When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Saturday, September 20, 2008
Sekadar Perbandingan: Guru Ganti
Seorang doktor wanita yang bertugas di hospital besar kemungkinan akan cuti bersalin sepanjang karier mereka. Bila mereka bercuti maka doktor lain akan membantu meneruskan tugas mereka
Senario 2
Seorang pegawai PTD wanita yang cuti bersalin selama 60 hari pasti tugas mereka akan dibantu oleh rakan PTD yang lain bagi memastikan tugas pentadbiran berjalan dengan lancar.
Senario 3
Seorang ahli bomba lelaki yang bercuti untuk mengerjakan ibadat haji sudah tentu akan diteruskan oleh rakan setugas mereka untuk memastikan setiap kebakaran atau kemalangan mendapat bantuan secepat mungkin
Senario 4
Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah telah mengambil cuti bersalin telah diganti tugas mereka oleh seorang GURU GANTI yang tidak pernah mendapat apa-apa kursus perguruan.
Apa bezanya senario 4 berbanding yang lain? Mengapa begitu senang seorang guru yang telah mengikuti kursus selama 4 tahun dan berpengalaman hanya diganti oleh seorang GURU GANTI yang tentunya tidak mampu melakukan kerjanya sebagaimana seorang seorang yang tidak ada kelulusan untuk menggantikan seorang doktor,
mengapa tidak ada seorang yang merupakan lepasan SPM untuk menggantikan tugas seorang pegawai PTD dan mengapa tidak diumumkan sesiapa yang berminat untuk menggantikan seorang ahli bomba untuk bertugas memadam kebakaran.
Jika seorang doktor yang tersilap mereka telah menggadaikan satu nyawa, jika seorang PTD yang tersilap, mereka telah mengorbankan satu jabatan, jika seorang ahli bomba yang tersilap mereka mengorbankan satu keluarga, tetapi tahukah kita bahawa seorang guru yang tersilap maka mereka akan menggadai sebuah generasi.
Usahlah diberi istilah GURU GANTI kepada mereka kerana ini akan menjadikan profesyen perguruan sebagai satu profesyen kelas bawahan sedangkan tidak kira siapa anda, anda pasti menghantar anak anda ke sekolah. Marilah kita membina imej guru dengan menukarkan istilah ini kepada PEMBANTU SEKOLAH GANTIAN (PSG) supaya mereka tidak disamakan dengan guru yang mereka bantu.
Sayangilah bidang perguruan ini kerana semakin hari guru semakin tidak dihormati dalam masyarakat. Jika tidak warga guru yang berjuang untuk penghormatan ini , siapa lagi......
Friday, September 19, 2008
Jika kita... biarkanlah
Apa yg ingin dikongsi drp perbincangan ialah jika kita telah mula kehilangan apa yang kita miliki maka biarkanlah kerana asalnya kita tidak ada apa-apa....
Cuba lihat rambut di atas kepala, kalau dulu semasa remaja, begitu lebatnya ia menghitam di atas kepala, sekarang tompok-tompok sinar telah mula timbul. Jika begitu ...biarkanlah kerana dulu kita lahir tanpa rambut yang banyak.
Apa moral di sebalik kisah ini...
Janganlah kita menangis kerana kehilangan, janganlah kita terlalu menderita jika ditimpa musibah, janganlah kita terlalu gembira kalau berjaya kerana dulu kita semua sama sahaja, lahir dalam keadaan togel, betulkah?
Apa yang ada dalam mimbar jumaat hari ini? Janganlah kita memilih untuk berqiamullalil pada hari ganjil semata- mata kerana kita dulu tidak kisahpun dilahirkan pada mana- mana hari.
Selamat pulang ke kampung halaman, jgn lupakan tugas dan tanggungjawab pada keluarga tercinta
Thursday, September 18, 2008
Suasana Berbuka di Mesjid Wilayah
Menunggu waktu azan Maghrib menandakan ketaatan umat islam terhadap ajaran agama. Kita bersyukur dengan rezki yang diberikan sambil tidak lupa tentang nasib mereka yang kebuluran di seluruh dunia terutamanya umat islam yang sama menjalani ibadat puasa
Inilah suasana di dalam masjid yang begitu gah di atas bukit. Marilah kita memuliakan rumah Allah dengan menjadi tetamu yang beribadat kepadaNya
Dua wakil tganu yang meninggalkan keluarga tersayang demi mengejar cita-cita. Tahniah sahabat di atas kegigihan anda. Rakyat tganu berdoa untuk kejayaan kalian.
Testing 1, 2, 3
Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah kamera idaman dengan harga yang berpatutan, jangan lepaskan peluang yang ada.
Jaminan kualiti adalah merupakan kekuatan Kodak C713 yang mampu milik. Kunjungilah pusat- pusat jualan untuk keterangan lanjut.
Cuma , ketiga- tiga model ini khas untuk iklan ini sahaja kerana mereka telah ditempah sejak belasan tahun lagi. Jika ada yang berminat untuk membuat iklan hari raya , sila buat tempahan.
Dari Jitra ke Puncak Everest
Imam mengangkat takbir rakaat pertama , terpandang susuk tubuh di saf hadapan. 14 tahun yg lalu ku kenalinya. Seorang yg sangat peramah , rokok More Merah tak lekang dari bibir kecuali bila berada di fakulti.
Uban memenuhi kepala yg ditutup dek kopiah/lebai , memakai baju melayu putih dan aku tahu memang sah dialah orangnya.
Dari Jitra dia datang , kini berada di Puncak Everest, bersama Al Bukhari memikul amanah yang besar melangkau batas sempadan negara, merentasi batas benua demi memastikan jiwa muslim mendapat ilmu. Alhamdulillah , Engkau telah menempatkan hamba mu sesuai dengan keupayaan masing- masing.
Mr Haridan Ismail, teruskanlah usaha itu kerana tugas kita adalah sama , memberikan peluang kepada sesiapa yang memerlukan dalam menuntut ilmu dan kami menyokong setiap yang baik dan paling penting mendapat keredhaan.
Wednesday, September 17, 2008
Kari Kepala Ikan dan Nasi Beriani
Tiba- tiba penjual pasar ramadhan tidak mahu menjual kari kepala ikan dengan nasi beriani. Katanya mana boleh bercampur nasi beriani dan kari kepala ikan, tak ngam. Itulah kita. Terlalu berstruktur dalam kehidupan , aku melayu maka aku tak boleh makan spaghetti, sushi jauh sekali, selera tak datang.
17 Ramadhan pada pukul 6 petang amar redup dan suasana tenang di tepi bukit menghala ke segambut. Menteri telah bertukar Kementerian (suka sama suka?). SAPP meneruskan hasrat dan keluar dari komponen BN. Senario yang sangat menarik. Kalau dulu jarang berlaku seperti mana jarang ada orang nak makan nasi beriani berlaukkan kari kepala ikan.
Apa pengajaran ? Globalisasi abad ini terus berkembang pesat, setiap minit ditunggu, akhbar sudah ketinggalan, blog juga terkadang tercungap2 mengejar berita. Usah memikir panjang membuat analisa , kelak akan ditertawa. Ketinggalan zaman , kata mereka.
Tak pelik lagi, kalau setakat makan kari kepala ikan dengan nasi beriani, markah tak banyak dalam kreativiti.
Pesanan untuk diri sendiri dan rakan pembaca, hayatilah khutbah terakhir Rasul SAW supaya kita tidak hanyut dalam kepesatan maklumat hari ini.
Selamat Berbuka Puasa.
Al Quran dan Perubahan dalam Kehidupan.
Selamat Menyambut 17 Ramadhan sempena Nuzul Quran
dipetik dari http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/perubahan.htm
Sebelum turunnya Al-Quran manusia (khususnya di Benua Arab) secara amnya hidup di dalam kepelbagaian ragam kepercayaan, kebudayaan dan etika. Dan kemudian Al-Quran diturunkan dengan membawa rahmat perubahan.
Antaranya ialah:
1. Bidang Akidah: Melalui pernyataan yang dibawa oleh Al-Quran tentang tuhan itu Esa dan Tunggal, maka kepercayaan bertuhan banyak (politheisme) menjadi gugur (tidak diakui oleh Islam). Sebab tidak ada tuhan selain Allah SWT, dan Dialah Yang Maha Pencipta alam semesta ini. Kepercayaan seperti ini dinamakan tauhid.
2. Bidang Ibadah: Al-Quran datang dengan petunjuk bahawa yang berhak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dia Yang Tunggal, pencipta manusia dan alam semesta. Al-Quran dengan petunjuk yang demikian, melarang keras beribadah kepada patung, berhala, matahari, bulan atau selain Allah SWT. Sebab, tidak ada sekutu bagiNya.
3. Bidang Akhlak: Al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah tentang kriteria antara akhlak yang baik dan terpuji dengan akhlak yang buruk dan tercela. Masalah-masalah pembunuhan, perzinaan, perjudian, pencurian dan merampas harta orang lain, tidaklah masuk dalam wawasan akhlak, justeru masalah-masalah tersebut termasuk kedalam tindakan jenayah dan pembuatnya wajib dijatuhkan hukuman.
4. Bidang Siyasah (Politik): Al-Quran dan sunnah Rasul (Al Hadits) tidak mengakui kedaulatan umat atau penguasa. Kedaulatan menurut kedua sumber tersebut dan sumber lain yang diakui kaum muslimin adalah milik Allah dan RasulNya. Hanya 'kekuasaan pemerintahan' sajalah yang dimiliki umat. Dan di dalam Islam tidak diakui (tidak ada) 'Sistem Kerajaan' atau Aristokrasi. Pemerintahan Islam adalah 'Negara Kesatuan', bukan 'Negara Bahagian'. Inilah salah satu contoh yang pernah terjadi dahulu semasa kekhilafahan masih berlaku, dan ia bukan sekadar perbandingan teoritis tetapi merupakan sebuah peraturan yang terbukti di dalam kenyataan kehidupan.
5. Bidang Ekonomi: Al-Quran (dan Sunnah Rasul) telah memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan apa yang boleh dimiliki oleh individu dan apa yang tidak. Juga telah ditentukan tentang pemilikan sesuatu (benda) yang bersifat umum, tidak boleh dimiliki oleh per individu, seperti laut, sungai dan lain-lain.
Peraturan yang terdapat pada Al-Quran (dan Sunnah Rasul) memberikan petunjuk pelaksanaan tentang jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.
Tuesday, September 16, 2008
Wind of change
.jpg)
I follow the Moskva
down to gorky park
listening to the wind of change
an august summer night
soldiers passing by
listening to the wind of change
The world is closing in
did you ever think
that we could be so closed, like brothers
the future's in the air
I can feel it everywhere
blowing with the wind of change
Take me to the magic of the moment
on a glory night
where the children of tomorrow dream away
in the wind of change
walking down the street
distant memories
are buried in the past forever
I follow the moskva
down to gorky park
listening to the wind of change
The wind of change blows straight into the face of time
like a stormwind that will ring the freedom bell
for peace of mind
let your balalaika sing
what my guitar wants to say
Aku berserah kepada takdir dan waktu
antara ramalanku akan benar belaka
atau pelamin angan yang musnah
jika benar alhamdulillah
jika tidak bersyukurlah
kerana kau dipaksa aku terpaksa
menghitung hari dan demi waktu
seiring dan sejalan
pasrah, resah tika dan saat ini
adakah bayangan gurauan
atau fantasi dan realiti
inilah kisah dalam lagu
kerana kau
tapi aku hanya mampu mengintai dari tirai kamar
jeling menjeling tapi ku takkan berpaling
hanya menunggu sonata musim salju
berterbangan bagaikan layang-layang terputus talinya
Sidang Media DSAI
pukul 2.00 petang
Permulaan kepada detik yang ditunggu
Khabarnya...
Kita akan diubah... betulkah?
Siapa yang cakap?
Mengapa berubah?
Oh! Aku tetap di sini .. sedang mencari
Diri sendiri
Hebatnya engkau
Kesempurnaan diri terserlah
Keperluan fisiologi telah lengkap
Kasih sayang memenuhi diri
Penghargaan seluruh dunia... apa lagi
Turunlah kelembah
Mudiklah ke hulu
Maslow untuk semua
Rampaslah keseronokan mereka
demi keperluan kami.....
SELAMAT HARI MALAYSIA
Puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa memenuhi Stadium MBPJ Kelana Jaya dengan mengibarkan jalur gemilang.
Hujan yang turun sejak petang berhenti tepat pada waktunya menyaksikan gema azan berkumandang menandakan waktu berbuka telah tiba dan keharmonian Malaysia amat terasa. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang saling memahami perbezaan masing-masing namun bersatu menentang kezaliman dan kebobrokan.
Apa yang amat dibanggakan ialah bila mana mahkamah syariah akan diletakkan di tempatnya dan insyaallah langit baru akan muncul dan memayungi kita dengan penuh bercahaya.
Kibarkan jalur gemilang bersama orang-orang yang mengibarkannya...............
1.00 am
Monday, September 15, 2008
Motivate ourselves before motivating others
I found the answers in my room
1. ROOF said: Aim high
2. FAN said : Be cool
3. CLOCK said : Every minute is precious
4. MIRROR said : Reflect before you act
5. WINDOW said : See the world
6. CALENDAR said : Be up-to-date
7. DOOR said : Push hard to achieve your goals
thanks to Puan Fuziah Salleh ( MP of Kuantan )
Saat Cinta Bertasbih

15/9/08 12.45 pm
Saat Cinta Bertasbih - Tribut Untuk Tuan Guru
Mengapa memilih tajuk ini sebagai nukilan tengahari 15 Ramadhan ?
Kita telah berada dipertengahan bulan Ramadhan , maka kita hanya mempunyai separuh masa yang kedua untuk mendapatkan gol kemenangan. Lantas hari ini, dikira sebagai masa rehat maka kita sepatutnya diingatkan dan dipandu semula oleh seorang jurulatih supaya sepanjang permainan babak kedua nanti adalah lebih baik daripada babak pertama. Apa kaitannya dengan Tuan Guru?
Mengingatkan kembali 18 tahun yg lalu , seorang insan yang telah mengangkat sumpah sebagai MB bagi negeri Kelantan dan Alhamdulillah kekal sehingga ke hari ini.
Apakah perubahan yang Tok Guru bawa ? Retorik semata- mata?
Jika berpeluang ke negeri Kelantan , silalah membaca billboard apa yg berlaku sepanjang 18 tahun beliau mengetuai negeri dan bandingkan apa yang tidak dituruti oleh Kerajaan Pusat. Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak , apa yang baik mesti diikuti dan ditiru, kerana kita hidup dengan mengikut dan meniru dari junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kenapa Islam mesti memerintah ? Cubalah melawat Kelantan , lihatlah bagaimana iklan Pasaraya Billion yang tertulis "Basahilah lidahmu dengan Quran". Bukankan Islam ini agama nasihat dan menasihati? Mengapa Billboard AMBank dapat ditutup rambut tiga warganya yang menjadi tumpuan orang lalu lalang, retorikkah tindakan ini ? Alangkah sayangnya jika kita biarkan syiar Islam ini yang dianggap retorik akhirnya tewas kepada kononnya modernisasi yang tidak menjanjikan keuntungan di dunia dan tidak mempunyai apa-apa bahagian di akhirat nanti.
Kalau hari ini , ramai bercakap tentang hubungan kaum, Tok Guru telah lama ke depan dengan mengatakan kita semua melayu, cina dan india adalah anak cucu tok adam, mesti saling kenal mengenal dan kembali mengadap tuhan yang satu melalui Islam.
Kita mesti ingat bahawa insan itu lupa dan lalai. Siapa boleh menjamin tiada manusia islam yang akan membeli nombor ekor dan toto jika setiap barisan kedai terdapat peluang khayalan dengan hanya RM1 kecil besar. Siapa boleh menanggung dosa orang islam yang mabuk di disco-disco jika dibiarkan bebas sebebasnya?
Inilah jasa Tok Guru kepada Islam. Janganlah kita anggap politik itu sentiasa kotor. Mendapatkan kuasa politik bermakna kita telah mempunyai ruang untuk menegakkan apa yang disuruh oleh Maha Pencipta.
'Saat Cinta Bertasbih' - terima kasih Tok Guru , jika hari ini sipencuri dikenakan hukum hudud, sudah tentu kawanku tidak akan kehilangan laptopnya. Kita yakin dengan janji Allah. Perjuangan kita belum selesai, nasihatilah kami dengat bait-bait mu kerana kami amat merindui suaramu di setiap pagi jumaat. Pandulah kami sehingga kehujung nyawa.
Sunday, September 14, 2008
Renungan di Malam Isnin
Isnin- Ramai orang anggap sbg manic monday
Ithnin - ejaan lama bagi hari isnin , nama seorang rakan yg pernah dikenali dulu
Isnin- Nama singkatan sahabat Ismail bin Senin, lama tak ketemu
Isnin- nombor 2 dalam bahasa arab , betulke ustaz noruddin ( guru bahasa arab di sekolah dulu)
Isnin- Hari lahir ku memang jatuh pada hari ini
Isnin- Akhbar Harakah dua kali seminggu diterbit pada hari ini
Isnin- 15 september 2008 - ramai dijangka hadir ke stadium MPPJ , Kelana Jaya
Isnin- 12 Rabiul awal tahun gajah , lahirnya penyelamat manusia , muhammad SAW
Itulah renungan sekadar renungan
Kisah Penjual Tempe
Sekali lagi masa siang digunakan untuk mengenali Bandaraya KL, kali ini IKEA, The Curve menjadi pilihan , fuh! Ramai orang , beratur utk membayarpun memakan masa 45 minit. Rupanya kuasa membeli orang kite masih ada cuma nilainya mungkin agak rendah. Mengapa demikian? Kalau nak diperhatikan, kebanyakannya di IKEA hanya membeli benda2 kecil dan murah.
Hujan amat lebat dgn guruh yg kuat menjadikan KL hari ini agak suram bermula pkl 4 ptg. Apa nasib peniaga di Jalan Raja Alang ? Itulah yg dikatakan rejki, jgn sombong dgn pelanggan ramai, Yang Esa mampu buat apa sahaja, ingatan untuk kita semua.
Mengapa tempe menjadi tajuk? Singgah sekejap di Jalan Raja Bot, murah sey tempe RM2 dapat 3 bungkus. Mesti best orang kampung makan tempe goreng campur ikan bilis goreng pedas. Selera berbuka puasa pun jadi lain, bolehla tampung seminggu ni .
Siapa pernah baca cerita makcik jual tempe? sedih dan pilu namun itulah, kalau dh ditakdirkan rejki, gtak kemana? Tempe yg belum masak pun ada juga dicari orang.
Mlm tadi , ada juga tawaf jln TAR dan Raja Laut, dgr khabar ada MP Umno nak masuk PAS, golap jer nampak pejabat PAS, memang sah khabar angin. Apa pula citer lilin di bukit damansara mlm nanti?
Sekarang pukul 7 pm, sebentar lagi semua umat islam malaysia akan berbuka puasa, hari ni, nasi beriani restoran kari kepala ikan jln yap kwang seng jadi pilihan.
Selamat Berbuka Puasa dan selamat berterawih.
siapa yg belum tahu , tambang bas ke KB RM 41.00
Sehari di Kuala Lumpur
Lihatlah suasana di Jalan Mesjid India selepas solat zohor . Jauhkan diri anda dari tempat ini dihujung minggu , semoga anda semua selamat dari dahaga dan lapar yg keterlaluan dek panasnya suhu
SOGO nama yg begitu gah suatu ketika dulu dah jadi tak ubah bagai pasar tani, ramainya orang menyebabkan aircon yg terpasang bagaikan alat pemanas ketuhar, ratusan orang beratur di kaunter , apa salahnya ditambah kaunter macam kat Giant atau Tesco, Kasihan melihat kanak2 yg kepanasan dan itulah meriahnya SOGO sale , beli jangan tak beli
Kalau dah sampai KL di bulan puasa, jalan Raja Alang mesti dijengah kerana inilah antara pasar ramadhan yg keluar tv dan surat khabar saban tahun, tak der sangat yg spesial, cuma namanya yg tersohor seantero , kalau teringin sangat nak cari kueh, blehlah beramai-ramai ke sini, sambil menunggu giliran ambil bubur lambuk masjid kg baru yg sebaris dengannya. Apa akan jadi jika GABEM(kalau tak silap) yg khabarnya nak bangunkan kg baru, so perubahan itu mungkin akan menghilangkan kemeriahannya , who knows?.jpg)
Setelah begitu lenguh berjalan, tibalah masa untuk berbuka puasa, memilih nasi kandar sebagai juadah amat berbaloi, Pelita Nasi Kandar menjadi pilihan ( berdekatan Ampang Point). Ramainya orang sampaikan nasi beriani seperiuk dah tersambar. Alhamdulillah! Semua selamat, yang penting sehari di Kuala Lumpur menjadi satu lagi peristiwa kenangan, semua dicuba , dari monorel ke LRT STAR ke PUTRA sampai ke KLCC terus ke KL Sentral, wow! Inilah Kuala Lumpur yg menjadi nyanyian dan siulan Dlloyd dan Alleycat, apatah lagi Chow Kit Road tetap seperti dahulu ,cuma orangnya telah berubah, dari dikir barat telah bertukar kepada musik jaipong, itulah senario sehari di KUALA LUMPUR.
Sambil berbuka dapat juga menonton seketika Liv vs MU , apa keputusannya. Liv 2 MU 1bye 1.06 am 14/9
Saturday, September 13, 2008
Sembahyang Hajat & Protes Senyap
Ada 2 cadangan yg telah saya simpulkan daripada sebahagian rakyat Malaysia pada hari ini dalam usaha menamatkan keributan dan kekeliruan kerana di sini rakyat biasa lebih ramai dari ahli politik , apa yg rakyat tidak tahu , apa yang ahli politik tahu, semua ini membingungkan
Kenapa 3 Di ISA kan juga membingungkan rakyat.....
Cadangan 1- Sembahyang hajat (memohon Allah bukakan kebenaran supaya kita akan kembali aman dan bersama menuju hidup yg lebih harmoni
Cadangan 2- Protes Senyap (jangan layan apa yang diberitahu / dibaca / didengar kerana musim berbohong belum habis lagi) .
Friday, September 12, 2008
Al kisah Legend Hotel dan Pak SheikhJums

Hari ini 12/9 /08 , menerima jemputan untuk berbuka di Hotel Legend dan menikmati juadah ala jepun , kalau dah free tu , tentu ada udang sebalik mee. ]
Puhh! hebatnya tawaran yang diberikan untuk menjadi ahli ...anda tahu berapa ?
RM 2x,xxx.xx selama 25 tahun... kira ok la.
Baru aku tahu rupanya hotel ini, anak Goh Tong punya.
Overall, nice place to break fast.
Hari ni sekali lagi aku berbelanja .. beli buku politik lagi.. Kali ini jeng jeng jeng ....
"sodomi, bontoti, al-liwati - dunia belum kiamat 2
siapa penulisnya ? lihat foto di atas dan a photo is better than thousand words
Selamat bercuti hujung minggu kepada semua , gunakan masa dgn sebaik mungkin dan hidup ibarat roda , jika di atas , kita lah raja, jika dibawah , jangan membantah, why?
jgn biar konflik menguasai diri kita
Thursday, September 11, 2008
Terima Kasih Villa Putra
Alhamdulillah, terasa macam zaman under graduate, life is about doing things happily with good friends.
Thank you Bd, Cro,Lau,Berry and Jan for your kindness.
Teruskan semangat ukhwah dengan saling percaya dan bertoleransi, tiada siapa yang mampu untuk hidup bersendirian kerana kita semua tidak sempurna.
11.34 pm - 911 ( Politic is the art of the possible)
Antara ajehe, kris-mutiara & tukartiub
.jpg)
Tidak penting sebanyak mana perbezaan umur, pegangan, mazhab atau apa saja jika perbezaan itu yang dicari tapi dengan hanya satu persamaan , kita dapat melangkah bersama ke arah satu matlamat jitu , kembalikan apa yang menjadi hak rakyat dan kita akan melihat rakyat akan terus bangkit menuju kecemerlangan.
Dari mendengar ceramah dan kini mengikuti forum bukan suatu yang asing jika kita ingin menuju ke masa depan yang cerah, biar kita berbicara daripada menahan tanpa bicara; biar kita berhadapan daripada lempar batu sembunyi tangan; biar kita melulu daripada menahan pandangan bisu; biar kita rebah daripada mengaku kalah; biar kita dikutuk jangan kita melutut; biar kita merangkak jangan kita buat-buat pekak kerana ini semua akan menjadikan kita lebih matang kerana hari mendatang mempunyai pelbagai cabaran yang tidak kunjung padam.
Ayuh, sinsingkan lengan bajumu, lipatlah kaki seluarmu, kita mengatur derap langkah, biar bulan ramadhan yang suci ini kan menjadi saksi bahawa jika berubah, kita juga turut melangkah, jika menjadi, kita juga sama menjadi paksi, jika berjaya, kita juga ada bersama malah jika tewas kita juga turut sama menggalas.
Buatlah yang baik pada manusia kerana Allah ......sekian 1.30 am 11/9 . terima kasih sahabat
Tuesday, September 9, 2008
Kenali kawan anda di sini
Yang pertama ini seorang sahabat yang telah lama berkawan dengan saudara saya dan berkebetulan menjadi sahabat saya pula. Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air dan mempunyai inner drive yang kuat, sebab itulah dia menjadi sahabat saya he he he.Tidak berapa suka untuk mengikut peraturan secara membabi buta kerana apa yang dilakukan adalah hasil daripada keinginan diri yang kuat untuk berjaya. Mempunyai cita- cita untuk berhijrah ke institusi lain daripada sekolah jika mempunyai peluang.
Mempunyai idea yang banyak dan terbuka dan doa saya agar sahabat saya ini akan mencapai self-actualization dalam masa yang terdekat sesuai dengan pengorbanan yang telah dilakukan selama ini.
Buat sahabat saya ini, maaf jika kata-kata ini terdapat sesuatu yang menyinggung perasaan anda.........
Ini sahabat ana dari AG2 yang telah bersama sejak ogos 2007. Jika mereka juga sahabat anda atau pernah menjadi sahabat anda, maka inilah peluang untuk anda kembali menjalinkan hubungan silaturahim supaya kenangan lalu akan kembali terjalin
Cuba teka di mana mereka sedang berada? Hotel Makkah? Hotel Madinah? Yang jelas terpancar cahaya Ramadhan di dahi sahabat- sahabat saya ini.
Saya akan merindui detik- detik bersama mereka apabila kami semua kembali ke lapangan masing- masing. Ada yang akan kembali ke kebun, ada yang turun semula ke laut dan ada yang mulakan program teknologi maklumatnya. Yang penting semua mereka nampak begitu ceria dan nombor bertuah mereka ialah 4395.
IPK : Refleksi 8 (Interpersonal skills)
Apa yang telah dibincangkan setakat ini rupanya masih dalam konteks pra syarat (prerequisites) sebagai seorang penyelia iaitu pengetahuan dan interpersonal. Manakala pra syarat seterusnya iaitu kemahiran teknikal masih belum dibincangkan. Bagi saya walaupun cara perbincangan yang tidak tersusun telah berlaku tetapi tidak timbul masalah untuk memahaminya kerana saya yakin bahawa penghayatan saya telah berkembang tumbuh dalam konteks penyeliaan yang berasaskan kepada ‘developmental approach’.
Dalam konteks kemahiran ‘interpersonal’ pula, perkaitannya adalah sangat rapat dengan memahami perkembangan guru sebagai orang dewasa (bab 4). Perbincangan hari ini melibatkan empat pendekatan iaitu ‘non-directive’, ‘collaborative’, ‘directive informational’ dan ‘directive control’. Bagaimana seorang penyelia hendak memilih penggunaan pendekatan adalah bukan terletak pada diri penyelia tetapi dengan melihat kepada guru yang diselia berdasarkan kepada tahap perkembangan mereka. Pengetahuan penyelia tentang bagaimana guru sebagai orang dewasa belajar, tahap perkembangan mereka dari segi kognitif- ego, moral, konsep dan sebagainya akan menentukan pendekatan yang sesuai bagi menjamin kesinambungan kerana penyeliaan berkait dengan perubahan dan anjakan paradigma. Jika ini tidak berlaku maka kita boleh katakan bahawa penyeliaan belum berlaku. Inilah yang membezakan antara penyeliaan dengan penilaian atau pencerapan.
Saya sangat bersetuju bahawa ramai nazir yang datang ke sekolah bertindak sebagai pemeriksa yang menilai guru dan proses ini tidak berkaitan dengan penyeliaan. Ia tidak bercirikan ‘school-based’ dan adalah lebih baik jika penyelia formal di sekolah dipilih mewakili jemaah nazir kerana mereka lebih mengenali siapa guru mereka dan pengupayaan (empowerment) yang menjurus kepada serampang dua mata ini bagi saya akan mampu membawa kepada perubahan dan penambahbaikan ke arah mencapai sekolah yang berkesan.
Apabila platform penyeliaan saya mula menuju ke arah kolaboratif secara sedar dan faham maka saya menganggap apa yang ideal sebelum ini akan menjadi realiti yang mampu mengubah kepercayaan (belief) yang telah menebal dalam diri masing- masing. Persoalannya, adakah saya masih berada dilandasan yang betul kerana perjalanan yang semakin jauh akan menyukarkan perjalanan balik ke pangkal jalan. Bagaimanapun semua ini menjadi motivasi untuk mencapai kepuasan diri sebagaimana diperkatakan oleh Maslow dan Herzberg’s.
Monday, September 8, 2008
Pensiangan - Salinatan
Teringat Feb 08 bila rombongan kami ke Daerah Pensiangan dan terus bermalam di Salinatan. Indah sungguh suasana di sana , damai terasa melihat jernihnya air sungai sambil mudik kehulu bermula dari Kuala Salong.
Siapa sahaja yang menjadi MP bagi Parlimen ini seharusnya mengambil berat dengan keadaan rakyat yang hanya mengharapkan kesempurnaan hidup asas tanpa meminta untuk memiliki sebuah kapal layar ataupun jet peribadi
Anak- anak pensiangan dan salinatan masih terlalu mentah untuk melihat pendidikan bertaraf dunia, apatah lagi aspirasi mereka terlalu jauh berbanding ekspektasi pendidikan di negara ini.
Tahniah untuk para guru yang sanggup untuk bersama mereka, teruskan usaha anda, jangan undur, ingat janji kita untuk berkhidmat di mana sahaja. Lokasi bukan masalah, keinginan yang kuat akan melahirkan generasi pendidik yang cemerlang yang sebenarnya mampu membawa negara ke peringkat dunia.
Sunday, September 7, 2008
Harapan & Realiti
foto 1Suasana mendung yang menggambarkan keperitan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga minyak dari RM 1.92 kepada RM 2.55 sen seliter. Pihak kerajaan mendakwa kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak dan mungkin membantu menaik tarafkan pengangkutan awam supaya kos petrol dan diesel yang meningkat dapat dikurangkan. Rakyat berharap agar kerajaan akan mengotakannya kerana rakyat tidak faham mengapa sebagai negara pengeluar minyak kita menjadi miskin apabila harga minyak meningkat...
Setelah DSAI berjanji untuk menurunkan harga minyak jika memerintah, sekali lagi rakyat berharap agar kata ini dikotakan. Rakyat telah memberikan kepercayaan kepada beliau melalui kertas undi yang dipangkah di PRK Permatang Pauh. Kali ini harapan semakin cerah kerana kecuali media arus perdana, rakyat dapat menyaksikan tsunami besar seakan sedang menuju kesini. Suasana juga agak cerah bila kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.15 kerana kerajaan memang sentiasa memikirkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat yang selama ini menganggap mereka sebagai pembela dan pejuang rakyat. Jika mereka terlalu kaya adalah kerana mereka pemilik harta kekayaan yang ada dalam negara.
foto 3Rakyat masih berharap agar berlaku satu perubahan dalam negara menjelang 16 september. Kenapa? Rakyat berharap agar kerajaan yang ada dan yang menanti sama-sama bekerja keras untuk kebajikan mereka. Persaingan yang berlaku akan membuka mata semua pihak bahawa negara ini milik rakyat dan setiap penduduk negara ini mempunyai hak untuk menikmati kemajuan yang ada. Jangan berdolak dalik dengan mainan kotor untuk mengekalkan kuasa atau mendapatkan kuasa, cerah di langit bukan kerana sedarnya kerajaan yang ada pada hari ini atau munculnya seorang pemimpin sarwajagat tetapi dek kesedaran rakyat bahawa negara ini milik kita semua dan kita berhak meminta dibebaskan SPR, BPR dan segala R daripada belenggu mana mana pihak. Padang biar rata , rakyat akan tentukan kerana kita telah memilih lunas demokrasi. Andai demokrasi telah gagal, jangan salahkan rakyat kerana kerajaan demokrasi adalah kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat
Saturday, September 6, 2008
Kesan Pincang Laku Pengetua Terhadap Guru.
Kesan Pincang Laku Kepemimpinan Pengetua Terhadap Guru
Oleh
Abdul Ghani Abdullah, Aziah Ismail & Tang Keow Ngang (2008)
Satu ‘Critique’
Kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti trait- trait kepemimpinan yang dikatakan sebagai pincang laku, menjelaskan kesan pincang laku terhadap guru dari segi psikologi, fizikal dan prestasi dalam bilik darjah dan sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk membina model pincang laku kepemimpinan dan kesannya terhadap guru mengikut konteks Malaysia. Penyelidik berharap agar pendekatan kualitatif yang digunakan dengan teknik persampelan ‘snowball’ akan menjawab objektif yang telah dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga tahap pincang laku kepemimpinan sekolah iaitu awal, sederhana dan kritikal yang mewakili tahap pincang laku yang memberikan kesan kepada guru dari segi fizikal dan emosi. Pincang laku ini juga telah membawa kesan kepada organisasi sekolah itu sendiri dan juga kepada pendidikan negara secara keseluruhan.
Kajian ini adalah sangat bersesuaian dan bertepatan dengan konteks pengurusan dan kepemimpinan pendidikan yang sentiasa berubah serta memerlukan penambahbaikan dan penyesuaian daripada apa yang diperolehi oleh penyelidik dalam bidang pengurusan kerana institusi pendidikan adalah berbeza dengan bidang pengurusan yang lain terutama yang bermatlamatkan keuntungan. Sebagai contohnya, kepemimpinan instruksional dan penyeliaan dalam pendidikan memerlukan pendekatan dan penyelidikan yang berbeza berbanding teori pengurusan dan kepimpinan bidang lain yang ada pada hari ini. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh Abdul Ghani et.al. merupakan satu usaha yang patut dipuji dan dihargai melalui perbincangan dan tindakan selanjutnya supaya usaha mereka tidak sia- sia dan dapat membantu ke arah peningkatan kualiti kepemimpinan pendidikan terutama di sekolah- sekolah di negara kita.
Pincang laku pengetua dalam kajian ini telah menjadi asas kepada ulasan dan kupasan ini tanpa memberikan komen secara terperinci terhadap setiap maklumat yang diperolehi daripada kesemua informan kerana penyelidik tidak menyatakan secara jelas tahap hubungan di antara pengetua atau guru besar dengan individu yang terlibat sebagai informan. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk mengandaikan setiap tindakan yang dilakukan oleh pengetua mereka adalah sebagai pincang laku pengetua.
Pincang laku yang berlaku dalam kajian ini boleh dikategorikan kepada beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada tindakan- tindakan oleh pengetua dan guru besar yang terlibat. Faktor yang pertama yang boleh dikaitkan dengan pincang laku ialah tiada perkongsian misi dan visi sekolah di antara pemimpin sekolah dengan warga sekolah terutamanya guru- guru. Ini menyebabkan berlaku salah faham di antara kedua- dua pihak sama ada dari segi pengurusan dan juga pengajaran. Akibatnya, guru tidak berkongsi dengan kepemimpinan sekolah mengenai apa yang telah dirancangkan. Dalam konteks perancangan strategik, setiap pelan tindakan dan pelan operasi pihak guru adalah tidak bertepatan dengan apa yang dirancang oleh pengetua maka kesannya adalah berlakunya tingkah laku pincang seperti yang didapati dalam kajian.
Faktor yang kedua adalah sejauh mana pengetua dan guru besar ini mempunyai pengetahuan tentang teori kepimpinan dan pengalaman dalam memimpin organisasi terutamanya di sekolah. Ini adalah kerana ramai di antara guru yang dilantik ke jawatan tersebut berdasarkan kepada kekananan mereka dalam kerjaya. Oleh itu, mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin terutama dari segi memenuhi kehendak staf sebagai ahli dalam organisasi dan pada masa yang sama untuk memastikan matlamat organisasi dapat dicapai. Persoalan yang timbul di sini apakah teori kepemimpinan yang mereka gunakan dan adakah mereka telahpun didedahkan dengan kursus- kursus yang sesuai dengan tugas mereka sebagai pemimpin sekolah. Pincang laku yang berlaku dipercayai akibat kurangnya pengetahuan mereka untuk memimpin sesebuah organisasi berdasarkan kepada teori- teori kepimpinan yang sesuai.
Faktor yang ketiga yang menyebabkan pincang laku pemimpin sekolah adalah kerana kurangnya kebebasan kepada mereka untuk memimpin sekolah. Mereka terlalu terikat dengan arahan dan pelbagai peraturan yang wajib dipatuhi dari pihak ‘stakeholders’ terutama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah/ Gabungan (PPD/PPG). Semua arahan ini mempunyai tempoh perlaksanaan dan kekangan ini menyebabkan mereka sentiasa rasa tertekan dan membawa kepada tingkah laku yang pincang terhadap guru. Ini merupakan satu karenah birokrasi yang bertujuan untuk menyeragamkan sekolah- sekolah di bawah sistem berpusat seperti negara ini tetapi dari sudut yang lain telah membawa kepada tekanan kepada warga sekolah sehingga berlakunya pincang laku sama ada di sedari ataupun tidak. Mungkin dengan adanya sekolah kluster yang memberikan autonomi kepada sekolah yang dilihat akan mengurangkan karenah birokrasi dan pincang laku akan dapat dielakkan.
Apa yang berlaku di antara pemimpin sekolah dan guru berdasarkan dapatan kajian ini berpunca daripada ketiga- tiga faktor di atas. Apabila semua warga sekolah berkongsi dalam menetapkan misi dan visi sekolah maka setiap tindakan yang dilakukan sama ada oleh pengetua dan guru adalah menjurus kepada pencapaian perancangan strategik sekolah yang telah dibina bersama. Dengan itu pincang laku ini akan dapat dielakkan dan masing- masing memahami tugas dan peranan mereka. Apabila pemimpin sekolah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang teori- teori kepimpinan yang boleh digunakan maka setiap pendekatan sama ada direktif, kolaboratif ataupun non- direktif adalah sesuai dengan individu yang ada dalam organisasi. Oleh yang demikian, tidak akan timbul pincang laku pengetua kerana jauhari telahpun mengenal manikam. Apabila pengetua diberi kebebasan atau autonomi untuk memimpin dan menentukan hala tuju sekolah maka warga sekolah berpeluang untuk menikmati peringkat ‘self-actualization’ dalam teori Maslow. Setiap kerja yang dilakukan adalah untuk memenuhi kepuasan diri masing- masing dan ini akan dapat mengelakkan pincang laku pengetua terhadap guru- guru yang melakukan tugasan tanpa tekanan daripada mana- mana pihak.
Dalam konteks penyelidikan yang telah dijalankan, kita akan mendapati bahawa kekuatan kajian ini adalah kerana pendekatan kualitatif yang digunakan telah membantu mereka untuk mendapatkan data yang lengkap bagi memenuhi tujuan kajian dilakukan. Teknik persampelan ‘snowball’ memberikan keyakinan kepada informan untuk meluahkan apa yang berlaku kepada mereka. Dengan itu, setiap informan yang terlibat telah terpanggil untuk memberikan respon yang sesuai dengan tujuan kajian penyelidik. Kebebasan yang diberikan melalui soalan temubual secara ‘open-ended’ dan tanpa bersemuka menggalakkan kepada jawaban yang lebih terbuka.
Apa yang menjadi kelemahan dalam kajian ini adalah kurangnya maklumat mengenai pengetua atau guru besar tentang pengalaman dan pengetahuan tentang kepemimpinan yang ada pada mereka kerana kedua- dua ini akan mempengaruhi tindakan yang dilakukan oleh pemimpin sekolah terhadap guru mereka. Jika maklumat ini diperolehi maka pincang laku yang dikatakan oleh guru- guru di bawah pimpinan mereka ini akan dapat dianalisiskan dengan lebih terperinci.
Kesimpulannya, penyelidikan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh dimantapkan lagi namun dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam konteks negara kita, pincang laku pengetua adalah disebabkan faktor luaran yang boleh dielakkan dengan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada dengan mengurangkan karenah birokrasi, pengupayaan kuasa yang lebih kepada pimpinan sekolah dan pemilihan pengetua atau guru besar yang berkaliber untuk menerima tanggung jawab.
Amalan Baik Untuk Sel Fikir Otak

Friday, September 5, 2008
SMS yang mana satu?
.jpg)
(jenazah Pak Samad sedang dibawa ke van untuk ke tanah perkuburan bukit kiara)Thursday, September 4, 2008
C H O G M, do you still remember the acronim ?
KUALA TERENGGANU: The Education Ministry revealed that about 35% of teachers teaching Science and Mathematics in schools nationwide have been found to lack a good command of the English language.
Deputy Education Minister Datuk Razali Ismail said such a setback in the teaching profession was discovered during surveys conducted in schools that were selected randomly, to gauge the standard of teachers who are tasked to teach both the subjects in English.
"Teachers who were tested were found to be less proficient in the language and were found to be unable to express the right teaching methods so that students could easily comprehend," he said here on Thursday.
He said students were found to have the potential to grasp the language promptly but these teachers were unable to coach them.
"This situation would actually be negative to the students who would be unable to acquire the contents of both the subjects," he said.
Razali said the survey also divulged these teachers’ lack of enthusiasm and dedication to enhance their command in the English language.
The Government, he said, had provided all types of assistance to these teachers to improve their command of English, including monetary facilities to reference books and tuition classes.
"We found that teachers used these monetary aids provided by the Ministry for other unrelated purposes," he added.
Razali said the Ministry will continue to conduct intensive classes, including sending the teachers overseas so that they achieve a better proficiency in the English
language.
Now, guys! you have a chance to go for CHOGM (Cheap Holiday On Government's Money)
Mengingati sept 98
-Restoran Awang Radin, macam biasa menjadi tempat memperagakan otot - otot kecil kami sambil meneguk sirap bandung
-Berita jam 6 telah menyiarkan kisah DSAI. Tergamam dan terkejut dengan apa yang berlaku
-Pulang bercuti ke kampung , singgah di kuala lumpur
-turut serta memanjat pagar di bukit damansara untuk melihat suasana di rumah DSAI, lautan manusia memenuhi setiap inci kawasan
-gugurnya seoramg tpm sebelum menuju ke puncak
hari ini , sept datang lagi
-lokasi telah berubah, dari bukit damansara ke bukit segambut
-aku masih berjoging dalam usia 10 tahun lebih dewasa
-aku masih menonton berita jam 6 dari stesen yg sama cuma bermenterikan sabree chik
- Otot telah bertukar menjadi lemak yg menunjukkan usaha semakin berkurangan
- Sedekad berlalu, kini DSAI kembali lagi
-Rakyat menunggu setia
-apa yang bakal terjadi nanti......... apakah sejarah itu peristiwa benar yg berulang-ulang?
-maka kita akan lihat ulangan 98 atau kita bina sejarah baru yang akan menjadi teladan kerana tidak Allah jadikan kisah Firaun dapat kita lihat pada hari ini supaya menjadi teladan untuk umat manusia
-Ya Allah ! Kami bersujud dan memohon padamu....
Wednesday, September 3, 2008
Ulasan dan Kupasan


Tuesday, September 2, 2008
JEJAK RAMADHAN
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Glickman : aku gelapmata
Memahami Glickman secara "helicopter view".
Penyeliaan pengajaran adalah bermatlamat untuk menghasilkan sekolah yang sentiasa berkembang tumbuh yang menghala kepada sekolah berkesan. Untuk memahami buku ini , kita hendaklah melihat kerangka keseluruhan supaya kita tidak akan kabur dan menyebabkan kita tidak mampu untuk menjelaskan maksud yang sebenar untuk menunjukkan kefahaman kita yang mendalam.
Glickman menyatakan bahawa untuk menjadi penyelia yang berkesan, kita hendaklah mempunyai kefahaman yang mendalam tentang tiga perkara iaitu pengetahuan, kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Dalam bab 1 , penekanan adalah kepada konsep penyeliaan. Setelah memahami konsep maka Glickman telah membincangkan apakah pengetahuan berkaitan yang mesti dikuasai oleh penyelia iaitu dimana penyeliaan itu berlaku, kepada siapa ia berlaku dan untuk apa ianya diperlukan. Ini semua terkandung di dalam bab 2, 3, 4 dan 5 yang membincangkan tentang pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang penyelia. Di dalam bab 2 , Glickman membincangkan tentang sekolah , dalam bab 4, perbincangan adalah berkatitan dengan guru sebagai orang dewasa yang belajar dan bab 5 pula kita dibawa melihat pengajaran yang sepatutnya berlaku di dalam kelas.
Memahami keseluruhan bab 2 hingga bab 5 akan menjadikan kita telah menguasai satu pra syarat dalam penyeliaan.
(bersambung dalam perbincangan selanjutnya ..........)
Seindah memori lalu
Saya nak royat cerita sebuah kumpulan manusiasedang belajar semata mata meningkatkan limu didada
telah setahun duduk bersama masa senang masa susah
tanpa mengira rupa dan budaya
Waktu belajar kita bersama tak kira apapun cara
menjana pengetahuan memahami tugasan
namun senyuman tetap semesra
walau apapun badai melanda
Usah dibuka pekung di dada
kau dan aku serupa saja
kita teruskan apa yang dicita
akhirnya kita dapat sarjana
- pakwar-
(indah sungguh saat membakar ayam di KLCC)
Antara Sunat dan Wajib
Semalam umat islam kembali ke surau /masjid dan mana mana tempat berkumpul untuk menunaikan solat terawih setelah sekian lama tidak berjemaah isyak dan bersolat terawih. Apakah tahun ini akan menjadi satu rutin umat islam di malaysia yang hanya memenuhi surau dan mesjid di awalnya , berkurangan di pertengahannya dan kembali kepada asal di penghujungnya.
Kisah malam tadi amat menghantui diriku, setelah begitu asyik imam membaca ayat- ayat suci alquran dan menghabiskan dua rakaat, tidak ada makmum yang mampu untuk menjadi bilal sedangkan begitu ramai umat islam yang bersolat bersama-sama.
Jika kita merenung sejenak, adakah lagi umat yang akan memandikan mayat kita suatu hari nanti , adakah umat yang boleh menjadi imam sembahyang jenazah,apatah lagi membaca talkin dikuburan.
Jika kita semua menyerahkan fardu kifayah ini dengan menuding jari kepada orang lain, siapakah orangnya?
Jika kita hanya sekadar menjadi orang biasa , siapakah orangnya yang akan menjadi imam kepada kita semua?
Marilah kita bangkit kembali dan usah mengharapkan orang lain untuk menyembahyangkan jenazah ibu bapa kita, biarlah kita sebagai anak yang akan melakukannya kerana kita juga umat islam yang dituntut dengan fardu kifayah yang sama.
Jika kita sanggup untuk mengumpul wang untuk kebahagian anak- anak kita pada masa depan yang tidak pasti, mengapa kita tidak sanggup mengumpulkan untuk diri kita bagi kegunaan di alam yang baqa yang tiada siapa dapat menolong kita untuk membebaskan diri dari belenggu api nereka kecuali dengan amalan yang kita lakukan di dunia dahulu.
Monday, September 1, 2008
MARHABAN YA RAMADHAN
Alhamdulillah, ramai orang islam telah sedar untuk menyambut 1 ramadhan dulu sebelum sama sama menyambut 1 syawal.
Kesedaran ini didorong dengan kedatangan teknologi maklumat sebab sebelum ini tak der kad ramadhan, yang ada hanya kad raya je.
Hari ini, 1 Ramadhan, Pakwar ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga Ramadhan kali ini akan menjadi satu kenangan yang terhebat oleh semua rakyat Malaysia.
Pesanan untuk semua, ber ala kadar lah dalam berbuka dan ber sungguh lah menambahkan ibadat
Sunday, August 31, 2008
Menara Condong Teluk Intan

Aku & Platform Penyeliaanku ditahun 2008
Saya percaya bahawa penyeliaan pengajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan pemerhatian, perbincangan, penilaian dan perkongsian yang berkaitan dengan pengajaran guru sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di sekolah. Penyeliaan pengajaran dijalankan dengan tujuan untuk memastikan apa yang berlaku di dalam kelas adalah menepati dengan matlamat dan tujuan yang telah menjadi perkongsian semua pihak bermula daripada pihak yang membuat dasar kurikulum kebangsaan hingga kepada apa yang diingini oleh komuniti itu sendiri. Pihak sekolah akan menetapkan visi dan misi yang dikongsi bersama warga sekolah yang akan menentukan keberkesanan sekolah dan penyeliaan pengajaran akan tertumpu kepada bagaimana ia akan dapat dicapai.
Penyelia yang berperanan secara formal akan menggabungkan di antara penyeliaan untuk penambahbaikan pengajaran dan penyeliaan dalam bentuk memberikan gred supaya ada piawaian tertentu menjadi panduan supaya prestasi guru dapat diukur kerana saya percaya sedikit kawalan akan meningkatkan lagi kecemerlangan guru. Guru yang berfungsi sebagai penyelia pula akan menjalankan tugas bergantung kepada siapa yang diselia. Jika ia merupakan satu perkongsian maka penyelia akan memberikan ruang yang luas untuk perbincangan dan penyelesaian kepada permasalahan akan ditentukan oleh guru yang diselia itu sendiri. Dalam setengah keadaan pula, penyelia akan bertindak sebagai pencetus kepada idea yang akan ditentukan kemudian oleh guru sendiri untuk menyelesaikannya. Ia boleh berlaku secara formal ataupun tidak formal dan di mana- mana sahaja tanpa ada batasan masa dan ruang.
Saya percaya untuk menjadikan penyeliaan pengajaran ini berkesan maka setiap individu di sekolah mesti mempunyai pengetahuan tentang bagaimana sebenarnya orang dewasa mempelajari sesuatu yang baru kerana itulah faktor yang akan membantu mereka mengubah persepsi dan tindakan mereka kerana mereka adalah berpengalaman dan mempunyai platform sendiri tentang pendidikan. Penyelia juga mesti mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik kerana hubungan yang baik di antara penyelia dan guru akan menghasilkan rasa hormat antara satu sama lain. Di samping itu kemahiran teknikal perlu dikuasai oleh penyelia kerana pengajaran yang berkesan memerlukan kepelbagaian kaedah dan teknik yang digunakan mestilah menepati perbezaan individu pelajar yang berada di dalam kelas. Penyelia juga mesti mempunyai sikap yang positif terhadap setiap perkembangan yang berlaku dan mampu mengelakkan konflik yang akan menyebabkan matlamat untuk keberkesanan pengajaran sukar dicapai.
Guru yang berada di sekolah adalah juga individu yang berbeza yang mempunyai latar belakang kehidupan dengan corak yang berbeza. Pemikiran dan pandangan mereka mesti dihormati oleh penyelia maka pengajaran mereka di dalam kelas sepatutnya menjadi hak milik mereka. Ini kerana mereka telah bersama dalam menentukan matlamat yang hendak dicapai oleh sekolah. Keupayaan guru dalam pengajaran banyak bergantung kepada pengalaman maka menjadi tugas penyelia untuk memberikan bantuan dalam konteks menyediakan perkembangan staf dan galakan untuk mereka mempertingkatkan keupayaan pengajaran mereka.
Perbincangan yang positif di antara penyelia dan guru di mana berlakunya apa yang dipanggil ‘give and take’ akan menjadikan penyeliaan pengajaran adalah merupakan satu keperluan bagi diri guru- guru kerana masing- masing telah mempunyai satu kepercayaan bahawa setiap kelompangan dalam diri akan dapat diperbetulkan melalui pandangan dan pemerhatian orang lain. Oleh itu membina hubungan ‘rapport’ adalah asas kepada penyeliaan pengajaran yang berkesan.
Aktiviti penyeliaan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan keadaan. Saya percaya dengan adanya perkongsian nilai yang sama di antara penyelia dan guru membawa kepada kebebasan dalam aktiviti penyeliaan. Ia boleh berlaku ketika berada di dalam bilik guru semasa guru sedang menyediakan perancangan untuk pengajaran. Setelah perbincangan dibuat dan mendapat persetujuan maka penyeliaan seterusnya akan berlaku di dalam kelas supaya kesan perbicangan dapat dinilai keberkesanannya. Ini akan menjurus kepada perubahan selepas kelas untuk penambahbaikan pengajaran untuk kelas seterusnya.
Apa yang banyak berlaku pada penyeliaan pengajaran pada hari ini adalah kelemahan penyelia untuk meningkatkan pengetahuan , kemahiran inter personal dan kemahiran teknikal sedangkan inilah pra syarat kepada aktiviti penyeliaan. Penyelia formal mestilah membuat anjakan paradigma dengan meninggalkan konsep penyeliaan secara tradisional kerana perubahan pemikiran manusia pada hari ini menuntut satu perubahan drastik dalam menentukan keberkesanan sekolah.
Saturday, August 30, 2008
authentic learning as I understood
Penulis telah menjelaskan bahawa pembelajaran ‘authentic’ pula melangkaui apa yang berlaku seperti di atas. Ia merupakan satu sesi pembelajaran yang melibatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam menghasilkan pengetahuan ataupun mengeluarkan pengetahuan dan kefahaman yang telah ada dalam diri mereka. Untuk menjadikan proses pembelajaran begini maka guru sangat berperanan untuk menguasai beberapa kaedah pengajaran supaya sesi yang dijalankan di dalam kelas adalah merupakan pembelajaran ‘authentic’.
Dalam konteks negara kita, Pusat Perkembangan Kurikulum telah melakukan semakan terhadap kurikulum bermula pada tahun 2002 - 2004 dengan memberikan penekanan kepada kaedah pengajaran guru di dalam kelas yang bertujuan untuk mengubah cara guru mengajar di dalam kelas. Terdapat 9 jenis kaedah pengajaran yang diberikan kepada guru termasuklah di antaranya konsep Belajar Cara Belajar (BCB), Kemahiran Berfikir (KB), Kontekstual, Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri (PAK), Kajian Masa Depan (KMD), Pembelajaran Masteri, Kecerdasan Pelbagai dan Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT). Kesemua konsep pengajaran yang dinyatakan adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa kelas pengajaran. Konsep-konsep pengajaran ini juga amat relevan untuk dikaitkan dengan pembelajaran ‘authentic’.
Penulis juga menyatakan bahawa pembelajaran ‘authentic’ akan berlaku jika pelajar dapat menyusun maklumat yang diperolehi secara bermakna dan melihatnya dari pelbagai perspektif. Perkara ini akan berlaku jika terdapatnya pengajaran yang memerlukan pelajar menggunakan fikiran mereka dan memberikan respon terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Guru hendaklah selalu menggalakkan pelajar untuk membuat pertanyaan dalam diri mereka di atas setiap perkara yang dibincangkan, diperhatikan atau apa sahaja yang memerlukan mereka berfikir sendiri tanpa mendapatkan maklumat tersebut melalui guru. Setiap masalah yang dikemukakan oleh guru haruslah diselesaikan oleh pelajar itu sendiri melalui penganalisisan, inkuiri pertemuan, membuat inferens dan sebagainya. Pembuktian yang diperolehi melalui aktiviti hands-on ini akan menjadikan pengetahuan yang mereka perolehi adalah benar- benar dapat membantu mereka pada masa yang lain.
Apa yang telah diperolehi di dalam kelas pembelajaran adalah tidak mencukupi jika ia tidak dilengkapkan dengan aplikasi pengetahuan tersebut di luar daripada persekitaran sekolah. Pembelajaran ‘authentic’ yang lengkap menjadikan pelajar akan dapat ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan orang- orang dewasa yang berada di dalam komuniti. Mereka dapat sama- sama berkongsi idea dengan mengaitkan dengan apa yang dipelajari di sekolah. Jika seorang pelajar yang mengikuti kelas kemahiran hidup di sekolah akan dianggap telah mengikuti pembelajaran ‘authentic’ jika dia mampu menasihatkan ahli keluarganya daripada membuat kesalahan penyambungan eletrik. Begitu juga seorang pelajar di dalam kelas prinsip akaun akan dapat membantu ibu mereka dalam mengira keuntungan perniagaan yang dijalankan. Apatah lagi jika kita mengambil contoh seorang pelajar yang dapat memberikan kuliah agama di surau walaupun baru berada di tingkatan tiga di sebuah sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Apabila mengaitkan pula dalam konteks penyeliaan pengajaran yang menjadi asas kepada perbincangan ini maka kita akan dapat melihat bagaimana seorang penyelia harus menguasai kaedah – kaedah pengajaran yang menjurus kepada pembelajaran ‘authentic’ supaya mereka dapat memberikan bantuan langsung kepada guru lain supaya matlamat pengajaran akan dapat dicapai. Penyeliaan yang berlaku akan mencapai ‘mutual understanding’ jika semua guru memahami maksud sebenar pembelajaran ‘authentic’ kerana apa yang akan dipersetujui adalah merupakan satu bentuk penyeliaan secara kolaboratif antara penyelia dan guru yang diselia.
Kesimpulannya, jika ‘authentic learning’ yang dikemukakan oleh Sergiovanni & Starratt (1998) ini berlaku di setiap kelas dan sekolah yang ada di negara kita, maka kita akan dapat menghampiri dan memahami maksud ‘ideal school’ yang menjadi idaman setiap individu yang ingin melihat satu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan terutamanya di negara ini. Sudah tentu kes ‘Metro City’ tidak akan menjadi tajuk perbincangan lagi kerana semua guru telah berkongsi nilai yang sama yang menjadi matlamat semua warga sekolah.
aku seorang ahli akademik bukan artis
Terkejut tetapi pasrah dengan kehendak mu Ya Allah. Kehilangan insan yang sangat berjasa ini mungkin tidak memerlukan laporan dan berita di dada akhbar kerana siapa seorang yang berada dalam pendidikan berbanding seorang artis.
Bukan bermaksud menyebelahi sesiapa tetapi apakah sebuah buku yang ditulis untuk bacaan dan pengetahuan rakyat malaysia tidak setaraf dengan sebuah album nyanyian seorang artis.
Marilah kita menyedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Dr Hussin Mahmood semoga roh anda dicucuri rahmat dan setiap usaha anda selama hidup di dunia adalah pahala yang berpanjangan yang akan menjadi cahaya yang bergerlapan di alam barzakh.
ALFATIHAH.
Mencari Jalur Gemilang
Atau apakah kemeriahan ini tenggelam dek seronoknya fitnah dan sumpah yang bersahutan di permatang pauh... mana sumpahmu hendakku dambakan, mana hasratmu hendakku sampaikan. begitulah lirik oleh Allahyarham loloq jika dia masih ada bersama kita pada hari ini.
Apa yg aku perhatikan sepanjang 7 jam hanyalah seperti bulan-bulan yang lain. Tidak ada deretan kereta yg mengibarkan jalur gemilang mini. Yg ada hanyalah di sekolah-sekolah yg tentunya dek arahan dari pihak atasan yg belum tentu ikhlas dan patriotik.
Siapa tahu kenapa suasana dan cuacanya sebegini tahun ini?
Rakyat sebenarnya sedang memerhati dan menunggu , bulan kah yang akan jatuh ke riba dengan membawa Malaysia Baru atau gula-gula yang disediakan semalam sudah dihadzam dan menyebabkab rakyat telah merasa kenyang tanpa perlu menyerabutkan kepala ?
Thursday, August 28, 2008
Fluid or Crystal in the age of 38
Pembelajaran sebagai orang dewasa sesungguhnya berbeza dan amat ketara perbezaannya kerana kita telah lama meninggalkan fluid intelligence (kederdasan cair) yang cepat menangkap apa sahaja yang datang seperti seekor ikan haruan yang menyambar seekor katak plastik umpanan seorang pemancing tegar. Nasib baik terlepas dek usangnya dan out of date sang plastik. Besoknya datang lagi si pemancing dengan penuh nafsu besar untuk mendapatkan sang haruan yang terlepas. 'Boom' dicampaknya katak plastik baru dan dipulasnya mesin berjenama ABU yang menjanjikan harapan. Sang haruan sekali lagi menyambar katak palstik tanpa memikirkan bahawa itu lah umpan yg hampir memerangkapnya semalam. Itulah kecerdasan cair seekor haruan remaja yang pantas tapi cepat melupai bahawa dia sebenarnya baru terlepas daripada bahaya yang sama (Horn & Cattell, 1967). Setelah dewasa , haruan yg sama yang sentiasa bernasib baik kerena dapat meneruskan kehidupan kembali ke lubuk yang sama, mencari rezeki untuk kaum kerabat, dalam ketenangan itu dia sudah merasakan perbezaan. Setiap katak yg melompat itu sudah dilihat tetapi dia macam tak ada 'storm and stress' untuk mengejar dan menyambarnya walaupun dia sangat teringin untuk makan katak itu. Dia teringat apa yg dipelajari dulu, mungkin kecerdasan aku dah sampai ketahap kristal. Sangat kental dan selama ini aku telah menghabiskan masa aku untuk bersuluk dan bertapa yang menjadikan diriku lebih matang dan berpengalaman. Aku telah dapat menilai keplastikan katak yg sipemancing umpankan. OOOOOi ! dia ni masih lagi jadi pemancing tegar, kenapa sudah tidak ada lagi puntung rokok dunhill yg selalu menjadi pelampung umpan? ah baru aku sedar rupanya malaysia telah berubah, harga barang semuanya naik. Lalu aku melihat terapung-terapung muka depan sebuah akhbar 'Malaysia Baru'. Bila pula ada akhbar ni, yg aku tahu yg selalu mengampu tu utusan meloya dan berita hairan jer. Jangan kau tipu aku hei sipemancing , kau tahu tak akau ni dah ada pengalaman dan pengetahuan yg cukup utk aku mempertimbangkan apa yg kau umpan ni. Aku sudah dewasa tau! aku punya intelligence dah kristal dah.
Terkenang aku suatu waktu dulu sebelum masuk ke pusat pengajian tinggi ikan-ikan, cikgu selalu kata kat keli tak reti , bodoh, bangang. Kami semua gelak kat si keli lembut. rupanya dah jadi pakar tarian india dia ni. Nasib baik aku baca "malaysia Baru' . Dinsman dan hishamudin rais yg jaga, takder lah lagi perempuan berkemban dalam akhbar dan majalah, yg ada sikeli lembut yg sedang buat show.
Pasal apa howard gardner lambat sangat hadir dan kuarkan teori MI (multiple intelligence), kalau tak dah lama sikeli dah dapat pencen 3 ribu sebulan dan menjadi ikan pertama bergelar datuk pasal dapat pingat perak dalam sukan olimpik pelbagai acara. Sikeli ni memang bagus dalam pergerakan kreatif dan muzik, tengoklah gaya dia lenggok ekor.
Itulah sebabnya nak jadi pemimpin kita kena tahu siapa pengikut kita barulah kita boleh bawa mereka semua kepada satu matlamat tetapi berlainan gaya dan cara.
Saturday, August 23, 2008
Aku Di Pertengahan
Saturday, May 10, 2008
sepetang bersama ayah ngoh
Tuesday, May 6, 2008
Temuduga ke Institut Kepengetuaan Kebangsaan
Besok saya akan ke Goh Tong Jaya yg telah saya tinggalkan selama lebih kurang 3 bulan setengah. Berada di IAB selama 8 bulan dan kepulangan saya ke tempat asal untuk progam sandaran menjadi bukti kepada keberkesanan kursus NPQH yg saya hadiri. Banyak perkongian di IAB telah membuka mata saya tentang kelemahan yg ada di dalam oranisasi walaupun telah lama kita menjalankan amanah tetapi yg penting kita menjadi lebih baik kerana Allah telah menguniakan ilmu kepada kita dan akhirnya kita dapat mengaplikasikannya demi melahirkan bangsa yang mendatang sebagai satu bangsa yang akan menjunjung tinggi budaya ilmu.
Tempat bukan satu peranan penting dalam menentukan kehebatan tetapi bagaimana kita mengambil peluang yang ada menjadi punca kepada kehebatan individu. Tugas adalah amanah yg mesti kita pikulkan kerana kita telah memilih untuk menanggungnya cuma jangan kita impikan satu jawatan yang tinggi kerana tiada keberkatan dalam jawatan yg dipohon dan diminta.
Biarlah orang lain yg tentukan siapa kita dan apakah kekuatan kita sehingga kita diperlukan utk membawa mereka bersamake arah kejayaan
Buat rakan seperjuangan, teuskan usaha kita dan sentiasa lah kita berada di saf hadapan supaya apa yg kita impikan selama ini akan mendapat keberkatn Ilahi...
Sekian , wassalam

