Tuesday, September 30, 2008

Terima Kasih! Sedap di makan

Berbuka puasa dengan menjamah buah tangan daripada Anissa yang sedang mencuba resepi hari raya mengingatkan zaman- zaman dahulu bila kebanyakan orang menyediakan sendiri kek dan biskut untuk hari raya.

Daripada kek kulit buah limau dan kek buah hinggalah kepada menggoreng anak batu semuanya dilakukan sendiri dan keratan akhbar resipi kek dan biskut sentiasa disimpan supaya boleh digunakan lagi pada tahun mendatang.

Kini zaman dah berubah, semua ingin menyediakan resipi yang sama iaitu kek dan biskut cap tunjuk. Senang dan sangat mudah untuk disediakan. Tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak perlu lagi menyimpan keratan akhbar, Biarlah arkib negara buat kerja tu.

Kesannya, tidak ramai orang yg mampu dan boleh membuat kek dan biskut lagi. Kos raya menjadi semakin mahal sebab semuanya kena dibeli. Tahniah la kepada Anissa yang baru berusia awal remaja tetapi ada minat untuk belajar. Semoga anda berjaya bukan kerana setalam biskut atau sepotong kek tetapi kerana anda memilih untuk mencabar diri dalam melakukan apa yang orang lain mungkin tidak melihat kepentingannya lagi.

1 comment: