Sunday, March 8, 2009

Setahun yang lalu : 8 Mac 2008

Hari ini genaplah setahun Pilihan Raya Umum ke 12 dilangsungkan di mana sejarah telah tercipta apabila BN telah kehilangan lima buah negeri dan kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat. Keputusan yang dibuat oleh rakyat ini membayangkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena yang dilakukan oleh pemerintah. Mengapa kita berkata demikian adalah kerana pada PRU 11, BN telah menang besar dan meninggalkan hanya Kelantan yang dimenangi oleh PAS dengan hanya kelebihan 2 kerusi.

Di Parlimen keadaan sepatutnya menjadi lebih bermutu kerana terdapat ramai yang dikatakan pemimpin yang hebat yang telah dipilh oleh pengundi masing-masing. Mereka kini berkumpul ditempat yang mana dasar negara ditentukan. Mereka sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk sama-sama membincangkan apa yang terbaik untuk rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sama-sama membina negara yang tercinta ini.

Sayang seribu kali sayang, apabila rakyat pergi ke Parlimen untuk melihat mereka berbincang tetapi mereka tiada di sana. Bukan seorang, bukan dua tetapi hanyalah kerusi yang tetap di sana. Patutlah mereka berebut kerusi kerana rupanya kerusi adalah wakil rakyat kita di Parlimen. Apa yang akan disibukkan selepas ini tentulah persempadan semula kawasan pilihan raya. Tentunya nanti akan ada pula kawasan parlimen yang ibarat ular kena palu demi mempertahankan kekuasaan. Yang jelas, bukan rakyat yang mahu dijaga tetapi periuk besar yang mesti dipertahankan yang kononnya 'survival politik melayu'. Jika melayu yang hendak dijaga, bukankah perhimpunan 100 k semalam adalah daripada kalangan melayu. Jagalah dan dengarlah apa kata melayu , janganlah berpihak dalam mendengar apa kata rakyat melayu. Bukan kerana mereka menyokong PAS atau PKR maka mereka bukan lagi menjadi melayu yang perlu dijaga. Jika kehadiran mereka menganggu lalulintas, janganlah ditambah lagi dengan sekatan jalan raya dan adakah perarakan maulidurrasul juga mengganggu lalu lintas.

Malaysia adalah negara berbilang kaum dan setelah setahun PRU 12 berlangsung maka kita merasakan bahawa keadaan yang semakin gelisah di negara ini bukan kerana lebih ramai rakyat yang hanya ingin berpolitik tetapi akibat ada pihak yang tidak dapat menerima bahawa Malaysia adalah untuk semua rakyat dan sesiapa sahaja layak untuk menjadi pemimpin negara ini.

No comments: