Wednesday, September 17, 2008

Kari Kepala Ikan dan Nasi Beriani

Pelik !
Tiba- tiba penjual pasar ramadhan tidak mahu menjual kari kepala ikan dengan nasi beriani. Katanya mana boleh bercampur nasi beriani dan kari kepala ikan, tak ngam. Itulah kita. Terlalu berstruktur dalam kehidupan , aku melayu maka aku tak boleh makan spaghetti, sushi jauh sekali, selera tak datang.

17 Ramadhan pada pukul 6 petang amar redup dan suasana tenang di tepi bukit menghala ke segambut. Menteri telah bertukar Kementerian (suka sama suka?). SAPP meneruskan hasrat dan keluar dari komponen BN. Senario yang sangat menarik. Kalau dulu jarang berlaku seperti mana jarang ada orang nak makan nasi beriani berlaukkan kari kepala ikan.

Apa pengajaran ? Globalisasi abad ini terus berkembang pesat, setiap minit ditunggu, akhbar sudah ketinggalan, blog juga terkadang tercungap2 mengejar berita. Usah memikir panjang membuat analisa , kelak akan ditertawa. Ketinggalan zaman , kata mereka.

Tak pelik lagi, kalau setakat makan kari kepala ikan dengan nasi beriani, markah tak banyak dalam kreativiti.

Pesanan untuk diri sendiri dan rakan pembaca, hayatilah khutbah terakhir Rasul SAW supaya kita tidak hanyut dalam kepesatan maklumat hari ini.

Selamat Berbuka Puasa.

1 comment:

Jubah hitam said...

Terkenang makan nasi bukhari ayam kat kelana jaya. 1 jam perjalanan amat berbaloi, kemudahan utk bertarawih pun ada serta cemerlang bacaan dalam setiap rakaat.Balik berbekalkan moreh lagi, maka tidak syak lagi boleh bagi markah A++. Dunia kenyang akhirat pun kenyang!