Saturday, September 27, 2008

Freedom Writers Diary lakonan Hilary Swank

Sekarang saya sedang menonton "The Freedom Writers" di saluran 411 Astro bermula pukul 11.00 pagi. Ia mengisahkan seorang wanita yang menjadi guru bernama Cik Erin Gruwell. Sekolah yang terletak di Long Beach adalah merupakan sekolah yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum yang saling bergaduh antara satu sama lain dan mempunyai pengalaman hidup yg menakutkan walaupun baru berusia sekitar 14-15 tahun.

Apa yang begitu menyentuh perasaan saya ialah seorang guru yang begitu dedikasi yang mampu menukar watak, keangkuhan,kesombongan dan permusuhan mereka melalui sentuhan kepada jiwa mereka. Setiap orang tidak kira siapa boleh menghidupkan cahaya kecil masing- masing dan layak bergelar 'hero'. Setiap orang hanyalah orang biasa yang menghormati orang lain tetapi tidak boleh menganggap diri kita kecil kerana ini semua akan menyebabkab kita akan mengasingkan diri daripada landasan kejayaan. "TOAST OF CHANGE" adalah kunci kepad akejayaan mereka berubah menjadi manusia. Modal insan ini telah berjaya meningkatkan prestasi akademik yang baik kerana ada guru yang memahami mereka, guru yang telah berkembang hingga ke tahap yang tinggi dalam kesemua tahap perkembangan orang dewasa. Guru yang berjaya meyakini mereka bahawa setiap orang adalah berharga dan layak untuk berjaya.

Tontonilah kisah ini dan anda akan lihat bagaimana besarnya jasa guru kepada anak murid mereka.

'TEACHING IS NOT ONLY GOING TO SCHOOL AND GET THE JOB DONE, IT IS ABOUT TOUCHING THE HEARTS OF THE CHILDREN AND GET THEM GOING'( Azhan, 2008)

http://www.myhero.com/myhero/hero.asp?hero=e_gruwell untuk mengetahui the truth behaind the movie

1 comment:

Jubah hitam said...

Sentuhan guru lama dan baru amat berbeza sekali. Guru lama suka mengajar tapi tidak pasti adakah pelajar2 dapat ilmu yg diberi manakala guru baru kurang menyukai mengajar- kalau boleh keluar awal dari kelas