Thursday, September 11, 2008

Antara ajehe, kris-mutiara & tukartiub

After Permatang Pauh, is 916 an opportunity of change
Memulakan tulisan dengan memetik frasa di dalam buku oleh tukartiub ' Keganasan, Penipuan & Internet (hegemoni media daulah pecah), "saya merayakan alam siber. Dalam blog saya adalah wartawan, penyunting, penerbit, pencetak dan pengedar. Inilah keagungan blog tanpa gangguan dan saringan" . Hari ini timbul rasa bangga kerana dapat bersama merasai kehidupan seorang blogger yang ibarat wartawan, kadang menulis berita, rencana, mengupas, mengulas tapi yang penting tanpa editor yang merosakkan ilham (emergence) yang datang dengam meminda mengikut warna kepunyaan diri.
Apa yang berlaku hari ini , menjadi bahan 'first hand' dan permulaan ini sangat baik dan yang penting dapat mendengar sendiri dari tukartiub yg selama ini mampu dihayati penulisan semata-mata.

Tidak penting sebanyak mana perbezaan umur, pegangan, mazhab atau apa saja jika perbezaan itu yang dicari tapi dengan hanya satu persamaan , kita dapat melangkah bersama ke arah satu matlamat jitu , kembalikan apa yang menjadi hak rakyat dan kita akan melihat rakyat akan terus bangkit menuju kecemerlangan.

Dari mendengar ceramah dan kini mengikuti forum bukan suatu yang asing jika kita ingin menuju ke masa depan yang cerah, biar kita berbicara daripada menahan tanpa bicara; biar kita berhadapan daripada lempar batu sembunyi tangan; biar kita melulu daripada menahan pandangan bisu; biar kita rebah daripada mengaku kalah; biar kita dikutuk jangan kita melutut; biar kita merangkak jangan kita buat-buat pekak kerana ini semua akan menjadikan kita lebih matang kerana hari mendatang mempunyai pelbagai cabaran yang tidak kunjung padam.

Ayuh, sinsingkan lengan bajumu, lipatlah kaki seluarmu, kita mengatur derap langkah, biar bulan ramadhan yang suci ini kan menjadi saksi bahawa jika berubah, kita juga turut melangkah, jika menjadi, kita juga sama menjadi paksi, jika berjaya, kita juga ada bersama malah jika tewas kita juga turut sama menggalas.

Buatlah yang baik pada manusia kerana Allah ......sekian 1.30 am 11/9 . terima kasih sahabat

1 comment:

Jubah hitam said...

Blogger bergambar dgn blogger bereh! Tapi mau diingat anda bergambar dgn musuh PM, so berhati2, jgn nanti dirampas lap top anda oleh sb2 barua