Saturday, March 28, 2009

Ampunkan dosa ku

Aku pernah mendengar ceramah agama yang menyatakan bahawa kemungkinan apa yang berlaku kepada kita adalah disebabkan oleh balasan dosa yang telah kita lakukan. Dua hari lepas, dalam keadaan hujan yang sangat lebat dan guruh dan kilat bertukar ganti, aku telah kehilangan Nokia E65 yang telah ku gunakan selama 2 tahun.
Setelah dijumpai akibat terjatuh daripada poket yang menjadi tempat simpanan yang diselitkan dipinggang rupanya E65 telah remuk dipijak kereta yang lalu lalang. Apa lagi yang hendak dikata melainkan mengucapkan kata-kata taubat dengan dosa yang dilakukan samada disedari ataupun tidak. Ya Allah, hamba mu ini memohon ampun kiranya dosa yang telah aku lakukan kerana aku hamba Mu yang kerdil dan tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap.
Aku sdari ujian ini hanyalah kecil berbanding dengan ujian yang berlaku pada insan yang lain namun tidak ada upaya bagiku untuk menolak apa sahaja ujian dari Mu. Hanya kepada mu aku memohon supaya engkau jauhkan diriku daripada sifat dan perasaan yang buruk dan keji. Ya Allah, jauhkan diriku daripada perasaaan ujub, takabur, dengki dan apa sahaja yang tidak engkau redhai. Jauhlah sifat keakuan daripada diri ini kerana tiada apa yang istimewa bagi insan yang lahir daripada setitis air mani yang menyebabkan aku menjadi begitu sombong terhadap hamba mu yang lain. Ya Allah, tingkatkan keimanan ku supaya aku menjadi orang beruntung di dunia ini dan di akhirat nanti. Jangan lah engkau uji dengan ujian yang tidak mampu aku tempuhi dan kurniakan lah kekuatan kepada ku untuk menyatakan kebenaran agama mu.

No comments: