, nasihat dan hukuman. Bagaimanapun, pada masa ini, selepas 18 tahun, pasar malam di Kelantan dah jadi macam negeri-negeri lain yang diperintah oleh Kerajaan BN. Tidak ada lagi (kalau saya silap, tolong abaikan) laungan pegawai yang meminta jual beli dihentikan sementara waktu bagi menunaikan solat maghrib. Harap maklum!

2. Papan tanda Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar di sepanjang jalan boleh dilihat sejal tahun 1990 juga. Selepas 18 tahun maka tentulah warna, tulisan dan tiangnya sudah mula luntur dan berkarat. Apa yang diperhatikan ialah ada papan ini yang sudah jatuh ke tanah dan tidak ada proses untuk meletakkan papan yang baru menggantikan yang sudah uzur. Apakah di awal pemerintahan sahaja syiar begini dibuat dan selepas 18 tahun maka tidak perlu lagi papan peringatan sebegini. Harap maklum !

" Bukan Membenci, tapi Sayang"

1 comment: